Tentang

Selamat datang ke ahmadyusrie(dot)com. Laman blog seorang lelaki yang diberi nama Ahmad Yusrie Bin Sabri. Beliau bukanlah seorang tukang cerita yang terbaik boleh anda temui di pasaran bloggers, tetapi yang pasti ada sesuatu yang beliau boleh kongsikan bersama pembaca.

Beliau merupakan seorang insan yang suka meluahkan pendapatnya namun selalu merasa bimbang dan malu dengan tanggapan orang di sekeliling. Beliau mengharapkan dengan berblog mampu meningkatkan tahap keyakinan dirinya.

Sebahagian dari anda mungkin sudah biasa dengan nama ini dan untuk sebahagian yang lain nama ini mungkin masih asing di arena blog di Malaysia. Beliau telah berblog secara mengada-ngada selama lebih kurang 2 tahun. Mungkin anda boleh luangkan sedikit masa untuk melihat hasil penulisan beliau dulu-dulu.

Beliau selalu merasakan penulisannya mampu mengubah dunia ke arah yang lebih baik, kononnya. Beliau tidak memiliki sebarang minat khusus dalam penulisan dan mungkin anda akan rasakan blog ini kelihatan seperti rojak pasembor. Beliau akan tulis apa sahaja yang terlintas di fikirannya dan pada masa tertentu, apa yang dialami oleh diri sendiri dan orang lain.

“Berblog untuk kepuasan diri” tidak wujud dalam kamus berblog beliau. Beliau berblog dengan harapan ada sesuatu yang dapat dikongsikan dengan pembaca dan mengharapkan pembaca juga boleh berbuat demikian.

Beliau gemar dengan konsep “multi-tasking” kerana beliau merasakan masa adalah terlalu singkat untuk dibazirkan jadi memenuhi masa dengan maximum merupakan keutamaan beliau.

Jika anda mampu membaca hingga ke baris in, sila tersenyum sendirian kerana anda baru memenangi 100 ringgit… Ya, saya tipu.

Terima kasih.

 

Selamat dating ke ahmadyusrie(dot)com. Laman blog seorang lelaki yang diberi nama Ahmad Yusrie Bin Sabri. Beliau bukanlah seorang tukang cerita yang terbaik boleh anda temui, tetapi yang pasti beliau punya sesuatu untuk dikongsikan bersama pembaca.

Beliau merupakan seorang insane yang suka meluahkan pendapatnya namun selalu merasa bimbang dan malu dengan tanggapan orang di sekeliling. Beliau mengharapkan dengan berblog mampu meningkatkan tahap keyakinan dirinya.

Sebahagian dari anda mungkin sudah biasa dengan nama ini dan untuk sebahagian yang lain nama ini mungkin masih asing di arena blog di Malaysia. Beliau telah berblog secara sambilan lebih kurang 2 tahun. Mungkin anda boleh luangkan sedikit masa untuk melihat hasil penulisan beliau.

Beliau selalu merasakan penulisannya mampu mengubah dunia kea rah yang lebih baik. Beliau tidak memiliki sebarang minat khusus dalam penulisan dan mungkin anda akan rasakan blog ini kelihatan seperti rojak pasembor. Beliau akan tulis apa sahaja yang terlintas di fikirannya dan pada masa tertentu, apa yang dialami oleh diri sendiri dan orang lain.

“Berblog untuk kepuasan diri” tidak wujud dalam kamus berblog beliau. Beliau berblog dengan harapan ada sesuatu yang dapat dikongsikan dengan pembaca dan mengharapkan pembaca juga berbuat demikian.

Beliau gemar dengan konsep “multi-tasking”. Beliau merasakan masa adalah terlalu singkat untuk dibazirkan jadi memenuhi masa dengan maximum merupakan keutamaan beliau.

Jika anda mampu membaca hingga ke baris in, sila tersenyum sendiri dan terima kasih.

Share
Posted in