Internet bukan tentang facebook je lah!

Dah lama tak tulis tajuk sepanjang tu (dah lama tak update pun). Siap tanda seru lagi. Haha nak buat macam mana, tiba-tiba terasa nak tulis macam tu, layan je la.

Bukan ape, aku dok tunggu-tunggu jugak la setahun dua ni bila lah fenomena ‘buku muka’ ni nak reda. Tapi nyata aku silap kali ni. ‘Mereka’ dah siap dengan senjata ‘mereka’ satu demi satu supaya gula-gula facebook ‘mereka’ ni sentiasa dilihat up to date. Satu demi satu aplikasi lagho yang direka oleh mereka-mereka yang berkepentingan dan tak kurang juga yang tak tahu ape pun.

Akibatnya terus la hanyut kita-kita (ya, ya termasuk aku juga) dalam dodoian asyik laman sosial ni. Keterlaluan ke kalau aku katakan, korang akan dilabel kolot atau ketinggalan zaman di kalangan rakan sebaya kalau korang tak ada akaun facebook? Tak kan?

Baru-baru ni aku ade la terbukak satu link video yang sangat bagus tentang pendedahan aurat besar-besaran di kalangan pengguna facebook ni. Betul-betul membuka mata yang selama ni memang nampak jelas tapi seolah-olah ada kuasa jahat yang sangat bijak menutup keburukan tersebut. Tahniah kepada pencipta video tersebut sebab usaha dakwah beliau.

Aku rasa dah banyak gerakan-gerakan atas tanah, dalam tanah dan bawah tanah yang cuba menggagalkan dadah facebook ni. Namun satu demi satu serangan tersebut berjaya mereka patahkan dan mereka semakin kuat dari hari ke hari merekrut pengguna-pengguna baru terima kasih kepada kita. Ya, kau, aku dan mereka.

Sedarlah diri, internet itu sangat hebat. Betul-betul hebat. Bak kata klise “semua di hujung jari”. Kita sendiri kena pandai pilih yang mana nak dilihat, diambil atau dibuang. Bukan ada domain facebook.com sahaja dalam dunia internet, cuba-cuba la taip domain macam ahmadyusrie.com ke, mungkin baru kau akan tersedar, “eh aku ingat internet ni ade facebook je, rupanya macam-macam ada..

Sekian rungutan buat diri sendiri dan barangkali relevan dengan anda yang tiba-tiba tersesat ke mari..

p/s: Fuhh, leganya dapat menulis sedikit panjang…

Share
Comments