Cantikkah?

Ada perasan tak kecenderungan iklan di tv sekarang ni. Iklan kecantikan, kuruskan badan, dan segala bentuk iklan untuk kecantikan fizikal/luaran. Aku tak salahkan pengiklan sebab mereka jual produk, pihak tv pun aku tak boleh nak salahkan sebab mereka jana pendapatan melalui pengiklanan sama macam ramai bloggers hari ini. Jadi aku salahkan diri sendiri je la yang mudah sangat terpengaruh.

Model yang cun melecun hasil daripada mekap yang tebal dan punggung yang tonggek tu la nak ditonjolkan bukan main. Sekali lagi tak boleh nak salahkan mereka, itu kehendak penonton-penonton gatal, aku tak terkecuali.

Cuba bayangkan kalau model dalam tv tu berisi semuanya, pastu tak pulak dicalit dengan mekap tebal. Pastu korang disuap setiap hari yang itulah definisi cantik .Maka itulah yag bakal jadi tanggapan kita. Betul tak? Berkuasa kan media?

Persepsi ‘kecantikan’ kita telah berjaya disongsangkan oleh mereka-mereka yang berkepentingan. Kecantikan plastik tu pada kita hari ini lebih sempurna berbanding kecantikan semulajadi anugerah Allah. Terima kasih kepada media terutamanya yang dah berjaya menyebarkan persepsi ini.

Hari ni, mudah ke korang nak cari seorang gadis/wanita yang keluar dari rumah tanpa mekap langsung. Boleh jumpa ke wanita yang tak bawak lipstick, perfume dan bedak asas dalam beg tangan mereka. Hampir mustahil kan? Oh, lelaki jangan rasa tak bersalah pulak, korang termasuk aku pun tak terkecuali. Tapi lelaki takde la bawak alat mekap pastinya.

Betul, “beauty is in the eye of the beholder”. Ada yang suka pada yg kurus melidi, ada yang suka chubby dan macam-macam cita rasa sendiri. Tapi bila banyak mata tu dah dikaburi dek alat solekan yang setebal kurang 1mm tu maka adakah masih adil pepatah tu?

Perhias la diri dengan perhiasan yang kekal selamanya iaitu akhlak yang mulia.

Share
Comments
  • faizal May 13, 2010 at 6:02 pm

    salam..
    memang betul…
    tapi aku suka wanita yg nampak ayu n comey tanpa pakai mekap…maknanya cantik semulajadi..hehehe

  • khairolghani May 18, 2010 at 8:43 am

    Adibah Noor pun ada berlakon iklan..hehe..tapi memang betul pun,tiap2 hari kita disogok dengan iklan2 nak cantikkan luaran diri..luar cantik tapi kalau dalaman buruk tak de maknanya

  • zahida May 19, 2010 at 9:44 am

    perempuan sekarang ni lebih ramai dari lelaki. jadi mereka berlumba untuk mencantikkan diri. kerana lelaki kebanyakannya melihat rupa paras dahulu. setuju tak?
    .-= zahida´s last blog ..Selamat Hari Guru seMalaysia =-.

    • azwan May 25, 2010 at 8:45 pm

      @zahida, bukan lelaki je. perempuan pun tengok lelaki dari rupa paras juga. tak kacak, tak mau
      .-= azwan´s last blog ..Sense of Humor =-.

  • Chandra Wijaya May 20, 2010 at 11:15 pm

    betul la tu.. saat ni banyak kali product kecantikan yang sebenarnya kita tak tahu apa betul tu khasiat.

  • Surihati_ku May 24, 2010 at 12:10 pm

    salam.. :cheerful:
    begitu lama tuan rumah mendiamkan diri :sad:

    terimlah diri dgn seadanya..

    kekalkan amalan tingkatkan iman di dada pasti itlah yang akan ni nilai olehNYA. :)

  • azwan May 25, 2010 at 8:48 pm

    cantik itu subjektif. kalau girls tu tak makeup pun, kalau dah memang cantik, tetap cantik gak. cuma yang buat mata aku sakit bila, dah lah kurang cun, ditambah dengan makeup tebal sekaki. pergh..sakit mata tengok
    .-= azwan´s last blog ..Sense of Humor =-.

