Adegan panas di dewan rakyat

Aku sempat menonton Buletin utama malam tadi sebelum bekalan elektrik kat rumah aku putus jam 8.30 malam (bukan sebab tak bayar bil ya!). Sempat juga aku menonton adegan panas yang berlaku di “dewan rakyat” yang sepatutnya berbincang pasal masalah rakyat. Sekarang dah lebih kepada dewan bergosip, caci-mencaci, umpat-mengumpat, dan memburuk-burukkan orang.
Malu aku tengok perangai ahli kabinet dapur bertelingkah sesama diorang. Riuh-rendah jadinya dewan rakyat dek suara-suara ‘wakil rakyat’ yang berebut-rebut nak bercakap, masing-masing nak suara didengari. Tak ubah seperti pertunjukan sarkas atau sesi tawar-menawar di pasar tani (ada ke sesi tawar menawar di pasar tani?). “Si polan bin si polan menipu saya, dia kata bla, bla, bla…” kata si wakil rakyat A. Aku peduli ape. Kalau kau punya fikiran yang bijak, kau boleh buat pertimbangan kalau orang cuba menipu kau <–tidak ditujukan kepada sesiapa, sekadar contoh bagi memudahkan pemahaman.
Mungkin ada satu pihak yang berkecuali akan tergelak terkikih melihat adegan seumpama ini. Ya, sesama Melayu berpecah-belah kerana perbezaan politik. Mereka akan duduk di bangku sofa sambil mengacau-ngacau kopi dan “enjoy the show“.
Politik Malaysia makin busuk, teruk, penuh skandal, fitnah, kutuk mengutuk, buruk-memburuk dan ____________ (tambah sendiri) itu yang boleh dilihat dari kaca mata seorang yang neutral. Aku pun tak tahu sekarang sebelah mana yang betul. Hasilnya rakyat yang kurang mengerti macam aku pun akhirnya meluat dengan situasi politik yang berlaku dan mengambil pendekatan tak mahu ambil tahu. Bukan ke rugi tu, hilang satu pengundi berpotensi seperti aku.
Berbalik kepada fungsi ‘dewan rakyat’. Seperti nama dewan tu sendiri ‘dewan rakyat’, perbincangan seharusnya tak lari daripada fokus utama iaitu ‘rakyat’. Kalau setakat nak syok sendiri, bertelingkah atau buruk-burukkan orang lain lebih baik bina satu lagi dewan, ‘dewan ahli kabinet dapur’ supaya ahli kabinet dapur boleh bertengkar sesama sendiri.
Wakil rakyat pula sepatutnya mewakili suara rakyat. Apa kehendak rakyat harusnya dibawa ke peringkat tertinggi. Sekarang apa yang ketara mereka lebih mewakili suara parti dan suara sendiri melebihi suara rakyat. Jadi apa gunanya terma ‘wakil rakyat’? Ubah je kepada ‘wakil parti A’ atau ‘wakil diri sendiri’.
Masalah rakyat patutnya diberi keutamaan. Kalau boleh jam-jam yang diluangkan di dalam dewan tu dioptimumkan sepenuhnya dengan perbincangan yang bermanfaat yang boleh bagi faedah buat kedua-dua pihak, rakyat dan wakil rakyat. Rakyat akan peroleh apa yang dihajati (kemudahan asas, hidup berkualiti) dan wakil rakyat peroleh populariti dan yang penting, undi daripada rakyat. Kan ke win-win situation tu.
Aku kerap juga menonton sidang dewan sebelum-sebelum ni dan pada pengamatan aku, amatlah kurang perbincangan-perbincangan berkualiti yang boleh bagi manfaat pada aku. Akibatnya, aku tukar je ke rancangan kartun spongebob yang pada aku lagi bermanfaat (mengajar erti persahabatan) daripada menonton debat yang dua-dua pihak tak nak kalah.
