Rasukan penunggu jalan raya

Ini sebuah kisah misteri dan seram di jalan raya. Bimbingan dari ibu bapa digalakkan untuk kanak-kanak di bawah umur. Ok, cukup dengan intro yang agak menyeramkan tu. Tak ada apa yang misteri sangat. Ini kisah yang biasa berlaku di sebuah jalan raya di negara Mongolia.
Fakta, kebanyakan dari kita akan menerima rasukan ini dan akan jadi seorang yang asing bila berada atas jalan raya. Ya, itu yang aku alami sendiri dan pengalaman menjadi pengguna jalan raya selama beberapa tahun ni. Memandu melulu, penggunaan bahasa kesat, sebahagian daripada senario biasa dalam kereta seorang warga 1Malaysia Mongolia.
Seorang gadis jelita yang sopan santun akan campakkan kasut tumit 3 inci ketepi bila masuk dalam kereta. Seorang lelaki lurus bendul yang tidak pandai bergaul dan dilabel nerd/geek akan campakkan cermin mata 2 inci tebal ke dashboard kereta dan seorang ustaz yang mengajar di sekolah agama akan tanggalkan kopiah dan campakkan adab sopan ke but belakang kereta.
Aku tak hairan dengan kegagalan demi kegagalan Ops Sikap membendung masalah kemalangan jalan raya. Dan aku tak terkejut langsung dengan laporan Datuk Solah Mat Hassan tentang bagaimana beliau ‘berjaya’ merakamkan aksi 93 buah kereta yang katanya tak mematuhi undang-undang jalan raya ketika perjalanan dari Kelatan ke KL. Mungkin aku boleh rakamkan lagi banyak aksi dari itu kalau aku punya masa dan kemahuan.
Aku sendiri alami bila mana punggung cecah ke kerusi pemandu, terdengar bisikan-bisikan yang meminta aku memandu melulu seolah-olah komunikasi radio seorang pelumba F1. Sebarang gerakan yang mencuba menggugat kedudukan dihadapan akan disusuli dengan tindakan menambah tekanan pada pedal minyak. Setiap hon yang diterima akan dibalas dengan renungan tajam menikam ataupun dengan menunjukkan jari tengah. Gerakan memotong pulak akan dianggap sebagai satu cabaran “catch me if you can”
Jadi pendapat anda, apa yang perlu kita laksanakan untuk ubah sikap pemandu jalan raya ni. Aku dah letih dengan cadangan-cadangan yang biasa kita tulis waktu jawab karangan SPM dulu. Ketatkan undang-undang, banyakkan kempen kesedaran, naikkan kompaun. Ada cadangan yang lebih kreatif barangkali?
entahla….kadang-kadang ada yang baik juga, padahal salah kita, ..dia tanya.. awak ok ke?? erm.. bila ada berlaku eksiden..
.-= zik´s last blog ..Perkara-perkara Sunat Hari Jumaat =-.
@zik, ada jugak ke yang camtu, huhu baik sungguh..
betul tu bro…setakat ni buatlah apa-apa peraturan dan undang-undang pun selagi sikap tak berubah…memang hampeh. kalau berani sangat suruh jer deme tu memandu di hyderabab ke delhi ke, baru tau sapa hebat…hehehe
.-= 1tomyam´s last blog ..Kemaskini Terkini Karnival Wow Putrajaya : Bunga Api, Mini Cycle Hunt Dan Pertandingan Wayang =-.
@1tomyam, jadi, samseng jalan raya pasni kita kumpul dan buang ke hyderabad @ delhi…hehe
law is useless without enforcement… apa kata tambah kan lagi polis trafik??? Kasi ramai sikit dan buat byk speed trap, tangkap yg jump que,langgar lampu merah, etc.
Biasalah manusia – dah kena baru mahu taubat.. ho ho.
.-= Papa-Roq´s last blog ..Money Money | Saya Ada Duit 100,000…. =-.
@Papa-Roq, yup betul cakap papa roq tu…buat la undang2 bnyk mana pun kalo tak de perlaksanaan x guna..
tinggi sungguh ayatmu..
sampai aku bleh xpaham ape pn..hehehe
@ery, btul ke…hahaha
aku terima itu sebagai pujian…
@ahmadyusrie, ery ni berangan ke apa??huhu..tak faham den..
.-= suri´s last blog ..Planet Pluto =-.
@ery, ha’a..agak penin..jap bace lagi skali:)
.-= yoy´s last blog ..No Sweat! =-.
Ayat seperti puisi..hehe. Tapi betul bro, pantang kene potong confirm kejar..
@SiTikus, haha..ye ke?
salam..’alah hukum gantung je lesan dema tu.abis kisah.then kalu dema mau pandu lagi minta je mrka ambil lesa semula. kena bljar semula, kelas ujian komputer dan termasuklah 3 ujian terpenting dlm penilaian jpj tu..
.-= suri´s last blog ..Planet Pluto =-.
@suri, undang2 tu dah ade rasanya, kalau kumpul 15 point kalo tak silap kene gantung lesen…
tapi berbalik pada apa yg papa-roq cakap kt atas, kurang penguatkuasaan.