  • hadzrin May 26, 2010 at 9:06 pm

    Assalamualaikum,

    Salam perkenalan dari saya. terima kasih
    .-= hadzrin´s last blog ..BUDAYA BELANJA …HARUS ATAU BAGAIMANA…?? =-.

  • zik May 29, 2010 at 12:25 am

    lama tak singgah blog bro nie…. kecantikan itu bermula dari salam..huhu
    .-= zik´s last blog ..Berbakti pada tanah. =-.

  • yoy May 31, 2010 at 5:15 pm

    kecantikan melampaui bakat..standard le:)

  • fiezaradzi June 2, 2010 at 12:44 pm

    kecantikan ni subjektif.. de.. de lagi pompuan yg kuar rumah tak make-up, tuan rumah tak jumpa jer.. hheee.. saya tak de brg make-up dlm beg tgn yer.. pampers anak de.. tak reti la nak makeup2 nih.. huhuu :ninja:

  • samanosuke_04 June 2, 2010 at 8:53 pm

    hoho.. kalo nak cantik tue tkde masalah… tapi cukup laa sekadar bedak alas ngan pakaian yang manis dipandang.. kalo mekap tebal nak mampos, pastue baju ketat2 plak, tak suke aku.. :p
    .-= samanosuke_04´s last blog ..Aku VS Lisa Surihani… =-.

  • julianusginting June 3, 2010 at 5:37 pm

    saya setuju…wanita skr ini berlomba-lomba untuk mempercantik dirinya,padahal kalo dipikir2 mending wanita biasa saja tp inner beautynya yg terpenting :biggrin: :biggrin: .-= julianusginting´s last blog ..My Blog Was Hacked?? =-.

  • Nozi June 14, 2010 at 11:36 am

    As-Salam,

    Ye…bg saya pun kecantikan ni subjektif..
    Saya lak lebih pentingkan kecantikan dalaman…bukan luaran semata. Luaran tu perlu juga, tapi yang penting hati biar bersih.. :)
    .-= Nozi´s last blog ..Buku Menjadi Muslim Terbaik dari Aa Gym =-.

  • lazaac June 20, 2010 at 12:26 am

    hehe, aku tetap suka awek aku yg cute dan kurus melidi… kikiki… layan.. :)
    .-= lazaac´s last undefined ..Response cached until Sat 19 @ 18:23 GMT (Refreshes in 59 Minutes) =-.

  • ST June 28, 2010 at 9:49 am

    Yup betul! Aku memang sokong…
    .-= ST´s last blog ..Membaiki Grub Bootloader dengan LiveCD =-.

  • Nono July 4, 2010 at 12:23 am

    Konklusi tu yang saya suka… :)

    … Dan bagi saya sendiri, kita harus ada identiti diri supaya tak mudah org nak influence. Tapi katakan lah kita seorang yang selekeh dalam personaliti, ada jugak pronya iklan nak mempengaruhi org untuk perbaiki appearance diri nie. Apa-apa pun terpulang kepada individu itu sendiri. Berhias biarlah berpada-pada dan berpandukan kesederhanaan. :happy: .-= Nono´s last blog ..Kadir’s Convocation Day =-.

  • Eyl July 8, 2010 at 6:32 pm

    kecantikan luaran xpenting sbebenarnye, tp kita yang buat jd penting, yang penting iman dlm hati, baru dipanggil kecantikan. hehe

    btw, salam kenal.blogger bru kat sini. link exchange boleh? dh add link blog bro kat sana.
    .-= Eyl´s last undefined ..Response cached until Thu 8 @ 12:27 GMT (Refreshes in 58 Minutes) =-.

  • ishak July 10, 2010 at 9:54 am

    salam setiap perempuan yang cantik adalah perempuan yang mempunyai hati nurani yang bersih dan sebersihnya
    .-= ishak´s last blog ..Tutorial – Jenamakan feedburner google anda dengan subdomain domain sendiri =-.

  • Paksu-IT July 17, 2010 at 1:53 pm

    zaman sekarang mmg mcm tu.. nk buat mcm mne.. kita sbgai org yg menonton la yg perlu kawal diri..
    .-= Paksu-IT´s last blog ..Kelajuan Pakej Streamyx Yang Anda Subscribe =-.

  • Post a comment

    CommentLuv badge
    :alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :wub: :sleeping: :smile: :tongue: :wassat: :unsure: :w00t: :whistle: :wink:

    Threaded commenting powered by Spectacu.la code.