Category: life

So, what’s next?

I’ve always been involve in many projects, evaluation, test, experiment and such things in the past. During those days,  it means nothing  to me. I prefer to complete the damn thing quickly so I won’t need to bother about it anymore.

Experiment during my studying time is just because it is requirement and people asked me to do it. That’s what we’ve been taught since primary school up until the highest level of our study? No,  maybe I just have myself to blame there.

Continue reading

Share

Perubahan itu sangat susah

This figure nicely sums everything up

Tak dinafikan ramai daripada kita suka duduk di zon selesa. Sebarang bentuk perubahan sangat-sangat kita takuti dan menyakitkan pinggang dan punggung walaupun perubahan itu akan bawa kesenangan untuk kita pada masa hadapan.

Kita suka melihat jangka masa pendek. Pada kita perubahan = benda baru. Maka kita akan secara automatik rasa tak selesa sebab kena biasakan diri dengan sistem yang baru. Segala bentuk benda baru yang kita kurang arif maka tanggapan pertama kita ialah susah.

Mari kita salahkan sistem. Ya, sistem. Sistem pemerintahan, sistem pendidikan, sistem keluarga dan semua di sekeliling kita menggalakkan kita untuk turut dan tunduk pada rutin tanpa perlu sakitkan otak untuk berfikir.

Maka, jika si luncai terjun dengan labu-labunya. Maka seluruh keturunan anak cucu si luncai kan turut sama terjun bersama labu-labu mereka.

Sila keluar dari zon selesa jika mahu outcome yang lebih awesome…

Share

Rutin=Boring?

Kalau korang pernah baca blog aku zaman muda remaja dulu, aku pernah berblog pasal tajuk ni. Dulu aku pernah cakap yang rutin tu boring. Ya, “orang muda memang gelojoh” itu kata orang-orang tua yang “tak gelojoh”. Maka keluar la kenyataan yang kurang matang tu.

Rutin ni secara generalnya, suatu yang kita buat secara berulang-ulang dalam bahasa yang sedikit islamiknya, istiqamah la. Kalau diikutkan tak ada siapa yang boleh lari daripada rutin. Setuju? Tak setuju tak apa  aku akan buat kau setuju.

Continue reading

Share

Masalah itu untuk dihadapi

Kita suka sesuatu yang mudah. Seboleh-bolehnya tak perlu sebarang halangan. Mahu semua yang sudah tersedia.

Kita mahu bekerja di so call “well established company” yang semuanya sudah hampir sempurna. Tak mahu memperbaiki sebarang kekurangan. Semuanya sudah near perfection. Pokoknya semuanya mahu mudah.

Bila berdepan dengan kesukaran/ masalah, kita punya pilihan untuk hadapi atau lari. Ya, ramai yang lebih suka mengelak/lari. Itu tak salah. Tapi sampai bila? Masalah memang tak boleh dielak ke mana pun kau pergi (sangat cliche)

Ramai selalu cakap itu tak kena, ini tak kena. Tapi itu semua tak lebih sekadar alasan seorang yang malas berfikir untuk perbetulkan keadaan. Pernah ke kita cuba untuk perbaiki sebelum mula berkokok?

Aku suka dengan pendapat seorang tua yang bergaji besar, “Instead of complaining, why don’t we turn it into some kind of proposal?” Terasa kena juga kat batang hidung sendiri yang gemar sangat merungut.

Share

Mari menjadi simple

Simple itu mudah. Mudah itu tidak menyusahkan. Tak susah itu seronok. Maka mari menjadi simple supaya kita tidak mendapat susah dan hidup gembira.

Bersempena dengan hari Isnin, 13 Disember 2010 yang tak ada signifikan ape-ape ni aku berikrar mahu jadi seorang yang simple. Mula-mula sekali dengan tema blog ni yang dah tak gemar mata aku melihat. Dulu-dulu aku suka blog aku kelihatan sofisticated, complicated, dan tepung custard. Sekarang aku mahu tukar kepada simple.

Jadi, apa seterusnya? Aku tak ada idea…haha.

Share