Category: Uncategorized

Terima Kasih ya Allah

:biggrin:  ”AM OFFICIALLY MARRIED” :biggrin:

Sudah lama mahu tulis ini. Namun beberapa hari lalu tak berkesempatan sebab mahu spend masa semaksima mungkin dengan kamu Pn. Razlina bte Ramli.

Buat pengetahuan kamu sejak beberapa bulan yang lalu, dalam setiap doa saya, saya akan selitkan bait berikut “ya Allah, aku benar-benar mencintai hambamu Razlina bte Ramli. Aku benar-benar berharap dia adalah yang terbaik buatku. Satukanlah kami sebagai pasangan suami isteri yang sah”. Dan sekarang Kau kabulkan doa ini. Terima kasih ya Allah.

Sekarang saya akan menghargai kamu Pn. Razlina Binti Ramli. Neo hanamal gidarijanha. Tunggu saya ok :smile:

Share

Jika kamu mula dengan berkata “tidak boleh” maka semua pun akan jadi susah!

Hoho panjang tajuk entri ni. Rasanya yang terpanjang seingat aku sepanjang beberapa tahun berblog ni. Maka bila panjang tajuknya lebih banyak boleh diperkatakan. Maka lepas baca tajuk sahaja maka anda sudah dapat gambaran yang sangat jelas tentang ape yang aku nak tulis. Maka tak perlulah isi yang panjang. Sudah faham kan?

p/s: wahai diri sendiri, silalah jadi seorang yang optimis. Sila berfikiran positif dan melihat kepada peluang dan bukan kelemahan.

p/s lagi: apa relevan gambar justin bieber dlm entri ni? jawapannya tak ada apa2…

Share

Ya kamu memang hebat..

wahai insan yang hebat,

betul, aku akui kamu memang hebat. Kata-kata kamu hebat. Penampilan kamu hebat. Pendek kata, segala tentang kamu boleh di”summarize”kan dengan satu perkataan lima huruf, “H.E.B.A.T.”

wahai makhluk yang hebat,

Susuk kamu memang hebat. kacak bergaya. cantik menawan. Tapi itu semua tak lain hanyalah menunjukkan kehebatan pencipta kamu. Sebab itu semua bukan kamu yang punya. Pinjam sahaja! Bila-bila Dia mahu ambil pun boleh.

Wahai hamba yang hebat,

Tak ada salahnya kalau sekali sekali kamu tunduk lihat ke bumi Allah yang indah ni. Mendongak ke langit sekali sekala tu memang bagus. Tapi lama kelamaan kamu akan lupa yang kaki kamu sedang berpijak di bumi. Tambahan pula, besar kemungkinan leher kamu bakal tergeliat dan tak boleh tunduk sampai bila-bila. Maka sementara masih berupaya untuk tunduk ni silalah berbuat demikian.

Ingat, sehebat-hebat kamu, kamu tetap hamba Dia. Sama macam aku. Sama macam peminta sedekah di Lorong Haji Taib. Sama macam Perdana menteri Nepal. Sama macam penternak kangaroo di Australia. Sama macam peniup seksafon, Kasim Jailani. Sama macam pakcik dan makcik itu. Sama macam manusia lain.

Wahai diri yang rasa hebat,

Sebenarnya kamu tidaklah sehebat yang kamu rasa. Sila sepak muka kamu. Ya kamu memang hebat bermimpi!

Share

Apa patut saya buat?

Saya sudah sehabis daya meyakinkan, selebihnya terserah.

Saya tak mampu berbuat apa lagi.

Saya tahu anda juga tak tahu harus berbuat apa.

Beberapi hari lepas anda cakap goodbye to him.

Maka hari itu saya sangat bersyukur dan gembira.

Tapi hari ini anda cakap “am sorry” kat saya.

Maka saya kembali berduka lara.

Anda didesak, saya faham keadaan anda.

Tapi ini tersangat-sangat, amat sekali sukar buat saya untuk terima

Jadi saya mahu menangis

.

Share

Saya mahu pulang!

Sekarang hanya itu sahaja dalam fikiran saya. Cakap la saya ni lemah atau ape tapi saya sudah tak larat lagi. Kepala saya sudah betul-betul tak berada di sini. Maaf buat mereka yang beri kepercayaan besar kepada saya. Tapi saya mengaku diri sangat lemah. Maaf sekali lagi jika saya kecewakan anda.

Rupanya sangat besar dugaan tinggal di suasana begini.  Saya sering rasa angkuh bagaimana orang boleh cuaikan agama, cuaikan solat dan segala. Tapi sekarang Allah sedang uji keimanan saya. Ya sangat berat ujian ini ya Allah sampai kadang tertewas.

Makcik pun mau tinggalkan saya sebab saya jauh. Maka saya mahu pulang!

Share