Counter Strike vs Dota
Sedikit entri lagho di hujung minggu yang malas.
Sekali lagi bertemu buat penggiat permainan video yang juga dikenali sebagai ‘pemain game teras keras’ (hardcore gamers). Dalam entri terdahulu, aku ada senaraikan permainan-permainan yang gemar dan biasa aku mainkan. Dua daripada permainan video tersebut ialah Counter Strike dan Warcraft Dota. Kalau tak pernah dengar tu, maaf la ya, anda belum layak digelar pemain game teras keras kerana dua permainan ini boleh dikatakan antara yang paling popular di kalangan penggemar permainan video.
Secara dasarnya dua permainan video ni berbeza sama sekali terutama dari segi permainan (gameplay). Counter Strike merupakan sebuah permainan yang dikelaskan dalam kategori FPS (first person shooter) yang mana korang akan dapat perasaan seolah-oleh menjadi karakter dan berada dalam permainan tersebut. Warcraft Dota pula terletak dalam kategori RTS (real time strategy) yang mana korang hanya akan jadi seperti pengawal/perancang untuk permainan. Hanya beri arahan/tujuan kepada karakter untuk tindakkan.
Baik, aku tak mahu bicara soal teknikal permainan video ni secara terperinci sebab aku sendiri pun bukan seorang yang pakar. Sebenarnya aku nak bicara sisi lain yang kita boleh lihat dari permainan video ni iaitu dua sifat manusia yang perlu hadir tak kiralah secara bersama atau ekslusif iaitu perancang dan pelaksana. Dalam hidup, kita perlukan kedua-dua jenis manusia ni.
Perancang.

Aku kaitkan permainan Warcraft Dota dengan sifat seorang perancang. Permainan ni memerlukan kau mengawal seorang karakter wira dan sepasukan askar-askar yang membantu. Tujuan kau ialah untuk lindungi kampung halaman daripada diserang musuh dan pada masa yang sama memusnahkan tapak musuh.
Perancang selalu dikaitkan dengan seorang yang gemar berfikir dan melakukan percaturan. Perancang biasanya seorang yang suka menerima tanggungjawab dan gemar menjadi pemimpin. Perancang juga biasanya seorang yang memiliki pandangan jauh dan selalu memikirkan kesan dan akibat daripada tindakan. Contoh golongan ini termasuklah pemimpin negara, pengaturcara (programmer), pengarah filem, ketua darjah pun boleh kot?
Perlaksana.

Counter Strike pulak aku kelaskan dalam sifat perlaksana. Sebab kita akan jadi seorang karakter di dalam permainan dan menembak/menyerang musuh.
Perlaksana biasanya seorang yang gemar mengaplikasikan teori yang diketahui secara praktikal. Mereka bukannya seorang yang tidak suka berfikir, tapi biasanya berfikir membuatkan mereka berasa bosan. Mereka kebiasaanya lebih gemar bermain/bekerja dengan peralatan (tools). Contoh golongan ini mekanik, operator pengeluaran, jurutera dan doktor.
**************************************************************************************
Tapi manusia ni unik, bukan kita boleh tentukan ciri setiap individu tu secara tepat. Maka, seperti yang aku sebutkan tadi, sifat ni boleh hadir secara bersama atau ekslusif. Jadi, tidak perlu hairan jika terdapat seorang pemikir yang suka berkebun atau seorang perlaksana yang gemar memimpin.
Jangan ingat satu golongan ini lebih hebat daripada yang lagi satu ya. Sebab pada aku dua-dua pun punya kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Anda di sebelah yang mana? Perancang atau perlaksana?
ramai yg boleh buat perancangan, tp tak ramai yg mampu laksanakan…
.-= Nadri´s last blog ..Kampus UiTM Kini Di Bandar Seri Alam Pasir Gudang- Johor =-.
aku prefer main CS
heheheh
.-= Hamdi´s last blog ..Hoobastank @ Hard Rock- Bali =-.
CS the best..tapi kena main ramai2 la..main dengan komputer je apa barang
.-= khairolghani´s last blog ..BB dah nak keluar ke =-.
Only wanna comment that you have a very nice website, I love the style and design it really stands out.