Category: My Community

Internet bukan tentang facebook je lah!

Dah lama tak tulis tajuk sepanjang tu (dah lama tak update pun). Siap tanda seru lagi. Haha nak buat macam mana, tiba-tiba terasa nak tulis macam tu, layan je la.

Bukan ape, aku dok tunggu-tunggu jugak la setahun dua ni bila lah fenomena ‘buku muka’ ni nak reda. Tapi nyata aku silap kali ni. ‘Mereka’ dah siap dengan senjata ‘mereka’ satu demi satu supaya gula-gula facebook ‘mereka’ ni sentiasa dilihat up to date. Satu demi satu aplikasi lagho yang direka oleh mereka-mereka yang berkepentingan dan tak kurang juga yang tak tahu ape pun.

Akibatnya terus la hanyut kita-kita (ya, ya termasuk aku juga) dalam dodoian asyik laman sosial ni. Continue reading

Share

Who’s the terrorist again?

This.

Are you seriously a Pastor? because your act does not suggest that…

What kind of stupid message you’re trying to convey? Even if that moronic act of September 11 was carried out by Muslims, which I believe is not the case, this is so not right..

Burn our holly Quran, you’re starting a huge fire of hatred among Muslims. Remember, there’s million of of your people living peacefully in a Muslims society..I seriously think they’re not gonna be please with what you’re about to do..

Islam means peace and Muslims are not terrorist…

Share

Kerana dia jenama X

Hanya kerana dia berjenama X maka segala apa yang dilakukannya nampak kotor dan berbau busuk. Sedangkan jika mereka yang berjenama Y yang melalukannya maka nampak mulia dan sangat disanjung tinggi.

Ingat pesan atuk,

Betulkan diri dahulu sebelum nak tegur orang lain..

Betulkan aurat sendiri sebelum nak tegur aurat orang lain..

Periksa akaun sendiri sebelum meragui akaun orang lain…

Periksa integriti diri sebelum tuduh orang merasuah..

Sempurna sangatkah diri untuk mengkondem orang lain.

Jangan sebok pasal sambal terselet di baju orang sedang ada setompok tahi kerbau di baju sendiri

Sekian buat renungan…Selamat menempuhi sisa-sisa Ramadhan yang masih berbaki..manfaatkan.

Share

Cantikkah?

Ada perasan tak kecenderungan iklan di tv sekarang ni. Iklan kecantikan, kuruskan badan, dan segala bentuk iklan untuk kecantikan fizikal/luaran. Aku tak salahkan pengiklan sebab mereka jual produk, pihak tv pun aku tak boleh nak salahkan sebab mereka jana pendapatan melalui pengiklanan sama macam ramai bloggers hari ini. Jadi aku salahkan diri sendiri je la yang mudah sangat terpengaruh.

Model yang cun melecun hasil daripada mekap yang tebal dan punggung yang tonggek tu la nak ditonjolkan bukan main. Sekali lagi tak boleh nak salahkan mereka, itu kehendak penonton-penonton gatal, aku tak terkecuali.

Cuba bayangkan kalau model dalam tv tu berisi semuanya, pastu tak pulak dicalit dengan mekap tebal. Pastu korang disuap setiap hari yang itulah definisi cantik .Maka itulah yag bakal jadi tanggapan kita. Betul tak? Berkuasa kan media?

Persepsi ‘kecantikan’ kita telah berjaya disongsangkan oleh mereka-mereka yang berkepentingan. Kecantikan plastik tu pada kita hari ini lebih sempurna berbanding kecantikan semulajadi anugerah Allah. Terima kasih kepada media terutamanya yang dah berjaya menyebarkan persepsi ini.

Hari ni, mudah ke korang nak cari seorang gadis/wanita yang keluar dari rumah tanpa mekap langsung. Boleh jumpa ke wanita yang tak bawak lipstick, perfume dan bedak asas dalam beg tangan mereka. Hampir mustahil kan? Oh, lelaki jangan rasa tak bersalah pulak, korang termasuk aku pun tak terkecuali. Tapi lelaki takde la bawak alat mekap pastinya.

