Mengumpat dan mengata tak boleh dipisahkan dengan orang kita

Panjang kan tajuk entri ni, sungguh tak mesra SEO. Tak perlu cerita secara lebih lanjut pun rasanya orang dah boleh agak apa isi kandungan entri ni.

Jujur cakap, aku dah naik muak la dengan ‘mulut-mulut busuk’ yang suka sangat mengata, mengutuk, mengumpat, mengeji, menggebang, dan yang sewaktu dengannya ni.

Kalau benda yang dicakapnya tu memang fakta yang terang benderang, aku tak amik port sangat la. Tapi apa yang selalu digebang dek ‘mulut busuk’ ni selalunya utter nonsense aka bullshit, persepsi @ tanggapan otak kreatif yang tehasil daripada kekurangan perhatian dan kasih sayang.

Ya, bergossip tu memang seronok lagi-lagi kalau yang dikutuk tu seorang yang sangat dicemburui dek kelebihan yang dia ada. Segala benda yang nampak pelik dek mata dan otak sempit mereka maka mereka mula berfantasi dan terhasillah cereka-cereka ala sinetron Indonesia yang beratus-ratus episod putar belit yang tak berpenghujung.

Orang selalu bandingkan tinggal kat kampung dengan bandar. Orang cakap duduk kat bandar tak seronok, tak ada nilai kejiranan, masing-masing buat hal sendiri, jiran-jiran tak bertegur sapa, bla-bla-bla…  Orang kampung pulak selalu ambil tahu pasal jiran, prihatin, bersatu padu, bekerjasama, bla-bla-bla…

Ya, aku setuju dengan pendapat di atas, tapi mungkin itu situasi pada zaman tok kaduk, pak pandir atau si luncai. Kalau situasi sekarang, aku lebih rela dengan situasi tak ambil tahu hal orang daripada yang ambil tahu hal orang (terutama yang buruk-buruk) hanya untuk dapatkan bahan untuk dijaja keliling kampung.

Pesanan buat kamu wahai si ‘mulut busuk’ sekalian, sila kurangkan bercakap ya. Ingat, lambat laun bau busuk dek ‘mulut busuk’ kamu tu akan sampai ke hidung berkudismu juga.

*mulut busuk = geng lepak warung kopi yang kerjanya mengata orang tiap-tiap malam..

p/s: maaf kalau sedikit kasar, tapi ini bahasa untuk bicara dengan golongan ‘mereka’

Share
Comments
  • Nadri December 12, 2010 at 2:58 am

    dlm bahasa lain yg lebih tepat; Umpama Aur & Tebing..mmg mustahil blh dipisahkan…
    kurang bercakap tak semestinya kita tak bijak bukan??? :wub: .-= Nadri´s last blog ..Kereta Konsep PERODUA BEZZA =-.

    • ahmadyusrie December 13, 2010 at 8:23 pm

      @Nadri, ya, selalunya orang yang bijak ni tak banyak cakap…
      yg si bodoh plak beria-ia sembang macam tahu semua..hehe

  • Post a comment

    CommentLuv badge
    :alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :wub: :sleeping: :smile: :tongue: :wassat: :unsure: :w00t: :whistle: :wink:

    Threaded commenting powered by Spectacu.la code.