Relevan servo dalam kehidupan

Aku seorang yang suka aplikasikan teori saintifik dalam kehidupan seharian. Melalui penelitian aku, banyak konsep saintifik yang berkait dengan kehidupan kalau kita ambil sedikit masa untuk berfikir. Jadi hari ini aku nak bercerita tentang satu teori yang dipelajari masa di universiti dulu, Buat mereka yang belum mengetahui, aku seorang graduan dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, pengkhususan dalam Kuasa (Power).
Seorang yang biasa bergelumang dalam bidang Elektrik dan Elektronik tentu sudah tidak asing lagi dengan satu peranti yang dinamakan sebagai servo (contoh seperti gambar di atas). Secara mudahnya, servo ialah satu sistem yang membolehkan kedudukan terkini output dikemaskini kepada input dalam bentuk suap-balik (feedback). Ini amat berguna untuk mengawal posisi dan kelajuan motor. Ya, memang memeningkan bagi mereka yang baru kali pertama mendengar.
Sebagai contoh, satu motor kita tetapkan untuk bergerak ke kedudukan 90 darjah. Motor tu akan sentiasa bergerak dan akan terus menghantar feedback terkini kedudukannya sampai gerakannya tepat ke posisi 90 darjah. Contoh lain, kita tetapkan kelajuan motor pada 100 rpm (pusingan per minit), maka motor tersebut akan mula berpusing dan terus-menerus memberi feedback kelajuannya terkini ke input supaya boleh diselaraskan tepat ke 100 rpm.
Jadi apa kelebihan system servo ni? Berbalik kepada definisi servo itu sendiri dan kata kuncinya ialah suap-balik (feedback). Jadi kawalan boleh diilakukan secara automatik dan input akan sentiasa dikemaskini bagi mengimbangi output yang dihasilkan. Secara mudahnya, output yang diperolehi benar-benar mengikut kemahuan kita.
Apa relevannya dalam kehidupan seharian?
Dalam kehidupan seharian, kita perlukan konsep suap-balik (feedback) ni secara berterusan. Tak kiralah samada dari rakan-rakan, keluarga mahupun musuh kita. Seorang yang tidak mendapat maklum balas daripada masyarakat sekeliling akan cenderung untuk mendapat sindrom SS (syok sendiri).
Untuk seorang yang dah berkahwin tu, maklumbalas daripada pasangan amat penting untuk kekalkan keharmonian. Kalau dua-dua membisu memendam rasa, maka akan membengkak dalam hati. Bila meletup, maka berlakulah ungkit-mengungkit di masa depan nanti. Lebih baik kita saling tegur-menegur dari masa ke semasa supaya tak ada yang memendam rasa.
Dalam berblog juga teori ni amat relevan. Seorang penulis blog tentu mahukan maklumbalas daripada pembaca, tak kiralah kritik, pujian atau cadangan penambahbaikan. Tanpa maklum balas seumpanya maka sindrom SS akan ketara terlihat dalam penulisannya.
Pemberi maklumbalas terlebih dahulu harus membuang kaca mata skeptikal agar komen dan pendapat yang diluahkan bukan berdasarkan tanggapan cliché /stereotype.
Si penerima maklumbalas pula perlu sentiasa berlapang dada. Kalau rasa tak relevan dengar sahaja dan tak perlu diaplikasikan. Kalau rasa maklumbalas tu betul-betul berguna, terima dan cuba buat sedikit perubahan.
Kepada pembaca, ambil sedikit masa untuk tinggalkan maklum balas anda di ruangan komen dibawah. Tak kisah lah nak komen cara penulisan, isi blog ni ke, atau apa sahaja. Jejak tinggalan anda amatlah dihargai.
p/s: mungkin aku akan menulis tentang gyro pulak di masa hadapan.
aku suka info ni bro…aku pun selalu gak dapat maklumbalas dari wife pasal hobi berblog ni…..btw bagi aku blog banyak beri info tambahan yg ‘malas’ nak di cari guna hard copy..macam blog ni, banyak ilmu baru info yang dapat aku belajar…thumbs up
.-= 1tomyam´s last blog ..Jenis-jenis Blog Dan Hubungannya Dengan Pembelajaran Dewasa =-.
@1tomyam, terima kasih, aku selalu cuba pastikan apa yang ditulis tu betul-betul bermanfaat, insyaallah…
klup..loop..
ha, satu perkara yang baru..menarik perhatian suri..al-maklumlah sy ni mmg tak tahu langsung bab elektrikal ni .tapi dengan adanya perpustakaan maya (blog) maka suri rasa teruja untuk memngenalinya lagi..lagi..
terima kasih atas info tersebut..dan terika kasih sb sllu masuk di blog saya..
@Surihati_ku, insyaallah akan ada banyak lagi perkongsian menarik.
terima kasih juga kerana kerap ke mari.
@ahmadyusrie,
salam tuan rumah..
hehe..selagi ada cahaya ilmu disini ..selagi itulah cayacinta akan ke mari..hik..hik..
jgan marah tuan runah just joke jer tu..
Kaitan antara teori dan praktikal, bila ada kaitan yang sebegini, saya akan lebih ingat, apa itu servo. :)
Saya suka istilah ‘feedback’ dalam bahasa, iaitu suap-balik, jarang orang Melayu sendiri gunakan istilah ‘suap-balik’.
.-= amirulfaiz´s last blog ..Permulaan yang mendebarkan =-.
@amirulfaiz, yup, belajar dgn cara menghafal itu membosankan.
lebih baik kalau kita boleh kaitkan apa yg dipelajari dgn kehidupan seharian, lebih mudah melekat dlm kepala.
ehem..hampir-hampir tak faham apakh benda itu..tapi teori feedback itu sangat menarik! Saya suka!
.-= wanwma´s last blog ..Tan Sri Robert Kuok Hock Nien – Orang Kaya No.1 Malaysia =-.
@wanwma, ya, sekadar perkongsian, mungkin mereka yang belum pernah terdengar tentang servo boleh pelajari sesuatu.
hebat! nice entry n gud info. if tak, sampai bila2 xtau..
.-= lizz´s last blog ..Cerita dalam kelambu tak perlu nak beritahu 1 dunia =-.
@lizz, tq, skang dah tau kn?
salam,
setuju dgn feedback tu
n kita mmg perlu pujian & kritikan.
pujian saje x bole.nnti rasa bangga diri x sedar kelemahan
kritikan saje pulak pon x boleh,huhuw
nway salam perkenalan
1st time singgah sini.
(^.^)
@lalock, salam perkenalan, singgah la selalu..
oh ye, x de link la nk follow..
http://hanalalock.blogspot.com/
*wink*
.-= lalock´s last blog ..xdepaperugijekaubaca. =-.
salam.. fara nak wat projek sal solar detection yg gnekan servo.. bley x klu nk mntak pndapat.. klu bley send msg kat fb fara.. aied_0409@yahoo.com
harap sgt dapat membantu fara..