Tidur dan Jadi Bijak

Kajian menunjukkan tidur seketika di waktu tengah hari bukan sahaja menyegarkan tubuh badan tetapi juga mampu menjadikan kita seorang yang bijak! Tidur selama sejam pada waktu tengah hari dikatakan mampu meningkatkan keupayaan otak untuk berfikir dan membolehkan fakta-fakta baru untuk diserap untuk jam-jam berikutnya.

Tak hairanlah individu yang mengamalkan tidur seketika sebelum waktu Zohor ni hebat-hebat belaka. Winston Churchill, Albert Einstein, Margaret Thatcher dan yang terutama sekali nabi kita Muhammad SAW adalah antara individu-individu berpengaruh yang mengamalkannya.

Aktiviti tidur di waktu tengah hari selepas makan tengah hari ini dah jadi suatu budaya di kalangan masyarakat Sepanyol dan mereka gelarkan ia sebagai ‘Siesta‘. Tapi di kalangan masyarakat Malaysia, kita masih kurang jelas tentang kepentingannya.

Berapa ramai dari kita yang manfaatkan waktu rehat tengah hari untuk merehatkan tubuh badan kita? Lebih ramai rasanya yang suka manfaatkan masa ini untuk bersembang di kedai makan, sebahagian lebih senang melayari internet di pejabat dan kebanyakan pelajar pula menggunakan masa ini untuk menyiapkan tugasan yang tertangguh.

Setelah berhempas pulas bekerja dan berfikir sepanjang pagi, tubuh kita berhak mendapatkan sedikit rehat untuk mengecas kembali tenaga yang amat diperlukan untuk tugasan di sebelah petang. Ingat kita manusia, bukan mesin.

Nabi  kita biasanya akan tidur seketika sebelum zohor. Jadi kalau kita pun boleh amalkan, dapat la pahala sunat macam tu je. Setiap sunnah nabi tu ada hikmahnya kan?

Share
Comments
  • Surihati_ku February 23, 2010 at 10:38 am

    wah:w00t: ! satu input yang baik..hehe..suka2..:whistle:

    tapi suri lagi bosa:face: n dok sorng2 kat pejabat ni..bos sllu masuk lewat ptg..hurm..kekadang curi tulang juga tapi atas sb sakit kepala sahaja laa..

    jika dah tak tahu nak buat apa pas ni tdoalh..huuhu.. :biggrin: .-= Surihati_ku´s last blog ..Planet Pluto =-.

  • 1tomyam February 23, 2010 at 2:33 pm

    hehehe..kalau tak khoje memang kegemaranku tido waktu petang, tapi lepas zuhur, kekadang terbabas sampai asar…dah habis manafaatnya..huhuhu :biggrin: .-= 1tomyam´s last blog ..Pelancaran Kempen Tabung RM5 Sehari Bagi Nikon D90 =-.

  • ery February 23, 2010 at 4:17 pm

    betol ke ni.. jom kita tido.. hehehe
    .-= ery´s last blog ..Petrol tanpa subsidi 2010 Part 2 =-.

  • zik February 23, 2010 at 5:37 pm

    Erm bagus tidor tengahari nie…cuma jangan sampai terlajak sudah..sejam dua jam , ok kot??
    .-= zik´s last blog ..Program Earth Hour. =-.

    • ahmadyusrie February 23, 2010 at 6:17 pm

      @zik, mmm..tp problemnya rehat sejam je…nak makan, smbhyg zohor…dlm 10 mnt dapat la kot..

  • NK February 23, 2010 at 9:48 pm

    oh ni NK slalu jugak amalkan..

    x silap NK die pggil sebagai PowerNap, mmg bagus untuk diamalkan..

    cume kadang2 boleh terlajak, itu yg bahaye… haha
    .-= NK´s last blog ..Bapak tinggi Anjing ni!!! =-.

  • Thoha February 25, 2010 at 1:25 am

    salam
    boleh amalkan tidur waktu tengahri ni..
    betul apa yang bro kata sunnah nabi..
    kalau buat dapat pahala free2 je..
    .-= Thoha´s last blog ..Cara-cara Dan Tips Untuk Melupakan Seseorang =-.

  • wanwma February 25, 2010 at 7:31 am

    Saya mmg percaya kenyataan ini benar! Sebenarnya tidur di waktu tghari (sebelum zohor) mmg disunatkan dalam Islam..

    Sebabnya Allah mahu hambanya beribadah dengan segar di lewat malam..
    .-= wanwma´s last blog ..Tan Sri Robert Kuok Hock Nien – Orang Kaya No.1 Malaysia =-.

  • azizan4444 February 25, 2010 at 2:28 pm

    dunia aku seakn terbalik..mlm berjaga siang tdur….melebihi sejam tdo siang hari…huhu

  • framestone February 25, 2010 at 2:50 pm

    yup mmg betul pun… dulu bro masa sekolah, kerje kojab n masuk U. Bro memang amalkan tido tengahari just untuk 5minit…

    tapi skrg cam xde masa untuk semua itu… bz sikit.. Maybe sebab tue kot bro xseberapa productive (len macam je bunyinya)
    .-= framestone´s last blog ..Aku Tetap Terasa =-.

  • alqaswa March 8, 2010 at 10:35 pm

    salam kenal,

    tidur sekejap di tengah hari adalah sunnah nabi ibarat kita bangun di pertiga malam untuk makan sahur,
    tujuan utama untuk membina kekuatan jasad untuk bangun bertahajud di malam hari,namun apa yang terjadi jika kita tidur di siang hari dan terus terlena di waktu malam,
    umpama seorang yang bangun bersahur tetapi besuknya tidak berpuasa…agak aneh gitu ya sahabat2 semua…
    salam ceria dari alqaswa…wassallam

    • ahmadyusrie March 8, 2010 at 10:39 pm

      @alqaswa, yup, bijak sekali perumpamaan yg diberikan tu…
      tapi ramai dari kita hari ni susah nak bangun malam termasuk si penulis ni sendiri..
      salam perkenalan.

  • yoy March 25, 2010 at 11:38 am

    yea..tidur menambahkan kebijakan saye..
    sebab tu saye suka tidur dalam kelas :wub: :devil: .-= yoy´s last blog ..18sx rated: Lady Gaga Nude? =-.

  • azwan May 25, 2010 at 8:16 pm

    kalau jenis yang dah tidur lepas tu susah nak bangun, baik tak yah tidur tengah hari itu. nanti bos cari pulak.

    sama macam salah satu artikel aku lah.hehe.. :)
    .-= azwan´s last blog ..Sense of Humor =-.

  • Post a comment

    CommentLuv badge
    :alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :wub: :sleeping: :smile: :tongue: :wassat: :unsure: :w00t: :whistle: :wink:

    Threaded commenting powered by Spectacu.la code.