Bahaya berat berlebihan buat wanita

Lanjutan daripada rancangan realiti popular yang mencetus fenomena serata asia, Biggest Loser Asia, aku rasa ini masa yang terbaik untuk kurangkan berat badan berlebihan tu. Mereka dah buktikan ianya tidak mustahil untuk dilakukan. Cara pun dah ditunjukkan, bersenam macam orang gila dan hilang 80 kg dalam masa kurang 6 bulan dan bertukar dari teddy bear kepada tengkorak hidup. Okay, cukup dengan cerita biggest loser.

Secara umumnya kita semua tahu yang berat badan berlebihan atau obesiti ni tak bagus. Ia membataskan pergerakan kita dan biasanya akan datang  dengan pakej-pakej tambahan lain seperti darah tinggi, darah rendah, kencing manis, kencing tawar dan yang sama waktu dengannya. Itu secara umumnya la. Aku tak mahu bicarakan soal tu lebih lanjut sebab pada aku, semua orang pun tahu.

Tapi aku fokuskan untuk wanita, apa kesan buruk muatan berlebihan ni?

Baca berita yang aku dah alih suara dan ringkaskan ni,

Seorang wanita Inggeris, Belinda Waite (21) menjadi ibu hanya selepas 3 jam doktor mengesan yang beliau sedang mengandung. Doktor hanya mengesahkan yang beliau menghidap Irritable Bowel Syndrome (apa dalam bahasa Melayu?) dan gout walaupun lepas 9 bulan keluar, masuk hospital.

Dipendekkan cerita, pada 6 Februari, barulah doktor sahkan yang dia sedang mengandung 3 bulan dan dihantar balik rumah. Tapi 3 jam je lepas tu, jeng, jeng, jeng…. Jadi, tak sempat la ke hospital mcam aku dulu. Bayi itu telah berjaya mengeluarkan dirinya tanpa disangka-sangka.

Jadi apa jawapan buat tajuk entri ini? Kenapa kegemukan tu bahaya untuk wanita?

Kegemukan boleh menyembunyikan hakikat yang anda sedang mengandung dan tanpa diduga bayi itu menjengah keluar kepalanya secara tiba-tiba. Menakutkan bukan!

Tapi pelik jugak, dengan kecanggihan teknologi kat barat sana takkanlah tak dapat kesan. Doktor kat sana tak ada takde mesin pengimbas?

Kalau kamu rajin membaca, silalah rujuk artikel asal.

Sedikit selingan,

Rooney gagal menahan gelak bila Ronaldo dan barisan ‘galak-tikus’ Real Madrid gagal untuk layak ke suku akhir Champions League 6 tahun berturut-turut selepas berbelanja besar 232 million pound. Sapa suruh kau blah pergi Real Madrid..

Share
Comments