5 Sebab Top Kenapa Aku Benci AF

Sekadar gambar hiasan

Tak tahu apa tu AF? Akademi Fantasi-ya? Alah,.. akademi yang mana fantasi pelajar-pelajar tu nak jadi popular dalam masa singkat boleh dijadikan kenyataan. Setiap minggu ada konsert mengalahkan artis yang dah 20 tahun jadi artis. Diorang akan dikurung kat satu tempat yang mana hari-hari kerja diorang nyanyi, nyanyi dan nyanyi. Lebih kurang macam tu lah.

Buat pengetahuan korang, aku menyampah, meluat, benci,  dan sewaktu dengannya dengan program ni. Tak tahu korang macam mana tapi itu lah perasaan aku bila menonton rancangan tersebut. Berikut sebab utama yang menyokong pembenceian aku;

  1. Tak menghormati waktu solat. Tak kira lah peserta atau penonton, dua-dua pun sama kot. Kalau program bermula jam 8.30 malam, apakah peserta tu akan bersedia di sebalik pentas pukul 8.30 malam? Apakah penonton akan gerak dari rumah jam 8.30 malam? Mungkin ya kalau rumah mereka bersebelahan dengan tempat diorang buat konsert. Sekurang-kurangnya mesti sejam dua atau lebih awal lagi daripada tu dah gerak dah nak dapatkan tempat duduk yang terbaik. Jadi apa kes dengan Maghrib dan Isya’ diorang? Oh ‘jamak takyah’. Atau qada’ kan lewat sikit. Entah siapa yang mengajar boleh qada’ sembahyang sebab konsert.
  2. Tak ada unsur ilmiah langsung. Kalau program macam The Biggest Loser, Are You Smarter Than a Fifth Grader atau Amazing Race, gagah jugalah aku nak tonton sebab ada unsur-unsur ilmiah dan pengajaran yang dapat dipelajari. Kalau aku tengok AF ape yang aku dapat? Kepuasan? lagi baik aku tonton konsert artis yang dah pasti kualiti nyanyian lebih baik. Ilmu? Toksah cakap la, memang tak ada. Hiburan? Tak payah, banyak lagi rancangan lain yang boleh buat aku terhibur. Pendek kata, buang masa je. Lebih baik aku duduk di depan PC dan menaip entri mengkritik mereka.
  3. Peserta tak berbakat, kebanyakannya atau semua? Mungkin akan ada yang membalas “Habis kau ingat kau nyanyi sedap sangat ke?” Okay, sebab tu aku di sini menulis tentang ketidakgemaran aku terhadap program tu dan bukan di pentas tu, sedang terkinja-kinja. Aku sedar diri, suara aku tak sedap, bakat pun tak ada. Mereka bolehlah aku katakan lebih mahu menjual muka dan mencari populariti berbanding untuk belajar ataupun tonjolkan potensi. Aku nak sepak-sepak je budak-budak tu yang bajet hensem/cute/cun/comel (sila muntah beramai-ramai).
  4. Tradisi menangis bila ada yang tersingkir. Eiii, ni yang aku paling meluat sekali. Bila si gampang Zionis bedil nyawa umat Islam di Palestin ada kau menangis sungguh-sungguh macam tu? Ada kau bangun malam menangis kenangkan dosa-dosa yang pernah kau buat? Aku pun bukannya baik sangat sebab tu peringatan ni aku nak tujukan pertama-tama sekali untuk diri aku sendiri.
  5. Pergaulan bebas lelaki dan perempuan. Boleh pulak duduk bersama, makan bersama, berlatih bersama, semuanya bersama dah macam Hollywood punya stail la pulak. Pegang-pegang tangan, berpeluk-peluk pun dah jadi macam satu adegan yang tak salah je. Yang belakang-belakang yang kita tak nampak? Oopss, aku tak mahu memfitnah atau menuduh cukup sampai situ.

