Hidup ibarat roda

Ya tajuk itu sangat skema. Tapi pedulikan, kerana aku memang seorang yang skema.
Case study 1: Anda setompok tanah yang melekat di tayar kereta. Putaran roda kereta tu akan bergilir-gilir membawa anda (setompok tanah)ke bawah dan ke atas. Satu masa anda rasa sangat mulia duduk di atas tapi tak lama je lepas tu kebawah balik kene lenyek dek tayar yang anda berpaut padanya..
Case study 2: Anda sebiji tayar michelin yang baru, berkilat dan kacak. Pemilik anda begitu sayang degan anda. Setiap hari dia mandikan anda dan spray anda dengan wax supaya selalu berkilat dan kacak. 2 tahun kemudian bunga-bunga cinta anda sudah sangat haus dan anda jadi seperti gambar di atas. Dibuang dan terabai, kalau bernasib baik kelak anda dipungut dan dibuat buaian di taman permainan kanak-kanak, kalau kurang bernasib baik mungkin dicampak ke laut dibuat tukun. Kalau malang maka anda akan dibakar tanpa peri kemanusiaan.
Sekian analogi yang agak tak berapa boleh blah. Tapi itu gambaran sebenar jika anda sebiji tayar atau setompok tanah yang melekat di tayar. Mujur anda dan saya bukan tayar atau setompok tanah yang melekat di permukaan tayar. Tapi rasanya analogi tu boleh dikaitkan dengan hidup.
Hari ini mungkin kau seorang penganggur berijazah dan tak punya rasa nak memperbaiki diri. Hari-hari kau penuhi dengan bermain gitar di simpang jalan belakang masjid. Tapi tiba-tiba esoknya kau terima tawaran untuk berkahwin dengan anak pemimpin negara Yugoslavia. Maka secara tiba-tiba kau jadi sangat mulia dan dipandang tinggi. Ya, itu tak mustahil bukan?
Mungkin hari ini kau rasa tak punya sesiapa. Tiba-tiba seseorang datang dan terima kau sebagai seorang yang istimewa. Tiba-tiba kau rasa dihargai dan merasakan diri sangat berguna.
Apa yang aku nak kongsikan sebenarnya ialah jangan berlagak wahai kamu, kamu dan kamu yang berada di atas. Mungkin hari ini kau punya wang ringgit berkoyan-koyan dan perut yang boroi. Tapi, akan tiba suatu hari, kau tak punya apa. Samada kau jatuh tersungkur ditolak atau kau sudah tua tak berdaya dan tersembam sendiri. Pokoknya sehebat mana kau hari ini, kau akan jatuh samada secara natural atau secara force.
Buat kau yang di bawah, ya, teruskan menjadi humble. Tapi jangan pernah menyesal dengan nasib kau, jangan pernah salahkan takdir, jangan pernah berhenti berusaha, berdoa dan berharap. Terus bersabar dan berdoa, kerana bila mana namanya roda mesti akan berputar juga ke atas.
Ye.. kadang2 bila kat bawah kita baik. bila kat atas jadi lain.. harap2 dielakkan
zool´s last [type] ..Apesal.com – website untuk meningkatkan traffik blog
nice entry ahmad yusrie
bila kita berada di atas, jangan lupa berpijak dibumi nyata..tp ramai yg gagal utk laksanakan dek kerana alpa…
Nadri´s last [type] ..Mandi Dengan Anak Jiran