English/Bahasa Melayu?

Itu persoalan yang timbul bila aku start dengan blog baru ni. Patut ke aku guna Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja untuk blog ni. Atau guna dua-dua sekali.

Sebagai seorang Melayu, mestilah aku lebih selesa dengan bahasa aku sendiri. Tapi dalam masa yang sama aku suka jugak menulis dalam Bahasa Inggeris. Kalau ade sesape yang biasa jenguk blog lama aku mesti dah tau kebanyakan post aku dalam BI.

Masa sekolah dulu, BI aku sangat lemah. Tak pernah dapat A dalam UPSR, PMR atau SPM. Cikgu aku dulu pernah cakap. ”The only way you could improve is by practicing”. Tapi masa tu taulah budak-budak, mane nak dengar cakap sangat. Pastu start masuk U aku dah tekad aku mesti up aku punye English.

Aku start menulis blog mase tahun tiga kat U. Memang agak berkesan la. English aku sangat meningkat. Boleh la kata above average walaupun masih tak cukup bagus.

Jadi di blog baru aku ni pun jangan harap aku akan menulis dengan satu bahasa sahaja. Maybe akan berubah-ubah mengikut keselesaan aku dan jugak perbendaharaan kata yang aku ada (vocabulary). Tapi aku akan cuba sedaya-upaya untuk tidak menulis bahasa rojak walaupun ramai anggap penulisan macam tu cool. Tidak bagi aku.

Akhir sekali, jangan jadikan kecintaan pada bahasa sendiri penghalang untuk kuasai bahasa-bahasa lain. Kalaulah aku pandai bahasa Mandarin, bahasa Arab atau bahasa Urdu, barangkali ada post disini dengan bahasa-bahasa tersebut. Sayang sekali, tidak. Jadi untuk sekarang mungkin Bahasa Melayu dan Inggeris sahaja.

Share
Comments
  • Surihati_ku February 3, 2010 at 4:12 pm

    huhu..
    mana-mana pun ok juga..tapi untuk mendapatkan kefahaman yang lebih lagi saya selalu rujuk kamus.baru faham apa maksud yang diutarakn.. blh link ke?

    • ahmadyusrie February 3, 2010 at 4:40 pm

      boleh je…cuma page link tu blom update lg but i’ll put it later… :wink:

  • Post a comment

    CommentLuv badge
    :alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :wub: :sleeping: :smile: :tongue: :wassat: :unsure: :w00t: :whistle: :wink:

    Threaded commenting powered by Spectacu.la code.