5 kelebihan seorang penulis blog

Belum terlambat rasanya kalau aku nak ucapkan Salam Maulidurrasul kepada rakan-rakan siber sekalian. Bersempena hari kelahiran baginda, marilah kita bersama-sama mengenang jasa dan pengorbanan insan mulia yang membawa sinar dalam hidup kita ni.

Bayangkanlah apa yang akan berlaku hari ini sekiranya tidak Allah utuskan manusia hebat bernama Muhammad. Barangkali kita masih menanam anak perempuan hidup-hidup, menyembah berhala (nauzubillah), dan macam-macam lagi amalan masyarakat jahiliah masa dulu. Hadirnya Rasulullah telah mengangkat martabat kaum wanita yang suatu ketika tidak lebih hanyalah sebagai medium pemuas nafsu untuk kaum lelaki, ke satu tahap  yang tinggi. Amalan-amalan masyarakat jahiliah juga sedikit demi sedikit dikikis walaupun kini dah mula-menjadi-jadi semula.

Demikianlah sedikit mukadimah yang tak lah berapa sikit dan tak juga berkaitan dengan tajuk entri. Baik, untuk entri hujung minggu ni aku tak mahu menulis sesuatu yang terlalu membebankan kepala otak untuk menghadam. Entri ini ada berbaur masuk bakul angkat sendiri sebab aku sendiri merupakan seorang penulis blog.

Apa yang lebihnya seorang penulis blog berbanding individu lain? Di bawah aku ada senaraikan 5 kelebihan seorang insan bernama penulis blog yang sempat aku fikirkan. Ini sekadar apa yang diperhatikan dari kaca mata aku (walaupun aku tak pakai kaca mata). Korang boleh tambah mana yang kurang atau kurangkan mana-mana yang terlebih atau bertindih.

  1. Seorang penulis blog biasanya seorang yang sangat peka.Perkembangan terkini yang berlaku di sekeliling mereka tak kiralah politik, hiburan, isu semasa dalam negara, luar negara, sukan, teknologi atau apa sahaja akan sentiasa dilihat sebagai peluang untuk diterjemah ke dalam bentuk sebuah penulisan. Penulis blog yang aktif sentiasa mencari isu-isu terkini untuk menarik traffik ke blog mereka.
  2. Penulis blog merupakan seorang pemikir. Penulis blog perlukan otak untuk menulis dan bukannya mudah untuk menulis terutama sekali sebuah entri yang berkualiti. Fikiran seorang penulis blog pasti sentiasa berlegar-legar mencari idea untuk penulisan entri berikutnya. Sekurang-kurangnya mereka ada sesuatu yang difikirkan setiap masa dan otak mereka akan sentiasa aktif. Macam nama blog aku ni “Thinker Wannabe”, aku masih berusaha ke arah itu (jadi seorang pemikir).
  3. Seorang penulis blog seorang yang bijak memanipulasi peluang. Ini aku tujukan khas buat pakar-pakar SEO (Search Engine Optimizer). Ini merupakan ciri yang sangat penting buat seorang businessman, sentiasa meneroka peluang-peluang untuk dapatkan faedah. Mereka akan sentiasa berfikir kehendak pelanggan dan dalam kes seorang penulis blog, pengguna enjin carian Google merupakan pelanggan berpotensi mereka.
  4. Penulis blog biasanya seorang yang rajin membaca, membuat kajian dan analisa tentang suatu perkara. Ini seterusnya membantu menjadikan mereka seorang yang berfikiran kritikal. Mana mungkin mereka mampu menulis sesuatu yang mereka tak punya pengetahuan tentangnya.
  5. Coretan seorang penulis blog itu mampu menggoncang negara. Sesuai sangat dengan pepatah “mata pena lebih tajam daripada mata pedang” pena tu simbolik kepada penulisan (orang sekarang bukan menulis dengan pen sahaja ya). Ingat pilihan Raya Umum baru-baru ni? Antara media yang dikuasai oleh barisan pakatan rakyat adalah media alternatif seperti blog, forum, ‘tube’mu dan website. Melalui media-media alternative ni la, pakatan rakyat mampu mendekati rakyat secara bijaksana dan hasilnya, lihat sendiri. Pada aku, masyarakat sekarang lebih tertarik kepada internet berbanding media lain seperti radio atau televisyen.

Sekian sahaja dari hamba. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Kenapa aku rasa ada yang kurang je? Tak kisahlah. Selamat berblog dan selamat berhujung minggu

Share
Comments
  • 1tomyam February 27, 2010 at 12:11 pm

    blog membantu seseorang belajar sesuatu yang baru setiap hari dan sentiasa menilai sesuatu dengan pelbagai perspektif…., setuju dengan artikel ni, dah lengkap tu
    .-= 1tomyam´s last blog ..RM100 Untuk Sekali Tanggal..Awak Ada Berani? =-.

    • ahmadyusrie February 28, 2010 at 10:27 pm

      @1tomyam, huhu ye ker
      btul tu…hari2 aku blajar bnda baru & menarik bila aku jln2 kat blog orang.

  • Luth Textile February 28, 2010 at 2:48 am

    aku sokong. jadilah blogger yang berkualiti dan memberi manfaat kepada negara. jangan sebar fitnah, jangan tulis artikel yang boleh mengganggu gugat kestabilan dan keharmonian negara ya!
    .-= Luth Textile´s last blog ..Perarakan Maulidurrasul 2010 Pulau Pinang =-.

  • Papa-Roq February 28, 2010 at 3:44 pm

    Salam mauldiur rasul wahai penulis blog. Penulis blog juga ada tanggungjawab social iaitu memastikan kandungan tulisan nya tidak mempengaruhi para pembaca bertindak agresif mahupun merosakkan diri, agama dan negara….
    .-= Papa-Roq´s last blog ..Tabiat Dan Undang-Undang =-.

