Bahaya berat berlebihan buat wanita

Lanjutan daripada rancangan realiti popular yang mencetus fenomena serata asia, Biggest Loser Asia, aku rasa ini masa yang terbaik untuk kurangkan berat badan berlebihan tu. Mereka dah buktikan ianya tidak mustahil untuk dilakukan. Cara pun dah ditunjukkan, bersenam macam orang gila dan hilang 80 kg dalam masa kurang 6 bulan dan bertukar dari teddy bear kepada tengkorak hidup. Okay, cukup dengan cerita biggest loser.
Secara umumnya kita semua tahu yang berat badan berlebihan atau obesiti ni tak bagus. Ia membataskan pergerakan kita dan biasanya akan datang dengan pakej-pakej tambahan lain seperti darah tinggi, darah rendah, kencing manis, kencing tawar dan yang sama waktu dengannya. Itu secara umumnya la. Aku tak mahu bicarakan soal tu lebih lanjut sebab pada aku, semua orang pun tahu.
Tapi aku fokuskan untuk wanita, apa kesan buruk muatan berlebihan ni? Continue reading



