Berbaloi-baloi

Pertama sekali ini bukan promosi Celcom dan aku yakin Celcom pon tak akan bayar aku sesen pun walaupun aku mention nama diorang dalam post ni.
Aku cakap kat korang, tak sia-sia aku keluarkan duit dari poket aku yang tak seberapa ni. Banyak benda baru yang aku dapat belajar berbanding waktu aku guna blog wordpress percuma. Bermula dari macam mana nak setup blog, nak pasang plugin, edit script, semua aku rujuk daripada blog otai-otai yang ada kat Malaysia ni, terima kasih semua.
Walaupun aku baru beberapa hari berjinak-jinak dengan self-hosted wordpress ni aku dah mula jatuh cinta dengan CMS ni. Lepas ni berjam-jam la masa aku habis kat depan pc ni. Rambang mata aku dibuatnya. Theme, plugin, & fungsi-fungsi yang aku pun tak habis teroka lagi, semua buat mata aku berpinar-pinar.
Buat masa ni janganlah mengharap aku kekal dengan satu tema untuk blog ni. Mungkin berlaku perubahan tanpa notis 24 jam sebab aku baru nak mencari identiti yang paling sesuai.
Kepada pengunjung yang tersesat ke mari atau yang aku ugut supaya ke sini, jika ada sebarang cadangan untuk plugin yang patut aku pasang atau theme yang best yg korang ade simpan kongsi la ngan aku yang masih dalam kategori noob ni.
Salam tuan rumah..
wah menag masuklah kalu ada 2 blog sekali move yer. Hu2 suri suka tu apa kata orang biar dok berjam2 pun tak per asalkan ia bakal mendatangkan hasil itu sudah mecukupi dari dok depan pc main game yang langsung tidak memberikan satu input yang baik itu sudah dikira rugi dan buang masa sajakan..
steady bro..aku akan support kawan2 sepanjang perjalanan berblogging ni….hehehe
hp beloging!
.-= Sweet Thinker“s last blog ..Puisi Juicy Slurpy =-.