Category: Blogging

5 kelebihan seorang penulis blog

Belum terlambat rasanya kalau aku nak ucapkan Salam Maulidurrasul kepada rakan-rakan siber sekalian. Bersempena hari kelahiran baginda, marilah kita bersama-sama mengenang jasa dan pengorbanan insan mulia yang membawa sinar dalam hidup kita ni.

Bayangkanlah apa yang akan berlaku hari ini sekiranya tidak Allah utuskan manusia hebat bernama Muhammad. Barangkali kita masih menanam anak perempuan hidup-hidup, menyembah berhala (nauzubillah), dan macam-macam lagi amalan masyarakat jahiliah masa dulu. Hadirnya Rasulullah telah mengangkat martabat kaum wanita yang suatu ketika tidak lebih hanyalah sebagai medium pemuas nafsu untuk kaum lelaki, ke satu tahap  yang tinggi. Amalan-amalan masyarakat jahiliah juga sedikit demi sedikit dikikis walaupun kini dah mula-menjadi-jadi semula.

Demikianlah sedikit mukadimah yang tak lah berapa sikit dan tak juga berkaitan dengan tajuk entri. Baik, untuk entri hujung minggu ni aku tak mahu menulis sesuatu yang terlalu membebankan kepala otak untuk menghadam. Entri ini ada berbaur masuk bakul angkat sendiri sebab aku sendiri merupakan seorang penulis blog.
Continue reading

Share

Mulut busuk kembali

Dah jadi trend sekarang, printscreen halaman Facebook dan buat laporan polis. Haritu pasal si Saiful Bukari yang kononnya menerima ancaman bunuh melalui halaman Facebook DSAI. Baru-baru ni pulak timbul cerita pasal dua minah jalang, Lynette Lincoln dan Joanna Ann yang entah dari planet mana ni dok hina Nabi Muhammad. Aku ucapkan syabas kepada yang ambil inisiatif untuk tampil buat laporan.

Nampaknya semakin dipaparkan dalam media massa, makin berleluasa gejala mulut tak berinsuran ni. Tak kiralah dari kalangan facebookers, twitterers, bloggers, atau sesiapa sahaja.
Continue reading

Share

Mana satu lagi buang masa..

Berblog atau ber‘buku muka’? Ini sekadar jawapan buat kamu yang cakap, “menulis blog ni buang masa” dan kau sendiri tak sedar yang kau buang lagi banyak masa dengan ‘buku muka’…

Cuba kau bandingkan kebaikan/ keburukan setiap satu.

Berblog buat kedua-dua otak kau berjalan. Kau fikir senang ke nak menulis entry yang serupa macam karangan SPM ni. Lain la yang jenis cedok entry orang lain tu. Kau akan gunakan lebih banyak otak kanan kau untuk berimaginasi dengan buku muka. Untuk menggatal, usha gambar awek yang cun sikit, balak yg hensem lepas tu add maka berkawanlah korang, semudah itu sahaja. Jadi pada aku, buku muka tak lebih hanyalah sekadar pembuangan masa dengan rakan-rakan yang sama minat dengan korang. Continue reading

Share

English/Bahasa Melayu?

Itu persoalan yang timbul bila aku start dengan blog baru ni. Patut ke aku guna Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja untuk blog ni. Atau guna dua-dua sekali.

Sebagai seorang Melayu, mestilah aku lebih selesa dengan bahasa aku sendiri. Tapi dalam masa yang sama aku suka jugak menulis dalam Bahasa Inggeris. Kalau ade sesape yang biasa jenguk blog lama aku mesti dah tau kebanyakan post aku dalam BI.

Masa sekolah dulu, BI aku sangat lemah. Tak pernah dapat A dalam UPSR, PMR atau SPM. Cikgu aku dulu pernah cakap. ”The only way you could improve is by practicing”. Tapi masa tu taulah budak-budak, mane nak dengar cakap sangat. Pastu start masuk U aku dah tekad aku mesti up aku punye English. Continue reading

Share

Berbaloi-baloi

Pertama sekali ini bukan promosi Celcom dan aku yakin Celcom pon tak akan bayar aku sesen pun walaupun aku mention nama diorang dalam post ni.

Aku cakap kat korang, tak sia-sia aku keluarkan duit dari poket aku yang tak seberapa ni. Banyak benda baru yang aku dapat belajar berbanding waktu aku guna blog wordpress percuma. Bermula dari macam mana nak setup blog, nak pasang plugin, edit script, semua aku rujuk daripada blog otai-otai yang ada kat Malaysia ni, terima kasih semua. Continue reading

Share