Category: Blogging

Ini entri ke 100 blog ini!

Ya, akhirnya selepas merangkak-merangkak berblog beberapa bulan/tahun? akhirnya sampai juga ke entri ke-100  *standing ovation untuk diri sendiri*  Tak percaya ke? Tengok le kat bawah.

Monolog dalaman: Orang lain boleh dapat 100 entri sekejap je kot

Seronok amat. Walaupun tak tahu la, daripada 100 entri ni berapa banyak pun yang bermanfaat *mahu juga smug*. Sila ambil mana yang bermanfaat ya. Yang buruk tu silalah baca dan terus buang dari fikiran atau kalau malas jangan baca.

Oh ya, entri ke 100 ni saya tujukan istimewa untuk isteri yang sangat, sangat disayangi Pn. Razlina. Terima kasih kerana beri sebab untuk saya cinta? <-ini direct translate from: thanks for giving me a reason to love.

Saya tahu entri ni agak memualkan. Maaf jika anda termuntah-muntah beberapa kali tapi semua orang pun akan buat entri khas untuk entri ke seratus? *senyap: sambil bunyi cengkerik (kriik, kriiik…)* kan?……*senyap*

Share

Aku rindu waktu itu

Dulu aku seorang yang sangat rajin. Betul-betul rajin. Tapi ini tidak ada kaitan dengan study ya. Rajin yang aku maksudkan kat sini ialah rajin berblog, rajin berbalas-balas komen, rajin melompat-lompat dari satu blog ke blog lain. Serius cakap satu hari tak kurang 30 blog aku jengah.

Tapi tu semua dulu la. Sekarang sejak bekerja tetap ni banyak betul kekangan masa yang aku pun tak pasti betul ke tak wujudnya.

Aku kagum dengan rakan-rakan aku yang sungguh berkomitmen dalam berblog dan pada masa yang sama dah beristeri, beranak pinak & bekerjaya hebat-hebat tapi masih mampu luangkan masa untuk menulis dan berkongsi ilmu (berblog). Tahniah, sehingga hari ini aku memang tak mampu buat seperti kalian.

Sila beri tunjuk ajar..

Share

Tips untuk jadi blogger hebat

Gempak gile kan tajuk entri kali ni. Walaupun, agak sedih la nak cerita trafik blog ni macam mane..haha. Perasan sungguh penulis entri ni. Tak apa, setiap pencapaian tu bermula daripada angan-angan dan impian. Maka tak salah rasanya aku nak berangan jadi blogger hebat dan berkongsi tips dengan rakan blogger lain.

Blogger dinilai daripada penulisan beliau. Kalau penulisan beliau menarik, maka tertarik la pengunjung nak membaca dan terus melekat dan menyelongkar kandungan blog tersebut. Kalau sebaliknya, maka butang ‘x’ berwarna merah kat penjuru atas sebelah kanan tu la jawapnya.

Penulisan yang baik biasanya meninggalkan kesan pada pembaca. Kalau korang perasan, setiap blogger-blogger hebat punya identiti sendiri melalui gaya penulisan diorang. Tak faham? Continue reading

Share

Berblog mematangkan kita

You move your feet to the beat

The beat that only you could listen to

But hey…you’re shaking my chair…

Don’t you realize

My body were vibrating

to the beat that i don’t even…want to know

I know you feel the “heat”

But I’m feeling like s**t

My advice for you..

realize my existence…

and stop shaking the damn chair you idiot!!!

……….

Apa kaitan sajak yang tak menarik bunyinya di atas ni dengan tajuk entri kali ni. Memang tak ada kaitan. Itu sebenarnya apa yang pernah aku tulis di blog aku masa zaman universiti dulu. Bila dibaca semula aku macam tak percaya aku yang tulis benda tu. Kalau korang rajin, bukak la blog aku dan lihat kepada siapa aku tujukan sajak ini.

Sebenarnya, perkara yang aku nak tunjukkan daripada sajak itu ialah kita berubah seiring dengan masa. Adakah korang merasakan penulisan aku masih sedemikian rupa? Tak kan? Jangan kata pada aku yang penulisan kau kekal statik seperti mana kau mula-mula berblog dulu. Kecuali jika kau baru berblog seminggu lepas, mungkin belum nampak sebarang perubahan lagi.

Continue reading

Share

Seni komen mengomen

Sila baca betul-betul atau ia akan kedengaran seperti seni romen meromen. Aku tak dapat nak fikir tajuk yang sesuai untuk entri ni, jadi terimalah seadanya.

Komen mengomen ni dah jadi suatu yang sinonim dengan dunia penulis blog. Blog kita tak meriah sekiranya tiada komen-komen daripada pengunjung. Disamping memeriahkan sesebuah blog, komen ni juga merupakan suatu ejen pengiklanan sampingan buat mempromosi blog kepunyaan pemberi komen. Melalui komen jugalah biasanya kita membentuk rangkaian (network) di kalangan penulis-penulis blog.

Komen-komen yang memberangsangkan akan benar-benar memberi semangat buat si empunya blog untuk terus menulis bahan yang berkualiti buat tatapan umum. Tapi seringkali kita abaikan prinsip-prinsip asas dalam memberi komen.

Berikut 6 seni penulisan komen(art of commenting); Continue reading

Share