Perlukah mata itu sentiasa memerhati?

Ibarat seorang anak kecil yang perlu sentiasa diawasi dan sentiasa diperingati, begitulah umpamanya kita hari ni. Begitu sukar nak patuhi undang-undang dan peraturan tanpa ada mata yang memerhati. Kau, aku, dan mereka semua pun sama sahaja.

Tujuan asal undang-undang dan peraturan diwujudkan? Mudah sahaja, sebagai panduan kepada kita, yang mana perkara yang boleh buat dan yang mana perkara yang jangan dibuat. Tak faham lagi? Tanam kepala dalam tanah.

Rasanya undang-undang di Malaysia ni dah terlalu banyak dan setiap masa mesti ada yang ditambah seiring dengan perkembangan teknologi. Cuma mungkin manusia ni spesis yang tak suka kepada kekangan. Semuanya kalau boleh nak dibuat ikut sesedap rasa tanpa peduli kesan daripada perilaku tu.

Cuba kita imbau kembali zaman kegemilangan kita sekolah rendah dulu. Bangun pukul 6.30 pagi, mandi, pakai uniform kemas, siap-siap pergi sekolah, tunggu bas, beratur perhimpunan pukul 7.30 pagi, masuk kelas Bahasa Melayu, Matematik, Pendidikan jasmani, 10.30 rehat. Masuk kelas balik, pukul 1 balik. Nampak tak? Sejak dari kecil kita dah diasuh untuk patuhi peraturan, tapi bila besar tak boleh nak buat dah ek.

Berikut sedikit contoh perlanggaran undang-undang yang biasa kita lihat dan lakukan..

Situasi pertama. Aku beri contoh yang terdekat dengan kita dulu, penulis blog dan pengguna laman sosial Facebook/ Twitter/ Myspace. Perlukah setiap masa ada orang memerhati apa yang kau tulis? Orang lain pun banyak kerja lain nak dibuat. Kita ada akal fikiran, tak perlulah nak diulang berkali-kali, jaga tutur kata. Kalau tulis benda-benda yang sensitif boleh buatkan kau diheret ke mahkamah. Tapi masih lagi ramai yang cuba-cuba mencabar pihak berkuasa dengan kenyataan-kenyataan berani (lebih kepada bodoh sebenarnya).

Situasi kedua. Satu lagi contoh paling mudah, undang-undang had laju di jalan raya. Perlukah abang ‘cameraman’ kita terus-terusan menghasilkan karya kreatif mereka. Tak mampukah kita mendisplinkan diri kita tanpa kehadiran Ops-ops I did it again ni semua? Jawapannya tidak. Aku rasa, Ops Sikap ni akan berterusan setiap kali musim perayaan sampai bila-bila. Sebab lumrah manusia, memang suka buat benda yang orang tegah (ya, aku juga termasuk).

Kalaulah teknologi kamera untuk mengesan had laju kenderaan masih belum dicipta sampai ke hari ini, dapat ke korang bayangkan keadaan di sekitar jalan raya. Mesti tak ubah macam litar Formula 1 Sepang. Bagus juga, tak perlu bazirkan wang untuk menonton perlumbaan kereta di litar lagi, kini semua boleh jadi pelumba F1.

Situasi ketiga. Boss kita ada kerja outstation dan pejabat mengalami garisan yang terang (line clear). Mereka yang punya prinsip dan tanggungjawab tak akan ambil peluang ni untuk berparti, bersembang dari meja ke meja atau mengusik teman sepejabat yang pemalu ketika waktu pejabat kerana mengetahui tiada sepasang mata yang serius sedang memerhati (boss). Sebaliknya mereka tahu apa yang patut dibuat.

Situasi keempat. ________________________ (Isi sendiri)

Ingat, bukan tak ada siapa yang perhatikan kita. Ada, cuma mereka kurang gemar kepada publisiti, maka mereka mencatat dalam senyap setiap perilaku kita. Siapa? Pembunuh upahan ke? orang minyak? atau perogol bersiri? Oh tidak, mereka lebih mulia dari itu, Raqib dan Atid. Tak kenal? Sorang catat amalan baik sorang lagi catat amalan buruk. Jadi kalau kita tahu ada yang memerhati, kenapa kita masih nak buat salah juga? Tak tahulah, aku pun tak ada jawapannya. Mungkin sebab kita tak nampak mereka.

