Category: My Community

Facebook itu sangat besar

Rajin betul aku menulis pasal Facebook selepas ini, ini, ini dan ini dengan harapan demam Facebook di keliling kita makin reda. Tapi entri berganti entri tak pun surut-surut demamnya. Bahkan makin melarat rasanya.

Aku tak tahu apa formula yang mereka gunakan, tapi memang mudah untuk lihat betapa hebatnya tumbesaran si budak Facebook ni sejak mula diperkenalkan 2004 lalu. Sungguh tak disangka project budak-budak Harvard sewaktu melepak kat dorm ni boleh jadi sebegini besar. Ya lebih besar dari dunia, macam gambar kat atas tu.

Aku berani jamin yang facebook(dot)com dah jadi salah satu domain wajib korang taip setiap kali browser internet dibuka, betul? Sila mengaku, tak payah nak tipu la. Mungkin tak la kalau korang online kat office atau kau memang tak punya akaun facebook.

Hari ini, national television pun dah jadikan facebook sebagai satu medium komunikasi rasmi dengan penonton mereka. Ini fenomena yang sangat pelik. Dulu media tak kira la radio atau tv biasa berkomunikasi dengan telefon dan e-mail tapi hari ni facebook lagi diberi keutamaan. Ya facebook itu sangat mudah, sangat mesra pengguna dan sangat mudah diakses.

Pemimpin, ustaz-ustaz,penyanyi, pelakon semua berinteraksi melalui facebook. Ye, rancangan bual bicara agama pun sudah mula gunakan facebook!

Company-company, even brand-brand yang terkemuka pun sudah tunduk akur yg mereka perlukan facebook sebagai satu medium promosi utama mereka.

Konklusi nye aku tak rase ini suatu yang buruk kalau kena caranya..Cuma mungkin aku seorang yang terlebih skeptikal dan emosional? Tapi jujur aku takut dengan fenomena ini..

Share

Hey Mr. Cock!

Okay it’s Saturday morning. Two days after a painful defeat in the hands of boroian, oldies and a bunch of weaklings who loves rolling around, I’m back writing. Ok, no point reminiscing the past, in the end the best teams through. But honestly speaking it is painful to swallow. Oh, for those clueless, I’m talking about football.

Back to topic, why do men has to be a cock? Are they all that great? They’re f*#king good looking? Do they own the lumber factory? Even so, that is not a license to get cock. you have a bitter smelled fart, your armpit still smells like mine, your shit smells shit as well. So, I don’t see what so great about you to get all that cocky.

Continue reading

Share

Hey pemandu yang bodoh!

Setelah tamat tempoh pembayaran saman berdiskaun tempoh hari, baru ramai yang tersedar betapa hebatnya pemandu di sekitar “litar-litar haram” di Malaysia ni. Berjuta-juta ringgit dikutip dalam tempoh beberapa hari. Sangat menggalakkan, boleh dijadikan sumber pendapatan terpenting negara disamping rokok dan alkohol.

Jelas sekali, pemandu di Malaysia ni sangat bodoh dan tak sayang nyawa. “I heard many Malaysian drives dangerously” itu statement yang aku terima dari foreign member yang membuatkan aku terkedu. Aku nak bantah kenyataan tu pun tak boleh, sebab benda tu memang sangat betul. Pemandu kita memang sangat berhantu ketika di jalan raya.

Berikut kompilasi sikap pemandu yang sangat layak dibenci oleh masyarakat majmuk 1Malaysia. Jangan melenting jika ada yang terkena pada  kamu, sebab mulut aku sendiri pun terasa sangat pedas ketika menulis entri ini.

Continue reading

Share

Mengumpat dan mengata tak boleh dipisahkan dengan orang kita

Panjang kan tajuk entri ni, sungguh tak mesra SEO. Tak perlu cerita secara lebih lanjut pun rasanya orang dah boleh agak apa isi kandungan entri ni.

Jujur cakap, aku dah naik muak la dengan ‘mulut-mulut busuk’ yang suka sangat mengata, mengutuk, mengumpat, mengeji, menggebang, dan yang sewaktu dengannya ni.

Kalau benda yang dicakapnya tu memang fakta yang terang benderang, aku tak amik port sangat la. Tapi apa yang selalu digebang dek ‘mulut busuk’ ni selalunya utter nonsense aka bullshit, persepsi @ tanggapan otak kreatif yang tehasil daripada kekurangan perhatian dan kasih sayang.

Continue reading

Share

Wow, cool..

Kalau difikirkan, banyak perbuatan yang tidak bijak adalah dianggap cool. Betul…sekali lagi terima kasih yang terutama ditujukan kepada media, filem dan tv secara lebih khusus. Filem barat terutamanya, gemar mempromosi perkataan cool ni. Dan kita yang banyak disuap dengan ‘bahan’ dari sana pun tanpa usul periksa mengkeldaikan diri untuk ikut definisi cool mereka.
Continue reading

Share