  • yoy February 28, 2010 at 4:16 pm

    blog dapat menghilangkan boring saye di hari ahad ini..
    mengelakkan saye dari tercebur ke kancah maksiat..
    :)
    .-= yoy´s last blog ..Anyone know Russell Peters? =-.

  • azizan4444 February 28, 2010 at 5:38 pm

    btol sgt bro kelebihan tu sebagai penulis blog,..bijak manipulasi peluang tu bkn stakat bab2 blog..seo..tp mereka yg pandai manipulasi dpt buat duit memalui blog..skng ramai yg guna care ni..
    .-= azizan4444´s last blog ..Perempuan Itu Calon Kedua =-.

  • bhahmz February 28, 2010 at 10:34 pm

    yep2..agreed! lg2 yg quote “mata pena lebih tajam daripada mata pedang”. :)

    plus…mnulis bole mngaja n improvekan writing skills kte kan? :)
    .-= bhahmz´s last blog ..9 weeks left!! T.T =-.

  • bobo February 28, 2010 at 10:34 pm

    nice info bro..ty

  • nuwa March 1, 2010 at 12:16 am

    skrg dah ramai menjadikan blogger sebagai kerja part time. :ninja: .-= nuwa´s last blog ..Gempa di Chile: Amaran tsunami di Chile, Peru dan Ecuador =-.

  • wandisini March 1, 2010 at 1:24 am

    salamz
    memang betul para blogger adalah seorang pemikir. ada yang fikir macam mana nak jana duit dari internet. ada juga yang fikir untuk tarik tarffic tinggi.

    blog juga telah menjadi medium dalam mengetengahkan idea dan pendapat mahupun fahaman. sebagai blogger kita harus bertanggungjawab dengan apa yang dituliskan. tidak menganggu orang lain

  • markjue March 1, 2010 at 1:27 am

    You’re right bro. Certain things you’d said matching with my personality right now. Thanks for exposing me with the benefits as a blogger.. :)

  • Incik RestNrilekS March 1, 2010 at 7:42 am

    Salam Singgah,

    Datang dari GB dan terus ke sini. Setuju juga dengan apa yang diuraikan di sini. Terima Kasih berkongsi dengan kami semua : )

    Tentang no.4 – tang rajin tu memang setuju, tapi bab menganalisa, tu hehe, :biggrin: kurang pasti. Sebabnya ramai juga blogger2 yang mudah melatah bila sesuatu isu keluar dan terus “copy paste” sahaja sebab nak kejarkan ranking.

    Selamat Berbblogging.

    p/s: Tiada langganan melalui emel ka? Boleh sahaja RestNrilekS langgan. :happy: .-= Incik RestNrilekS´s last blog ..Hari Kraf Kebangsaan 2010 @ National Craft Day - =-.

    • ahmadyusrie March 1, 2010 at 8:24 pm

      @Incik RestNrilekS, haha..stuju tang tu bro..memang laju je bile ade cerita2 panas..
      saya baru je letak widget utk langgan melalui email…terima kasih.

  • Surihati_ku March 1, 2010 at 3:24 pm

    :kissing: huhu..bab penulisan blog ni mmg suri suke..sb ia mampu memantapkan segala isi persembahan kita swktu post itu akan di update nnti..cari idea dimana2 jua

    benar akan kata kamu tu seorang blog akan sentisa memikirkan topik yang menarik buat pengunjungnya..yang pastinya ia akan mendatangkan hasil dan buah fikiran yang menrik utk dikongsikan bersama2.. :cool: .-= Surihati_ku´s last blog ..Argh!! Jerawat datang lagi =-.

  • zik March 1, 2010 at 4:52 pm

    Wah bagusnya, tak perasan diri ini ada kelebihan ini. hehe , tapi kena beringat juga, takut2 lupa diri…
    .-= zik´s last blog ..Luaskan “zon selesa anda” =-.

  • Mus March 4, 2010 at 12:45 am

    penulisan blog memantapkan lagi kemahiran penulisan saya.
    menulis blog sebagai tempat untuk meluahkan apa yang tak terucap dengan kata-kata di bibir..
    biar jari bermain papan kekunci yang akan menghasilkan bait kata- kata..
    .-= Mus´s last blog ..Baru Aku Perasan Yang Sebenarnya, Blog Warna Hijau Itu Bukan Milik Incredible Hulk =-.

    • ahmadyusrie March 4, 2010 at 12:19 pm

      @Mus, mmm, betul tu..kadang-kadang ada perkara yg tak terluah di mulut…
      sekurang-kurangnya ada platform lain untuk kita suarakan..

  • amirulfaiz March 4, 2010 at 11:48 am

    Macamana kamu dapat membuat kesimpulan yang begitu? Berdiskusikah? Atau dari pemerhatian kamu?
    .-= amirulfaiz´s last blog ..Saya Terima Nikahnya. =-.

    • ahmadyusrie March 4, 2010 at 12:18 pm

      @amirulfaiz, salam, kalau anda ada baca betul2 entri di atas saya ada tulis:
      “Ini sekadar apa yang diperhatikan dari kaca mata aku”

  • faizal December 16, 2010 at 6:52 pm

    i’m involved in blogging almost three years. tak pandai menulis sangat pun. tapi pe yang penting adalah apa yang mahu kita sampaikan..

  • Post a comment

    CommentLuv badge
    :alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :wub: :sleeping: :smile: :tongue: :wassat: :unsure: :w00t: :whistle: :wink:

    Threaded commenting powered by Spectacu.la code.