Category: Engineering

Relevan servo dalam kehidupan

Aku seorang yang suka aplikasikan teori saintifik dalam kehidupan seharian. Melalui penelitian aku, banyak konsep saintifik yang berkait dengan kehidupan kalau kita ambil sedikit masa untuk berfikir.  Jadi hari ini aku nak bercerita tentang satu teori yang dipelajari masa di universiti dulu, Buat mereka yang belum mengetahui, aku seorang graduan dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, pengkhususan dalam Kuasa (Power).

Seorang yang biasa bergelumang dalam bidang Elektrik dan Elektronik tentu sudah tidak asing lagi dengan satu peranti yang dinamakan sebagai servo (contoh seperti gambar di atas). Secara mudahnya, servo ialah satu sistem yang membolehkan kedudukan terkini output dikemaskini kepada input dalam bentuk suap-balik (feedback). Ini amat berguna untuk mengawal posisi dan kelajuan motor. Ya, memang memeningkan bagi mereka yang baru kali pertama mendengar.
Continue reading

Share