Aku suka main game, hari-hari aku main game

Entry yang agak ringan untuk pagi Sabtu,

Buat pengetahuan kamu pembaca blog ni, aku ialah seorang gamers yang bolehlah dikatakan agak tegar. Sejarah aku bermain game ni kalau nak diceritakan memang agak lama jugak la. Sejak dari bangku sekolah bila mak aku beli komputer Intel Pentium 3 yang berharga lebih RM 2500 waktu tu. Kalau la RM 2500 sekarang buat pc, memang kaw-kaw power beb.

Bila masuk U makin menjadi-jadi kegilaan aku. Aku boleh habiskan berjam-jam depan PC menghadap PES, NFS, CS, Warcraft dan beberapa lagi games yang tak perlu aku senaraikan semuanya. Tapi bila dah meningkat dewasa ni kena kawal la sikit, tapi masih layan jugak la sekali-sekala (agak banyak jugak sebenarnya).

Game paling aku layan sekali mestilah Pro Evolution Soccer daripada KONAMI. Sebagai seorang peminat sukan bola sepak, bagi aku tak sah kalau game ni tak menjadi medium untuk aku membuang masa. Kalau bercakap pasal PES pulak, rasanya tak lengkap kalau kita tak sebut ape-ape pasal pesaing terdekat diorang, FIFA daripada Electronics Art (EA). Ada satu benda je yang aku suka pasal FIFA, diorang ada lesen rasmi untuk guna logo-logo pasukan bola sepak seluruh dunia. Kalaulah PES boleh dapatkan lesen tu, fuhh memang parah jugak la FIFA kan. Tapi tak ada masalah, mesti ade geng-geng ‘bawah tanah’ yang akan buat patch untuk betulkan kekurangan pada PES tu. Sekarang ni tengah layan PES 2010.

Counter Strike salah satu daripada game dalam kategori First Person Shooter yang aku masih lagi ketagih walaupun dah bertahun-tahun francise ni berada dalam pasaran. Aku tak pernah bosan walaupun terpaksa layan BOT yang macam haram tak terer (buat mereka yang bukan gamers tu BOT=komputer). Ni salah satu sebab aku rindu sangat dengan zaman U. Aku suka main jenis map fy (fight yard) sebab saiznya yang lebih kecil berbanding jenis map yang lain. Map kegemaran, ice world, 2000, oasis, dust.

Warcraft pulak jenis strategy game. Aku mula kenal Warcrat waktu sekolah menengah tapi belum ada minat nak cuba waktu tu lagi-lagi kene keluar duit pegi cyber cafe. Bila masuk U mula la nak cuba itu ini. Tapi aku cuma main game Warcraft yang cikai-cikai  je macam tower defense (tak makan banyak masa). Mujur aku tak terjebak dalam wabak Dota yang melanda masa kat U dulu. Bayangkan bila kau boleh tak tidur semalaman berbekalkan secawan Nescafe depan PC dek penangan encik Dota ni. Game ni jadi lebih berhantu waktu study week. Ni semua pengalaman aku memerhati member-member aku la.

Untuk Need For Speed pulak, aku rasa lagi lama sejarah aku bermain game ni. Aku rasa mula dari sekolah rendah dulu kot. Waktu tu gambar masih agak kartun la. Kena la dengan computer masa tu yang baru level Pentium 3. Sekarang yang terbaru dah ada Need For Speed Shift. Gambar memang kaw-kaw cun tapi aku tak berapa suka sebab lumba di litar dan tak berapa gemar dengan gameplay-nye.Terlalu realistik membuatkan aku panas je main, kereta asik terpusing-pusing pastu bila terlanggar dinding penig-pening. Sedarlah wahai pembangun-pembangun perisian game, game akan tetap jadi game, tak akan boleh tandingi dunia sebenar, jadi jangan terlalu over lah.

Akhir sekali game yang aku mula layan waktu kat U tahun akhir dulu, Guitar Hero. Gile best game ni. Macam main gitar betul la. Cuma ada 5 key je. Itu pun lenguh jari beb! Aku customkan 5 key dia dekat F1, F2, F3, F4 & F5 dan key untuk petik not pada Ctrl kanan. Lepas tu pegang keyboard ala-ala gitar. Gile layan beb.

Selain daripada yang aku senaraikan kat atas ni. Ada la game-game lain yang aku main lagi macam Red Alert, WWE, Mario, Gamehouse, Metal Slug dan yang sewaktu dengannya. Oh tak lupa Pokemon gameboy tu. Boleh kata aku main je la apa yang ada.

Moral yang kau boleh ambil dari entry kali ni, nak main game boleh. Tapi cuba kawal sikit la yer lebih-lebih lagi yang dah sedikit dewasa tu. Banyak tanggungjawab lain yang lagi penting. Kalau yang belum berjinak-jinak tu, tak payah la nak cuba. Boleh akibatkan ketagihan yang serius! Lagi baik kau update blog ke, main bola tampar kat luar ke, lepak dengan kawan-kawan ke dan kalau betul-betul malas pergi tidur atau tengok movie.

Share
Comments
  • cikF~ January 28, 2010 at 11:56 am

    waahh…blog baru nampak~ehehe..ke sy yg ketinggalan keretapi..hihihi

    n sbb sebab games addicted ni jugak la,ramai kengkawan sy tergendalan dalam menyiapkan project..uhuhu..

    • ahmadyusrie January 28, 2010 at 1:59 pm

      hehe…welcome…x tggl jauh sgt kot..
      yup, rmai mmbr sy kne extend sbb ketagihan game jugak..
      like i said kn, nk main boleh je kene pandai control la..

  • Surihati_ku February 8, 2010 at 9:22 am

    Permainan games memang melekakan..terkadang jam berpusing 2 ke 3 jam kita tak sedar..alamatnya tunggu sajalaj bil elektrik sampai sure tinggi punya..hik..3 tapisesekali tak per nak lepaskan tensio..dan sebagainya :cwy:

  • Post a comment

    CommentLuv badge
    :alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :wub: :sleeping: :smile: :tongue: :wassat: :unsure: :w00t: :whistle: :wink:

    Threaded commenting powered by Spectacu.la code.

Trackbacks
  • Counter Strike vs Dota | Thinker Wannabe July 25, 2010 at 9:35 am

    [...] video yang juga dikenali sebagai ‘pemain game teras keras’ (hardcore gamers). Dalam entri terdahulu, aku ada senaraikan permainan-permainan yang gemar dan biasa aku mainkan.  Dua daripada permainan [...]