Hujan emas di negeri orang?

Haha, you gotta be kidding me! Mana ada hujan emas di negeri orang. Kalau betul ada hujan emas aku akan kerap ke negeri orang dan kutip emas lalu bawa pulang ke negara yang ada isteri tercinta dan keluarga tersayang.
Okay kembali ke bisnes yang serius! Betul kita selalu dapat gambaran yang negeri orang tu sangat hebat, sangat maju, sangat cantik, sangat heaven, sangat segala-gala. Ya, hampir semua tu tak dapat dinafikan memang betul. Tapi seriously, siapa yang mampu untuk tinggal lama kat negeri orang sila angkat tangan. Haa, mana ada orang angkat tangan kan? *sound effect bunyi cengkerik*
Betapa seronok macam mana pun kau duduk kat oversea, at certain point atau banyak point kau akan rasa rindu pada tanah air. Adamasa tertentu mesti rasa mahu bercucuran air mata kerana merindui sesuatu kat tanah air tercinta kan?
Di negara asal, kita boleh pergi mana-mana tanpa perlu risau dengan pandangan orang yang seperti mau cakap “ee alien huduh!!”. Tak perlu risau tersesat atau tersalah ambil train. Tak perlu risau jadi seperti orang hulu. Dan yang penting tak perlu bawa botol ketika melepas hajat.
Jadi pengajarannya, sila hargai dan nikmati saat-saat di tanah air sebab bila kau keluar dari zon itu maka kau rasailah kepedihannya…bwahaha *gelak keji*
p/s: Ini entri ke 101
p/s2: Selamat ulang hari ke 17 Puan!!


