Dear diary

Apa khabar blogosphere? Maaf buat mereka yang kemari tapi hampa dengan ketiadaan sebarang sumber baru untuk dihadam. Maaf juga buat mereka yang tersesat kemari hasil carian Google yang tak pun ada kena mengena dengan apa yang dicari. Salahkan tuan punya blog yang gila SEO lebih setahun lalu. Tapi jika ada yang ingin berterima kasih kerana temui sesuatu yang buat mereka berfikir, maka terima kasih kembali atas kasih yang diberi.
Ya, bunyi tajuk entri sangat gurly dan geli. Tapi pada aku itu suatu yang sangat mudah dibuat jika kau tak punya siapa untuk luah sesuatu. Diary itu suatu simbol kepada seorang yang lonely. Haha….shut the f*%k up! Ini sangat geli bila aku baca semula. Tapi aku terus menaip jugak sebab menekan butang “backspace” akan memakan masa aku sebanyak lebih 5 saat.

