Kalaulah semudah itu..

Pemikiran kanak-kanak aku selalu terfikir. Kenapa kita suka rumitkan sesuatu yang sebenarnya boleh kita mudahkan? Kenapa perlu kita wujudkan sistem sosial yang sebegitu sial? Kenapa perlu ada jurang yang sebenarnya tak ada pun tak apa?

Aku impikan satu dunia yang setiap orang punya hak yang sama rata. Tak ada orang yang kaya. Tak ada yang miskin. Tak ada yang meminta-minta. Tak ada si celaka yang sombong. Setiap orang punya ‘suara’ dalam masyarakat. Semua orang punya bahagian.

Semua harta dibahagi sama rata. Tak ada yang lebih. Tak ada yang kurang.Semua tinggal di banglo yang serupa. Memandu BMW yang sama.

Tak ada yang bermasam muka. Tak ada yang muncung sedepa. Tak ada yang tinggi hidungnya. Tak ada yang panjang rungutnya..

Aaah…kalaulah semudah itu..

Kembali ke alam nyata. Semua itu mustahil. Sebab manusia punya sifat yang sememangnya tak mampu dilenturkan sejak azali. Sikap T.A.M.A.K. Tamak harta. Tamak kuasa. Tamak pujian. Tamak perhatian dan tamak segalanya.

Tapi semua itu punya hikmah tersendiri kan? Adanya orang miskin membolehkan orang kaya bersedekah jariah. Adanya si jahat, maka adalah tugas dakwah untuk mereka yang sedikit lebih celik. Adanya pemimpin dan yang dipimpin maka adalah pengarahan yang lebih jelas. Kalau semua sama je, sape yang nak memimpin ye tak?

Adanya kepelbagaian ini la yang membuat dunia ni ‘dunia’. Setuju?

Share
Comments
  • samanosuke_04 October 5, 2010 at 11:59 am

    setuju.. kita takleh nakkan jurang kaya ngan miskin tue hilang.. nanti imba… takkan ade orang kaya kalo takde orang miskin…
    .-= samanosuke_04´s last blog ..Setiap Manusia Itu Cemburu… =-.

  • nozi October 5, 2010 at 10:37 pm

    assalam,

    Ye,jika semuanya sama,tiadalah variasi dlm kehidupan dan tidak ada siapa yg rajin berfikir.Kerana adanya akal pd manusia yg menimbulkan kepelbagaian…bkn hanya akal,malah juga nafsu…
    .-= nozi´s last blog ..Ujianjangan mengalah dengan ujian =-.

  • Post a comment

    CommentLuv badge
    :alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :wub: :sleeping: :smile: :tongue: :wassat: :unsure: :w00t: :whistle: :wink:

    Threaded commenting powered by Spectacu.la code.