Aku bukan pandai-pandai je menulis tanpa usul periksa ya, aku tahu pasal AF ni sebab dulu-dulu masa musim pertama sampai musim Mawi jadi juara tu aku rajin jugak la tengok AF. Aku tak tahu la pulak kalau diorang dah ubah format rancangan bercanggahan dengan poin-poin kat atas tu, maafkan aku. Tapi rasanya selagi mana namanya Akademi Fantasi-ya, maka macam tu la gayanya. Maka selama tu lah jugak aku tak akan gemar rancangan ni. Titik.

P/s: Kalau ada yang tak berpuas hati atau nak marah aku, sila baca penafian dulu ya.

Share
Comments
  • GadisTerbilang March 28, 2010 at 8:27 pm

    SETUJU! LAGI SATU. KALO MENANG DIE PUNYE HDIAH BKN MEN HEBAT
    KALO BAB NGAJI KHATAM QURAN TENGOK LA BRAPE JE DPT UTK JUARE TAHFIZ QURAN KITE?

    HIBURAN DIDAHULUKAN, AKHIRAT DIKETEPIKAN!!!
    .-= GadisTerbilang´s last blog ..IKAN BELACAK -By request- =-.

    • ahmadyusrie March 29, 2010 at 10:37 am

      @GadisTerbilang, itu situasi standard la, tapi baru2 johan qari/qariah antarabangsa dapat pencen seumur hidup 2000..mmm
      p/s:marah nampak…caps on.

  • zahida March 28, 2010 at 9:48 pm

    hmm. entri yang menarik. saya pun tak suka af ni.

    memang ada yag tak berbakat. tapi mungkin sengaja diorang amik jugak masuk sebab nak bagi orang meluat dan tinggalkan yang betul-betul hebat.

    rancangan ni memang tak berfaedah langsung tapi mereka tu nak cari duit je. diorang peduli ape dengan kerosakan akhlak manusia dan waktu solat. asalkan untung juta. itupun yang afundi tetap ramai. hadoila umat Islam.
    .-= zahida´s last blog ..Terima Kasih atas Komen dan Cadangan Anda =-.

  • pa'ah March 28, 2010 at 10:32 pm

    hmm..setuju..
    tayangan diari pulak pukul 7.30 pm..ape kehalnye nak buat time2 maghrib??

    dan pesertanye terlalu hipokrit.,
    menangis sampai nak pengsan2 utk org yg mereka baru kenal dlm sebulan, mcm dah tak oleh jumpa lagi lepas ni kan..terlalu hipokrit..
    .-= pa’ah´s last blog ..Contest Avatar dan Fast&Furious 4 =-.

    • ahmadyusrie March 29, 2010 at 10:40 am

      @pa’ah, haha, tu la pasal, bukan tak leh jumpa lagi…
      yag depa sanggup berpisah dengan keluarga sebab nak masuk AF takde nangis2 plak…sronok sakan..

  • etomyam March 28, 2010 at 11:48 pm

    hohoho..memang bernas sekali semua 5 points tu, yang dah ‘grad’ pun takat suam2 kuku jer sekarang, lebih 90% yang terlibat dlm program ni adalah Muslim, kesian, sungguh kesian :sad: .-= etomyam´s last blog ..New In-House WP Theme Released : Simplyblue =-.

    • ahmadyusrie March 29, 2010 at 10:42 am

      @etomyam, mmm, yang aku tengok berpotensi daripada AF setakat ni Aizat sorang je…the rest, flop…

  • Mus March 29, 2010 at 1:12 am

    pasti ada timbul gossip tak baik dengan peserta AF..
    memalukan diri..
    sekarang ni gambar Farina

    • ahmadyusrie March 29, 2010 at 10:43 am

      @Mus, btul tu, bila dah join program2 macam tu mesti orang akan korek cerita2 peribadi masa2 lalu mereka, maka pecahlah tembelang yg dah lama tersimpan tu…

  • rabun March 29, 2010 at 2:15 am

    he he aku tak suka dari start dulu sampai la skang! Cukup lah tu…Astro dah mereng aku rasa rancangan tu dah uzur sangat dah baik rentikan jer la…
    .-= rabun´s last blog ..BERNAFAS DALAM KULAT! =-.

