Cerita rakyat kota Baghdad

Maka tersebutlah al kisah seorang tolol yang cakapnya umpama mufti kerajaan Baghdad. Segala ucapannya diambil sebagai fatwa. Segala perilakunya dianggap mulia. Segala pintanya memang tak pernah dipersia. Ini gara-gara butir ucapannya yang sangat hebat umpama  mufti kerajaan Baghdad.

Pada suatu hari yang agak hening dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, si mufti hadir ke persidangan meja bulat kerajaan Baghdad. Ya ini rutin harian si mufti. Berdebat, bersilat dan bertegang urat. Si mufti memang ‘dibayar’ untuk ini.

Pada hari yang hening tersebut maka tidak diduga oleh si mufti yang dia bakal bersilat dengan si jahiliyah Baghdad. Semuanya gara-gara si jahiliyah mahu bicara bahasa kebenaran, bahasa mufti.

“Si jahiliah sepatutnya tak boleh bicara bahasa mufti Baghdad sebab..err..memang tak boleh” getik hati si mufti Baghdad.

Maka kekallah bahasa itu berputar di keliling si mufti-mufti kota Baghdad yang berbaju sendat dan rajin bertegang urat..

Share
Comments
Trackbacks