Category: contest

Pamela Anderson dan Dot Dot Dot

contest ini dibawakan dengan jayanya oleh YoycullendotcoM

Ini merupakan kisah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang telah hidup atau yang masih meninggal dunia.

Pamela Anderson merupakan anak perempuan tunggal kepada Pak Abu dan Mak Minah. Ya, dia seorang Melayu tulen dan tak ada unsur kacukan Amerika mahupun British. Sebenarnya sewaktu muda, Pak Abu gemar menonton Baywatch lakonan Pamela Anderson. Sejak dari hari itu, Pak Abu bertekad mahu menamakan anak perempuannya Pamela Anderson tak kiralah apa orang kampung nak kata.

Setelah meningkat remaja, Pamela Anderson menjadi seorang gadis yang amat jelita. Maka dia digilai oleh jejaka-jejaka berhidung belang di kampungnya tidak terkecuali seorang pemuda berwawasan bernama Yoy (mengampu sikit).
Continue reading

Share