Jawapan aku buat tajuk entri ini, adakah mata itu perlu sentiasa memerhati? Ya, mata itu perlu sentiasa terbuka luas.

Share
Comments
  • NADRI April 1, 2010 at 9:47 am

    alangkah bagusnya apabila kita hendak membuat sesuatu kemungkaran, tiba-tiba kita teringat akan mata yg selalu memerhati kita (Allah swt) & kita pun takut utk melakukannya..
    .-= NADRI´s last blog ..Teknik Penipuan 3 Dalam 1 =-.

    • ahmadyusrie April 1, 2010 at 2:18 pm

      @NADRI, btul tu, tapi masalahnya kita selalu je nak bukti/benda yg ada betul2 depan mata baru nak buat…
      kalaulah malaikat/setan kita nampak zahirnya comfirm, suma pakat buat baik je..

  • etomyam April 1, 2010 at 10:00 am

    seronok baca artikel ni..setuju ngan update status kat laman sosial tu..lebih kpd nak cari publisiti murahan :biggrin: .-= etomyam´s last blog ..April’s Sales, Discounts, Dining Promotions and Warehouse Sales =-.

    • yoy April 1, 2010 at 11:58 am

      @etomyam, kalau update pasal blog ke takpe, yang tak tahan update sal login dapat duit, mmg menyirap..huhu yang update sal publisiti murahan tu tak pnah jumpe lg..
      .-= yoy´s last blog ..(Review) 3 Idiots Memang Terbaik. =-.

      • ahmadyusrie April 1, 2010 at 2:21 pm

        @yoy, x buleh buat ape, orang kita memang suka benda yg boleh dapat untung mudah…

    • ahmadyusrie April 1, 2010 at 2:21 pm

      @etomyam, yg jenis nak publisiti murahan tu ok lagi x nyusahkan sesape…
      yg jenis update mengutuk/mengumpat/memfitnah orang ni yg x reti bahasa… :angry:

  • Anjung Web April 1, 2010 at 10:16 am

    Selalulah ingat mata-mata yang memerhati sebelum melakukan sesuatu… ;)
    .-= Anjung Web´s last blog ..“APRIL FOOL’S DAY” =-.

  • Surihati_ku April 1, 2010 at 1:20 pm

    salam..
    huhu..blh tahan.tu la manusia pantang di beri kebebasan pasti ada saja onar yang bakal dilakukan..huhu

  • lizz April 1, 2010 at 5:28 pm

    sampai 1 masa, aku naik bosan dengan twitter cuz ada sesetengah dr kite yg update mende yang merepek. sakit perut, rindu dekat balak,nak pakai kasut kaler ape esok. oh, itu salah 1 sebab nape aku jarang nk follow org sangat unless org tu follow aku ;)
    .-= lizz´s last blog ..5 Blog Kelas Atasan Part 1. Anda Masuk Senarai Ke? =-.

  • zahida April 2, 2010 at 2:03 am

    bagus. tazkirah yang disampaikan dalam nada yang ceria dan bergaya. hehe

  • x-po April 2, 2010 at 11:06 am

    kdg2 ada org yg suka dia diperhatikan..lbh kurang nk dpt perhatian la..huhu

  • zik April 3, 2010 at 9:46 am

    erm betul juga.. update status terlalu kerap pun..orag tak suka….. apa lagi hidden kan dia je.. hati gembira, tak nampak status dia… :biggrin: .-= zik´s last blog ..Y2k! =-.

  • imran April 3, 2010 at 10:11 am

    Pendapat peribadi : Memang perlu “mata” untuk memerhati. Setiap hari amalan kita direkodkan oleh “CCTV” terbesar yang akan ditayangkan di padang mahsyar :cool: .-= imran´s last blog ..Vitamin B17 Penawar Kanser? =-.

    • ahmadyusrie April 3, 2010 at 10:22 am

      @imran, benar sekali, ‘CCTV Allah’ lah yang paling berkuasa sekali, satu scene atas dunia ni pun takkan terlepas pandang..

  • Post a comment

    CommentLuv badge
    :alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :wub: :sleeping: :smile: :tongue: :wassat: :unsure: :w00t: :whistle: :wink:

    Threaded commenting powered by Spectacu.la code.