Cuaca sejuk dan tandas

Kenapa kita kerap nak kencing bila cuaca sejuk?

Mesti korang perasan kan, kita akan lebih kerap ke tandas bila cuaca sejuk. Aku memang berpengalaman sangat la hidup di  tempat beriklim sejuk. England? Germany? Rusia? USA?Jepun?  Semua pun aku tak pernah duduk. Jangan salah sangka, bukannya aku pernah tinggal di Eropah atau Amerika tetapi pejabat yang aku duduki sekarang ni memang sejuk tahap beku!

Berbalik kepada persoalan asal tadi. Kenapa kita kerap nak terkencing waktu cuaca sejuk? Maka aku yang tengah rajin pun cuba melihat-lihat sekitar alam internet dan bertanya kepada Pak cik Google yang tak pernah lokek dengan ilmunya. Maka berikut jawapan yang dikongsikan oleh Pak cik Google dan telah aku olah semula supaya tidak dituduh plagiat.

Soalan balas, apa perbezaan ketara antara cuaca panas dan sejuk?

Bila cuaca panas dah tentu badan kita akan mudah berpeluh berbanding ketika sejuk. Itu penjelasan pertama. Bila kita duduk di tempat yang sejuk amatlah sukar untuk badan mengeluarkan peluh. Jadi tubuh kita perlukan satu mekanisma untuk singkirkan toksik dalam badan yang pastinya bukan melalui perpeluhan. Jadi alternatif lain? Tak lain dan tak bukan, melalui pembuangan air kencing la.

Teori suhu dan pengembangan objek.

Penjelasan kedua, secara logiknya. Objek mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabiila disejukkan. Itu teori yang kita dah pelajari sejak belajar sains di sekolah rendah lagi. Jadi teori ni pun boleh diaplikasikan pada badan manusia. Bila cuaca sejuk organ badan kita pun akan mengecut dan aku fokuskan kepada pundi kencing sebab itu yang paling berkait dengan perbincangan ni.

Bila mana pundi kencing ni mengecut maka makin sempitlah ruang nak menyimpan ‘air tu’. Maka, pundi kencing pun menolak-nolak la air tu keluar. Jadi air kencing kita pun meronta-ronta lah nak keluar. Mudah je kan penjelasannya.

Okay setakat itu sahaja entri serba ringkas dari seorang yang tak belajar biologi pun. Banyak benda yang kau boleh belajar melalui Pak cik Google kan?

Share
Comments