Pendapat ini tidak semestinya benar untuk semua ahli dewan. Ramai daripada mereka aku puji kerana menjalankan tugas dengan baik dan memperjuangkan suara rakyat sebenar-benarnya. Cuma sebahagian yang memalit arang.
Sekadar suara rakyat biasa..
waduh… dewan rakyat kau juga sebagai kucing yang berkelahi ya? mirip juga dengan negara-negara laen… sedih…
@hakim, ya, situasi yang semakin menjadi-jadi sekarang…
malu kat negara2 lain kan sbb mereka mcm budak2… nak bertengkar benda yg remeh temeh. bila nak selesaikan masalah rakyat kan?
.-= Amir´s last blog ..Tips-tips temuduga biasiswa Petronas =-.
@Amir, ya, btul tu banyak masa terbazir dengan kenyataan2 & perbahasan2 yg langsung tak beri faedah buat rakyat.
sume nak tunjuk hebat sebenarnya…
.-= Amir´s last blog ..Perkara Yang Perlu Dielakkan dalam Penulisan Blog (Bhg 1) =-.
Memang memalukan apabila melihat gelagat ahli parlimen yang tidak ubah seperti budak tadika. Tidak kira pembangkang atau kerajaan
@imran, a’ah dua2 pun sama je…sampai yg dipertuan agung kene leraikan, tu pun x nak berenti lg…
Politik memang kena amik tahu gak.. walaupun memang ada pro n cons … risau juga, bagaimana dengan generasi akan datang.. mampukah mengubah situasi sekarang ini.
.-= zik´s last blog ..Sayangi haiwan peliharaan. =-.
@zik, btul tu bro, tapi aku rasa macam aku, ramai yg dah mula rasa meluat…macam dua2 pun dah tak boleh percaya (tapi jgn risau aku tetap ada pilihan sendiri)
aku pun sempat juga menonton wayang dalam Dewan Rakyat tu kat berita semalam..memang politik Malaysia dah tahap busuk sangat dah,sembur la minyak wangi ke,Febreze ke,busuk tak kan hilang..
Entah bila berpeluang bertugas kat Dewan Rakyat..nak gak tengok gaduh mulut secara live..pernah bertugas kat DEwan Negara je..Senator2 tak de gaduh..
.-= khairolghani´s last blog ..Teori Lori Sampah =-.
@khairolghani, haha…mungkin kene basuh ngan vanish atau clorox..
waa menarik, pernah ada experience di dewan negara, sebagai speaker ke bro? hehe…
@ahmadyusrie, tak dela..bertugas catit jawapan menteri..Dewan Negara ada Senator2 je,diorang tak de gaduh2..
.-= khairolghani´s last blog ..Jerit Perit Seorang Peneroka Felda =-.
@khairolghani, owhh ye ke, pengalaman berharga tu…
salam..suri setuju..sekali tengok macam perangai budak2 sekolah je.. sungguh memalukan dimata rakyat..
apakah mrka ni tiada sifat malu pada dri sndir??
.-= Surihati_ku´s last blog ..Peringatan Buat Diriku & Kaum Hawa.. =-.
@Surihati_ku, masing-masing cuba nak raih populariti murahan…
@ahmadyusrie, tau tak pee la..huhu..sesal sungguh..
.-= suri´s last blog ..Peringatan Buat Diriku & Kaum Hawa.. =-.
aku ni xsenonoh sket.tak amik tahu hal politik.hohohoho. :P
.-= lizz´s last blog ..Kahwin Muda Sudah Tidak Sesuai Zaman Sekarang. Apa Kata Anda? =-.
@lizz, kalo tak mo sokong mana2 side pun at least amik tahu…ait?
sebab tu kiteb yg kene jadi wakil rakyat
baru boleh ubah situasi ni dari berlaku
@joegrimjow, mmm, sila calonkan diri…aku sokong dari belakang
saya memang suka debat dewan rakyat…. sonok tengok ragam dan gelagat…
.-= hazmanfadzil´s last blog ..India terajui bisnes ibu tumpang =-.
