A little something about: Marah

Dalam banyak situasi, marah itu sebenarnya tidak perlu. Ini pendapat peribadi.
Masa bila selalunya orang marah? Orang buat sesuatu yang kurang disenanginya. Orang mengganggu kententeraman beliau. Orang ganggu ahli keluarga beliau. Orang curi buah mempelam beliau. Orang ciplak hasil kerja beliau. Orang cantas kerja beliau. Orang potong kereta beliau. Semua tu ada jalan lain selain marah. Macam mana? fikir la sendiri pemalas!
“Marah itu ialah method, bukan tujuan”
Banyak orang yang salah faham. Dengan mudah menggunakan marah sebagai solution untuk semua yang dia tak puas hati dan semua yang dia rasa tak betul. Tujuan yang betul sepatutnya ialah untuk memberi nasihat. So, untuk beri nasihat itu, adakah marah sahaja caranya? Tak. Fikir sendiri. Banyak cara rasanya nak sampaikan nasihat.
Ada jugak beberapa kes yang orang gunakan marah untuk tunjuk kuasa dan nak bagi orang takut kat dia. Yes, you’ll own their fear but not their respect. Bila kau jatuh maka mereka akan pijak2 kau sebab mereka tak respek kau!
Ya ada beberapa keadaan yang marah itu boleh diguna. Tetapi bukan dengan memkhinzir buta. Apa perkataan yang sesuai? dengan berhemah? Tanya macam mana lagi? Fikir la sendiri pemalas!
Ingat. Syaitan suka mendampingi manusia ketika manusia tu tengah marah. Sebab masa tu biasanya akal dan pertimbangan manusia memang sangat tidak stabil. Maka dengan mudah syaitan membisik perkara-perkara yang kurang baik. Maka sebagai komuniti yang bencikan syaitan, kita kene tutup ruang-ruang sebegini untuk syaitan mempengaruhi dan mengganggu hidup kita.
p/s: Saya berazam untuk seboleh-bolehnya mengelak daripada menjadi bahan marahan orang lain. Dan off course untuk tidak memarahi orang lain. Sebab saya benci syaitan!
Selamat berhujung minggu!