    • ahmadyusrie March 29, 2010 at 10:44 am

      @rabun, bagus2, teruskan usaha anda…astro memang tak pikir benda2 tu sume, janji diorang boleh buat duit…

  • hafizmd March 29, 2010 at 12:05 pm

    hehe..mmg point yg terbaik..akupun tak layan AF nie..menyampah juge asyik sedeh jer kalau kene singkir..adeh..
    .-= hafizmd´s last blog ..Blog ini berehat sebentar.. =-.

  • zaiMi March 29, 2010 at 3:17 pm

    a’ah la memang agak sama entri. tak apalah layannn. hehe
    .-= zaiMi´s last blog ..Layakkah Aku Dapat Title Top Blogger 2010? =-.

  • lizz March 29, 2010 at 3:26 pm

    hari tu aku dah buat 1 entri untuk stopkan aje AF ni.huhu. majoriti sokong. tapi, ada jugak yang nak teruskan. ahaks! terpulanglah. for me, personally..stopkan lah or if nak pun tukar format lah. boring dah tengok aksi nangis2 tuh
    .-= lizz´s last blog ..Menjadi Blogger Tegar. Layakkah Anda? =-.

    • ahmadyusrie March 29, 2010 at 9:32 pm

      @lizz, haha…ramai suda buat entri membangkang AF ni…kalo depa teruskan jugak musim depan maknaya suara ramai tidak didengari..

  • ery March 29, 2010 at 3:40 pm

    dah lama xtgk AF ni.. lebih baik aku tengok buletin utama… huhu
    .-= ery´s last blog ..Tin Kosong Dapat Award?? =-.

  • Amir March 29, 2010 at 6:24 pm

    hari tu kat blog lizarazak.com ada cerita psl AF. aku sorang je yang back up AF. tp rasanya, aku tetap sokong AF. tp yang baik2 je aku ambil. aku sokong psl waktu solat tu. tapi aku rs sempat je dorang nak solat maghrib.

    aku tengok AF8, aku rasa dorang agak berbakat jugakla… :D
    .-= Amir´s last blog ..(GAMBAR) Adelaide Festival 2010: Northern Lights =-.

    • ahmadyusrie March 29, 2010 at 9:29 pm

      @Amir, ohh begitu, tak kisah…itu pendapat individu sahaja
      kalau rasa dapat sesuatu yang bermanfaat, aku hormati minat itu.. :cool:

  • Nadri March 29, 2010 at 9:30 pm

    aku dah lama tak ambik port pasal AF nie..yg paling aku follow masa zaman mawi kerana mgkn dia ada aura tersendiri..

    bg aku, program AF nie mmg lebih byk keburukkan drp kebaikkan..matlmat peserta hanya untuk mengejar glamour shj..& matlamat penganjur spt maxis/hotlink hanya utk membuat keuntungan..bygkan brp byk sms yg penyokong fanatik AF nie hantar???

    ini semua tak lebih drp strategi business diantara ASTRO & MAXIS/HOTLIK. kan kedua2 kompeni ini dipunyai oleh T.S. Ananda Krishnan, antara org paling kaya di M’syia…

    • ahmadyusrie March 29, 2010 at 9:40 pm

      @Nadri, huhu…aura mawi world..mak aku ngan adik2 aku pun suka si mawi ni…x tau pasal ape tah
      yg mengundi boleh kata hampir 100% orang kita, tapi yg untung bukan orang kita… :ermm: .-= ahmadyusrie´s last blog ..5 Sebab Top Kenapa Aku Benci AF =-.

