Tips untuk jadi blogger hebat

Gempak gile kan tajuk entri kali ni. Walaupun, agak sedih la nak cerita trafik blog ni macam mane..haha. Perasan sungguh penulis entri ni. Tak apa, setiap pencapaian tu bermula daripada angan-angan dan impian. Maka tak salah rasanya aku nak berangan jadi blogger hebat dan berkongsi tips dengan rakan blogger lain.

Blogger dinilai daripada penulisan beliau. Kalau penulisan beliau menarik, maka tertarik la pengunjung nak membaca dan terus melekat dan menyelongkar kandungan blog tersebut. Kalau sebaliknya, maka butang ‘x’ berwarna merah kat penjuru atas sebelah kanan tu la jawapnya.

Penulisan yang baik biasanya meninggalkan kesan pada pembaca. Kalau korang perasan, setiap blogger-blogger hebat punya identiti sendiri melalui gaya penulisan diorang. Tak faham? Maksudnya, walaupun kau tutup address bar kat atas tu kau boleh kenal siapa penulis sesuatu entri tu. Diorang punya style tersendiri dan tak terikut-ikut dengan gaya penulisan orang lain.

Blogger yang hebat tak pernah tinggalkan blognya sunyi tak berpenghuni. Seminggu tak dikemaskini pun dah dikira tempoh yang sangat panjang, apatah lagi sebulan dua (aku la tu).Tak perlulah update setiap hari tapi cukuplah sekadar termampu. Satu entri setiap 3 hari pun dah cukup baik pada aku.

Jangan paksa diri untuk kemaskini secara kerap atau hasil penulisan kita akan nampak macam tangkap muat. Yang paling penting, pastikan setiap penulisan itu berkualiti dan dapat memberi sesuatu kepada pembaca. Ingat, kita cuma punya beberapa saat/minit je untuk meyakinkan pembaca untuk terus membaca atau sebaliknya.

Trafik itu penting dalam berblog tapi jangan jadikan itu sebagai target utama berblog. Setiap word kalau boleh nak dicheck kekerapan penggunaan di search engine. Jangan buat macam tu, kelak kau akan menulis macam robot yang dah diprogram untuk tujuan SEO. Ingat pembaca ialah manusia.

Janganlah salahgunakan SEO ni. Korang seronok ke bila korang nak search satu benda, keluar natang  yang tak ada kaitan langsung dengan ape yang korang cari. Buang masa kan? Kalau setakat nak menarik trafik je, baik kau bukak laman web lucah. Pasti dapat banyak klik.

Share
Comments
  • samanosuke_04 September 21, 2010 at 2:00 am

    babe, aku paham perasaan ko.. aku pun ader cita2 nak jadik blogger otai, tapi sampai skang xdpt2.. takpelaa angan2 dulu..

    secara ikhlas, aku rasa konsisten dalam posting adalah ciri blogger otai paling penting.. aku pun penah gak tinggal blog x berupdate sampai 2 bulan.. XD!!
    .-= samanosuke_04´s last blog ..Eid Mubarak PascaSPM! =-.

  • Khairol Ghani September 21, 2010 at 10:14 am

    perasan tak kalau kita baca entri kat blog blogger otai,ayat2 dia buat kita leka..dalam erti kata lain,diorang pandai main ayat..
    .-= Khairol Ghani´s last blog ..Rezeki tak disangka-sangka -2 =-.

  • lowongan pekerjaan September 25, 2010 at 10:58 pm

    betul juga tu.. pembaca adalah manusia.. ngeblog buat manusia atau search engin? :p
    .-= lowongan pekerjaan´s last blog ..Sukabumi Garment Jobs Sept 2010 =-.

  • zik October 13, 2010 at 9:16 pm

    huhu… susah nak jadi blogger yang hebat.. biasa2 pun dah ok… hehe
    .-= zik´s last blog ..Kulit telur pulih kehilangan tulang =-.

  • Post a comment

    CommentLuv badge
    :alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :wub: :sleeping: :smile: :tongue: :wassat: :unsure: :w00t: :whistle: :wink:

    Threaded commenting powered by Spectacu.la code.

Trackbacks