Mana satu lagi buang masa..
Berblog atau ber‘buku muka’? Ini sekadar jawapan buat kamu yang cakap, “menulis blog ni buang masa” dan kau sendiri tak sedar yang kau buang lagi banyak masa dengan ‘buku muka’…
Cuba kau bandingkan kebaikan/ keburukan setiap satu.
Berblog buat kedua-dua otak kau berjalan. Kau fikir senang ke nak menulis entry yang serupa macam karangan SPM ni. Lain la yang jenis cedok entry orang lain tu. Kau akan gunakan lebih banyak otak kanan kau untuk berimaginasi dengan buku muka. Untuk menggatal, usha gambar awek yang cun sikit, balak yg hensem lepas tu add maka berkawanlah korang, semudah itu sahaja. Jadi pada aku, buku muka tak lebih hanyalah sekadar pembuangan masa dengan rakan-rakan yang sama minat dengan korang.
Aku ada terima komen rakan-rakan, “kalau setakat berblog pasal hal peribadi baik tak payah, lain lah kau artis popular, apa kau buat semua orang nak tahu”. Biarpun ada sesetengah orang berblog sekadar sebagai diari peribadi, aku tak rasa mereka buang masa. Perkongsian mereka tu bukan ke boleh kita jadikan pengajaran. Kalau orang tu pernah buat silap dan dikongsikan dalam blog, kita yang tak pernah lalui benda tu boleh la ambil iktibar supaya kita tak ulangi kesilapan yang orang tu pernah buat.
Berblog buat kau lebih peka dengan isu semasa, perkembangan teknologi, gadjet dan sebagainya berbanding buku muka yang isi sembangnya ntah ape-ape. “Boring nye hari ni”, “Apa aku patut makan untuk lunch ni”, “Berat badan aku makin naik ke?”, etc. Betul! banyak informasi-informasi dan ilmu-ilmu baru yang kau boleh dapat dengan berblog (html,cms,ccs,java,etc.) berbanding dengan aplikasi buku muka yang merepek macam farmville, mafia wars, pukul-pukul bantal (pillow fight) dan macam-macam lagi la.
Satu lagi berblog boleh beri kau pendapatan pasif berbanding ber’buku muka’ yang tak meningkatkan produktiviti langsung. Aku baru je dalam bidang ni tapi banyak cerita kejayaan aku dengar daripada penulis-penulis blog lain yang dah berjaya. Tapi jangan jadikan itu matlamat utama berblog atau kau akan berhenti berblog lepas beberapa bulan sebab tak dapat pulangan lumayan seperti mana yang kau jangkakan. Ingat ia perlukan masa.
Kawan? Jangan ingat dengan buku muka je kau boleh dapat kawan. Dengan berblog pun ramai kawan kau boleh dapat walaupun diakui tak seramai buku-muka tapi persahabatan kau bukan melihat pada paras rupa tapi lebih kepada perkongsian informasi dan pengalaman. Pada pengamatan aku, penulis-penulis blog ni kebanyakannya bijak-bijak belaka, jadi dapat la kau sahabat-sahabat yang bijak yang sudi berkongsi sesuatu melalui tulisan mereka. Indah kan?
Akhir sekali berblog boleh meningkatkan kecekapan kau menulis. Kalau kau boleh tulis sampai 3-4 artikel seminggu, boleh buat review filem, boleh cerita pengalaman, tulis pasal teknologi, buat tutorial, luahan pendapat, setakat karangan SPM tu apa la sangat untuk korang kan? Aku mula berblog agak lewat, jadi tak sempat la menjadi hebat waktu jawab soalan karangan SPM.
Aku bukan anti-social network. Aku sendiri pernah ada akaun facebook, friendster, hi-5. Ya, ada manfaatnya kalau kau guna dengan betul. Kau boleh jejak balik kawan-kawan yang dah lama tak berhubung dan kau boleh berkongsi ape yang kau tengah buat sekarang, kerja kat mana, sambung belajar ke, ada peluang kerja ke, bla, bla, bla… tapi aku rasa lagi banyak yang merapu la daripada yang bermanfaat.
Satu lagi, aku tak berapa suka cara berkawan yang diskriminasi macam social network. Bila kau letak gambar yang bajet cun dan bajet hensem maka berduyun-duyun la friend request yang kau dapat. Aku tau itu lumrah manusia, mesti nak berkawan yang baik rupa paras tapi aku tetap tak suka. (aku pun nak awek yang cun jugak..hihi)
Aku tahu ramai blogger yang ber’buku muka’tapi aku bukan mahu kondem kalian. Sekali lagi, sekadar jawapan buat facebookers yang cakap blogging ni buang masa.
p/s: ‘buku muka’=facebook
aku minat blog, facebook tu aku guna utk ramaikan kengkawan jenguk blog aku..heheh
@enche tomyam, yup ramai bloggers yang jadikan facebook satu ejen pengiklanan blog diorang…
very good strategy indeed..
beralih pada fb
pulak tapi itu hanya sebagai platfrom utk cari kwn2 lama je.
skrag suri mula JATUH CINTA PADA CAHAYACINTA. hik3..
.-= Surihati_ku´s last blog ..Gay…oh Gay =-.
@Surihati_ku, lagi baik berblog kan? boleh sharing ilmu..
@ahmadyusrie,
yahOO!! marilah kita timba ilmu dgn berblog yer