Category: Technology

Ohh Malaysia memang boleh!

Amaran: entri ini mengandungi kandungan tanda seru yang berlebihan kerana penulis begitu teruja!!

Wow!! tergamam betul aku tengok kaji selidik yang dibuat dek mat saleh yang tak de keje lain nak buat ni (klik gambar untuk berita penuh) Warga Malaysia mempunyai paling ramai ‘kawan’ di laman sosial berbanding negara lain di dunia! Tahniah! Ini satu pencapaian gemilang hasil penat lelah kita siang dan malam menghadap Facebook, Twitter, Myspace, Friendster, Hi 5, Gardenia dan rakan-rakan.

Purata ‘rakan’ di laman sosial buat rakyat Malaysia ialah sekitar 233 berbanding rakyat Jepun yang hanya memiliki sekitar 29 orang rakan sahaja. Ape ni orang Jepun? Tak reti bersosial ke? Mahu rakyat Malaysia tunjukkan cara? Cuma lompat-lompat ke sekitar akaun-akaun anonymous dan usha rupa pemilik akaun. Kalau cun/hensem, cuma add sahaja dan wallaa!! anda kini mampu mencecah 1000 orang kawan dalam beberapa kelip mata sahaja!

Sabar, sabar, ini part yang lebih menarik. Continue reading

Share

Internet bukan tentang facebook je lah!

Dah lama tak tulis tajuk sepanjang tu (dah lama tak update pun). Siap tanda seru lagi. Haha nak buat macam mana, tiba-tiba terasa nak tulis macam tu, layan je la.

Bukan ape, aku dok tunggu-tunggu jugak la setahun dua ni bila lah fenomena ‘buku muka’ ni nak reda. Tapi nyata aku silap kali ni. ‘Mereka’ dah siap dengan senjata ‘mereka’ satu demi satu supaya gula-gula facebook ‘mereka’ ni sentiasa dilihat up to date. Satu demi satu aplikasi lagho yang direka oleh mereka-mereka yang berkepentingan dan tak kurang juga yang tak tahu ape pun.

Akibatnya terus la hanyut kita-kita (ya, ya termasuk aku juga) dalam dodoian asyik laman sosial ni. Continue reading

Share

Malas itu positif?

Tajuk yang agak keterlaluan aku rasa. Tapi, macam mana nak jadikan malas itu suatu yang positif? Mustahil! Ya, perkara pertama yang terbayang di kepala kita bila sebut perkataan malas mesti suatu yang negatif. Namun tanpa kita sedari ada baiknya juga bila kita malas. Baca sampai habis dan ubah persepsi anda…

Perbincangan dalam entri ini akan berkisar kepada kenyataan tesis (Thesis statement) berikut ‘Kemalasan manusia merupakan antara punca terhasilnya teknologi’.
Continue reading

Share

Alas meja ajaib

Satu lagi projek Saintis Barat yang tak tau dah nak buat apa. Baru di peringkat prototaip katanya. Alas meja makan yang bertukar warna/ menampakkan corak bila cecair tumpah ke atasnya. Memang cool! Jom ramai-ramai tumpahkan air kat meja makan mereka.

Kalau air sirap tumpah, maka terhasillah corak berwarna merah, kalau air oren tumpah dapat la corak bunga-bunga warna oren, kalau air lain yang tumpah? Sila jangan berfikiran negatif! Kesan tu pulak akan kekal kalau kita tak basuh dengan dynamo atau vanish.
Continue reading

Share

What’s the “google buzz”

Mari ucapkan selamat datang kepada bayi terbaru encik google, yang diberi nama di surat beranaknya Google Buzz. Korang yang ada sign in ke akaun gmail sehari dua ni mesti terima pelawaan untuk menggunakan aplikasi baru ni kan?

Jadi ape sebenarnya Google Buzz ni? Ya, satu lagi aplikasi jaringan social aka social network. Senang cerita, lebih kurang macam Twitter dan Facebook la dimana korang boleh kongsi cerita, link, gambar dan video ngan rakan taulan anda (skema).
Continue reading

Share