Category: Personal

Randomness III

Menurut Oxford English Dictionary edisi ke lapan ratus lapan puluh enam,

Random : Having no definite aim or purpose; not sent or guided in a particular direction; made, done, occurring, etc., without method or conscious choice; haphazard

Jadi post ini tidak akan membawa anda ke mana-mana arah yang jelas. Maaf dipinta terlebih dahulu.

Pagi ini matahari menyinar terang. Langit cerah dan biru. Sekelompok awan berarak malas menuju destinasi yang ditentukan angin yang meniup beliau. Anjing-anjing menyalak tak tentu pasal. Kelihatan sekumpulan itik berenang riang di dalam sungai. Tambah pula hari ini cuti sekolah. Sangat tenang. Subhanallah, sungguh indah ciptaan Allah.

Here goes the randomness,

1. Sekarang sedang musim luruh. Sedikit demi sedikit menghampiri musim sejuk. Maka suhu semakin hari semakin sejuk. Rasa syukur dapat merasa warna-warni ciptaan Allah. Kalau di bumi tercinta aku dpt merasa panas dan hujan sepanjang tahun. Dekat sini so far dah rasa panas (yang tak la panas mana pun), sejuk, hujan, angin kencang, dan ok itu saja (salji belum turun lagi)

2. Dulu waktu belajar kat institut pengajian tinggi awam, aku ada tengok beberapa drama korea. Bila hero & heroin die bercakap, mulut keluar asap. Aku rasa itu cool. Sekarang baru aku tahu, itu benar-benar “cool”. Jadi bila bercakap di stesen keretapi bersama rakan-rakan, terasa seperti sedang berlakon drama romantik korea.

3. Sejak sebulan yang lalu secawan kopi berharga 4 ringgit = murah, sebatang pisang berharga 1 ringgit = ok la, dan sekampit beras 10 kg berharga 120 ringgit = ma, ma. Maka aku perlu adapt dengan situasi ini. Buat masa ini kene pura-pura hilang ingatan tentang ringgit Malaysia atau aku tak akan makan pisang dan minum kopi.

4. Orang kata, bila dah kerja kita akan rasa rindu pada zaman student. Tapi bila dah kene jadi student, masih rase x gembira juga. Konklusinya, manusia memang tak akan pernah puas hati dengan apa yang mereka ada. Bila dah hilang benda tu baru terasa nak kembali ke masa lalu. Belajar memang seronok, tetapi kerja sekolah, kuiz dan test sangat tidak seronok.

5. Aku mula belajar tentang erti bersyukur. Dulu hari-hari matahari menyinar terang dan menempiaskan kehangatannya dan apa yang aku buat? merungut.. Sekarang aku sangat menghargai kehadiran encik matahari. Ya, manusia memang spesis yang tak bersyukur.

6. As ever, saya rindu kepada 町 dan keluarga tercinta.

Share

are you happy?are you OK?

saya tak tahu macam mana nak jawab soalan-soalan sedemikian

kalau jawab tak happy, ada orang akan susah hati sebab rasa dia punca saya tak happy.

kalau jawab happy, nanti beliau akan cakap saya OK walaupun tanpa beliau dan fikir saya tak perlukan beliau.

jadi sila ajar saya, bagaimana harus saya jawab soalan itu.

Share

Dear Diary iii

Hari ini sangat indah. Mungkin kamu tak tahu kenapa, tapi saya sangat seronok kuasa lapan. Makcik sangat baik hati. Saya sangat bertuah dapat kesempatan untuk mengenali makcik.

Tadi saya sangat nervous. Saya sangat risau kalau makcik akan jadi benci dengan saya sebab saya sangat tak tau bercakap. Sangat clueless. Sangat tak tau direction. Sangat buta. Sangat boring. Tapi itu saya buat pengetahuan makcik. Macam makcik selalu rasa diri banyak kekurangan. Maka ini semua kekurangan pada pihak saya.

Sekarang makcik percaya, tak ada manusia yang perfect kan?

Makcik, saya tak istimewa. Saya tak pandai ambil hati perempuan. Saya tak tau ayat-ayat manis. Ayat-ayat biasa pun bagi saya sangat susah inikan pula ayat-ayat luar biasa yg selalunya perempuan suka dengar (benarkah?) Sedangkan perkataan “lumut” pun boleh jadi “lumit” sebab saya sangat nervous bile di sebelah orang yang sangat saya suka.

Maaf la makcik, saya memang jalan laju sampai tercicir-cicir makcik kat belakang. Tapi memang saye macam tu tambah-tambah lagi bila sedang nervous. Kan saya dah cakap saya biasa race dengan mr Ang, jaguh jalan kaki pecut murata. Tapi saya minta maaf kalau saya buat makcik penat  dan terkejar-kejar. Kalau makcik rasa itu patut saya ubah maka sila beritahu.

Saya tak rajin berjalan, macam saya cakap. Saya sangat one dimensional. Kalau destinasi saya A untuk cari this thing. Maka saya akan ke A dan dapatkan benda tu and terus je balik.

So, kesimpulannya saya sangat membosankan. Maaf kalau saya buang beberapa jam yang berharga dalam hidup makcik untuk temankan orang tua yang bosan ini.

Share

Sedikit tentang…

Hidup?

Beberapa hari/minggu ini amat sukar bagi saya. Saye suke seseorang tapi seseorang tu asik tanye “Pakcik serius ke?”, ” Pakcik ok ke?”

Tapi secara generalnya hidup sangat menggembirakan.. :biggrin:

 Kerja?

Sangat menekan penuh! (stressful). Lagi orang nak pergi lagi kuat kene push rupenye. Semua kerja kena siapkan sebelum pergi.

Tapi saya tetap berpegang pada falsampah “kerja memang tak akan pernah siap, kalau dah siap maka saya akan jobless”

Family?

Macam biasa…mereka awesome!

Fikizal?

Masih kuat seperti selalu. Tapi selera makan sudah makin merosot..

Ohhh…berat badan saya sudah turun sebanyak 4 kg. Jadi secara rasminya BMI saya telah kantoi. Fyi berat sebelum ini adalah diconsider “just nice”.

Mental?

Saya sudah gila kata makcik hingga dinasihat sila jumpa psikatris…sila tanye beliau kenape.

Spiritual?

Rase-rase masih dalam kawalan..insyaAllah.

Saye sudah jumpe teori baru untuk bangun subuh awal iaitu jgn tdo terlalu awal

Share