  • suri March 29, 2010 at 9:51 pm

    salam..
    yelah suri pun kurang berminat degan program2 tersebut ynag skrg ni tumbuh bak cendawan..nyampah, meluat..

    ada baik jika mrka buat pengajian akademi Al-quran tu lagi bagus & pahala..

    dunia semakin moden tapi manusia ttp mundur dgn setiap tindak tanduknya sehinggakan apa yang mrka pelajari tentang hukum hakam agam hilang bak kapas yg bertebaran di ruang angkasa :angry: ..
    .-= suri´s last blog ..Petua Menghilangkan Bintik Hitam =-.

  • samanosuke_04 March 30, 2010 at 2:01 am

    kalo rancangan tue jer yang bodoh takpe.. nie pengundi2 pun turut jadik bodoh gak.. undi bukan sebab peserta bbakat, tapi sebab diorang minat.. cube ko tengok ‘britain’s got talent’ semua finalist gilababi mantap, judge diorang pun pening nak pilih pemenang.. tue baru program yang ader kualiti..
    .-= samanosuke_04´s last blog ..2 Warga Malaysia Cedera Dalam Letupan Bom di Moscow =-.

  • zik March 30, 2010 at 9:29 am

    Mana program akademi nasyid nie..?? nak masuk nie…hehe gurau je , hurm betul lah.. kadang2 tuh… tak tau mana nilai2 murni yang harus kita cari, secara tersurat lagi tersirat.

    Apa yang penting, kalau kita dah tahu tak elok, jangan join dah…
    .-= zik´s last blog ..Sambut Program Earth hour di kampung baru. =-.

    • ahmadyusrie March 30, 2010 at 10:55 am

      @zik, hoh..minat nasyid jugak kah..hehe
      kalu nak join pertandingan ajak aku skali boleh tlg backup.. :biggrin:

  • imran March 30, 2010 at 3:51 pm

    Bukan setakat tak minat. Siap lock lagi saluran 104 kat astro :D

    p/s : mencegah lebih baik dari merawat

    • ahmadyusrie March 30, 2010 at 4:00 pm

      @imran, wah, bagus tu…channel 104 tu memang xde apa2 informasi memang hiburan 24/7…

  • faizal March 31, 2010 at 1:29 pm

    salam..
    suka ngan point no 4 tu..menangis ntah apa2..buang air mata untuk sesuatu yng tak penting langsung…

  • Frantz-Senpai March 31, 2010 at 6:00 pm

    apa yang hebat sgt dengan mende nie (AF) sbenarnya? setakat nyanyi je.. bukan malaikat munkar nakir tnye pun ko dpt berapa masa AF.. bukan Allah tanya pun ko dpt juara tak dalam AF..

  • Nozi April 5, 2010 at 3:00 pm

    Salam,

    Saya pun dah jadi tak brapa minat dah yg musim terbaru ni. Dah rasa tkde kualiti dah.
    .-= Nozi´s last blog ..Panggilan SPAM? =-.

  • suri April 9, 2010 at 8:37 pm

    salam..huhu..setakat popular macam mi segera je kot..huhu..tapi semuanya org2 islam kan..huhu

  • Pemerhati May 23, 2010 at 12:49 pm

    AF g mampos..produce artis segera yg xde bakat pon..bdk2 yg masok AF nie kerek2 mengalahkan artis top tue yg plg aku benci…fk la u all..wat bajet jer diorg nie tp nyanyi haram x sedap pon..pukimak…puiiiiihhhhh..

    • azwan May 25, 2010 at 9:40 pm

      @Pemerhati, tak puas hati pun jangan lah sampai mencarut. tak baik beb.
      ko ni panas hati sangat kenapa? pernah audition and tak terpilih ke?
      .-= azwan´s last blog ..Sense of Humor =-.

  • zharifalimin August 11, 2011 at 2:24 pm

    memang xde guna rancangan ni. Xtau la apa akan jadi 10 tahun lagi. 50% rakyat malaysia kerja kat sektor hiburan kot

  • Post a comment

    CommentLuv badge
    :alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :wub: :sleeping: :smile: :tongue: :wassat: :unsure: :w00t: :whistle: :wink:

    Threaded commenting powered by Spectacu.la code.