@hazmanfadzil, mmm btul tu, lagi menarik tengok telatah mereka berbanding apa yg dibincang…
masing-masing tak mahu mengalah dalam berhujah…
.-= etomyam´s last blog ..Bila Si Tua Yang Buat Perangai Buruk =-.
@etomyam, btul tu, masing2 nak tegakkan benang basah…
memang selalu cam tu pun..
tapi jangan sampai jadi cam kat taiwan sudah, wakil rakyat sipa baling2 kerusi lagi bergaduh…
.-= faizal´s last blog ..Peringatan Iman Al-Ghazali =-.
@faizal, tapi kes pukul-pukul, tolak-tolak, tarik2 baju dah berlaku kalau tak silap masa peralihan kuasa kat perak…harap2 tak sampai baling2 kerusi..
bagi aku la beb, benda ni kena salahkan parti dan peribadi ahli politik tu. kalau si ahli politik tu tak perangai macam sampah dan mulut macam longkang, perkara diatas yang hang tulis tu tak akan terjadi sama sekali.
selain itu, parti politik juga memainkan peranan yang penting.
seperti yang kita sedia maklum, terdapat dua parti gabungan terbesar (satu gabungan halal dan satu lagi gabungan haram) dan kedua – dua mereka mempunyai ego yang tersendiri.
oleh kerana masing – masing nak tunjuk kepada rakyat bahawa merekalah yang berada di pihak yang benar dan nak menunjuk jaguh dikhayalak ramai (a.k.a rakyat) di kaca television, sebab tu la depa buat macam tu.
nak raih populariti pon jangan la sampai benda dan perkara remeh temeh dibawa bentang dalam sidang tu, tak ke membazir masa dan peruntukan yang ada? so so wtf la depa tu.
depa popular, depa kaya rakyat dibawah macam kita ni la tak terbela. bila pru depa la sebuk sakan janji itu dan ini, bila dah habis pru sengap dok keraih ja tak buat kerja! Adoi malaysia!
.-= Luth Textile´s last blog ..Aku trauma? =-.
@Luth Textile, tak perlu tambah lagi kot, excellent comment..
Ni lah masalahnya kalau pemimpin dah tak tau sapa yg nak dihormati.. aku rasa mereka ni memandang PM umpama ketua darjah dan Yang Dipertuan Agung cuma sebagai pengawas jer.. jd kita sebagai rakyat nak pandang mereka sebagai apa ya.. badut ke?
.-= Zoul´s last blog ..Sepuluh Budak Hitam =-.
@Zoul, haha, mungkin juga sebab mereka berjaya menghiburkan rakyat dengan keletah mereka…
memang pun. dalam dewan rakyat akan ada beberapa ahli politik popular, iaitu wakil yang selalu suaranya kedangaran dengan wakil yang senyap.
tak taulah sebab nak tunjuk dekat rakyat kawasan die ke or ape ke.
masalahnya, banyak cakap situ je, dekat kawasan sendiri masing-msaing senyap je.
.-= zahida´s last blog ..Firefox, Comodo Dragon, K-Meleon, Mana Satu Yang Anda Suka? =-.
@zahida, btul tu, patutnya biarlah hasil kerja yg berbicara…lagi berfaedah berbanding mulut je brcakap tapi x de perlaksanaan..
Aiseh, tengah tunggu turn ni jadi wakil bahagian untuk bertugas di Parlime. Tak naik2 nama lagi. Pergi dapat juga claim kot sepasang sambil perhati diaorang bersidang.
.-= hadjie´s last blog ..Jom Terjah KLIBF 2010! Buku Lakaran Masa Depan =-.
@hadjie, oo, wakil bahagian dapat peluang pergi dewan rakyat yer…
ada peluang la nak tengok gelagat mereka secara langsung..
erm.. pilihan ditangan kita.. :-)
contoh ‘terbaik’ untuk rakyat
.-= yoy´s last blog ..18sx rated: Lady Gaga Nude? =-.