Betul, “beauty is in the eye of the beholder”. Ada yang suka pada yg kurus melidi, ada yang suka chubby dan macam-macam cita rasa sendiri. Tapi bila banyak mata tu dah dikaburi dek alat solekan yang setebal kurang 1mm tu maka adakah masih adil pepatah tu?

Perhias la diri dengan perhiasan yang kekal selamanya iaitu akhlak yang mulia.

Share

Himpunan Ummah Untuk Palestin

Bismillahirrahmaanirrahiim, Assalamualaikum semua,

Apa khabar dunia blogging sejak ketiadaan aku ni yer. Rasanya semuanya Alhamdulillah baik kot.

Sabtu lepas aku berkesempatan ke Himpunan Ummah Untuk Palestin yang masuk tahun kedua. Tahun lepas aku pergi, tahun ni pun Alhamdulillah masih gagah dapat pergi bersama meyokong. Tahniah buat sekumpulan NGO ni yang masih prihatin dengan isu Palestin yang makin suam-suam kuku di media massa. Mungkin media arus perdana ni masih menunggu siri serangan baru, baru mereka akan kembali menyalak aktif semula.

Antara kisah yang aku dengar malam tu yang dapat aku kongsikan disini ialah nabi Muhamad pun perangi Yahudi dari sisi ekonomi. Kalau dilihat ketika perang dengan kaum Musyrikin nabi tak tebang pun pohon-pohon kurma mereka, tapi dengan Yahudi ni, dengan pohon-pohon kurma ni pun nabi tebang sama. Sebab apa? Sebab itu satu tindakan yang mampu lemahkan ekonomi mereka.

Dalam satu lagi kisah, kaum yahudi cuba tempatkan sekumpulan pemanah atas satu bukit untuk panah umat Islam (taktik si pengecut) waktu perang khandak kalau tak silap. Nabi kita yang bijak pun ambil tindakan meyekat sumber keperluan asas (makanan, minuman, dsb) daripada sampai ke atas dan tak berapa lama lepas tu si Yahudi yang bajet bijak tu pun menyerah diri dan dihalau keluar dari Madinah.

Apa tauladan daripada tindakan Nabi kita ni? Tindaikan boikot produk Israel ni adalah relevan walaupun masih ramai yang dari masa ke semasa mempertikai dan setiap kali itu la aku kene peringat semula yang usaha tu yang penting dan bukan hasil usaha. Untuk senarai lengkap produk yang nak diboikot >>link<<

Oh ya, hampir terlupa, malam tu juga dilancarkan tabung RM 10 sebulan untuk Palestin. Rasanya buat yang dah bekerja tu, RM 10 sebuan ni takde la seberapa berbanding perbelanjaan bulanan membeli rokok, duit makan atau duit untuk hiburan. Kalau ada 1000 orang sumbang dah dapat 10 ribu sebulan, kalau sejuta? sepuluh juta? Banyak kan?

Buat yang berniat untuk menyumbang boleh kemukakan ke akaun berikut:

KEMPEN SUMBANGAN RM 10 SEBULAN UNTUK PALESTIN
AKAUN MAYBANK : 557157802444

Dengar cerita dalam masa terdekat, akan ada satu konvoi kapal untuk bawa bekalan makanan, ubat-ubatan dan keperluan harian masuk ke Palestin secara besar-besaran. Mustahil? Tak, sebab konvoi kali ni katanya bakal diketuai sendiri oleh perdana menteri Turki, Erdogen. Buat yang tak mengetahui, Turki ni ada hubungan diplomatik dengan Israel, jadi kebarangkalian untuk konvoi tersebut ditahan atau diserang tu kurang la sikit. Insyaallah sumbangan kita tu dapat sampai dengan selamat buat mereka yang sepatutnya dan bukan tersekat dek perut-perut buncit si penyangak yang mengaku hero.

Share