Jangan pernah berhenti berharap

Walaupun kau tak nampak langsung sinar di hujung jalan, atau bak kata orang berkulit putih kemerah-merahan, even when the chips are down , jangan pernah berhenti berharap. Selagi mana bumi masih berputar pada paksinya, selagi matahari masih terbit dari timur, dan selagi mana nyawa masih tetap pada jasadnya,maka harapan tu sebenarnya masih ada.
Kenapa tiba-tiba aku menulis satu entri pendek tentang perkara ini. Sebenarnya aku nak beri motivasi buat diri aku berikutan beberapa siri kegagalan yang pernah dan sedang aku alami sekarang. Kadang kala, ayat-ayat motivasi sebegini secara tak langsung mampu kurangkan sedikit tekanan yang dirasai akibat kegagalan.
Ingat, kadang kala Allah tangguhkan kejayaan kau hari ini supaya kau boleh kecapi kejayaan yang lebih hebat pada masa akan datang. Siapa tahu kegagalan kau menjadi jurutera atau doktor membuka jalan buat kau serlahkan kebolehan sebagai seorang ahli perniagaan. Atau kegagalan dalam SPM membuatkan kau gagal memasuki aliran sains lalu membuka jalan buat kau jadi seorang penternak lembu feed lot yang berjaya.
Setiap orang punya takdir sendiri. Ada yang ditakdirkan lahir daripada keluarga kaya raya lalu terus mewarisi empayar perniagaan orang tuanya. Ada yang berjaya pada usia muda remaja lagi, dan ada yang kecapi kejayaan ketika di usia agak lewat. Ada yang kecapi kejayaan secara ‘tuah’ tiba-tiba je jadi orang kaya. Ini kes satu dalam sejuta yang pasti.
Yang penting, Jangan pernah berhenti berharap.
Semua orang mempunyai harapan yang tinggi, cuma jangan “terlebih mengharap”
.-= imran´s last blog ..Kelebihan Menghafaz Al-Quran =-.
@imran, yup, nanti kecewanya lebih kalau x tercapai hasrat…
usaha+doa+tawakal=kejayaan!
.-= hydir´s last blog ..Sahabat adalah upgrade kepada kawan =-.
@hydir, benar sekali!
Salam…
Benar.. segala usaha dan pengharapan perlu dibuat untuk membuahkan kejayaan.. namun kadangkala yg menjengah itu kegagalan jua. Itu tandanya Allah sayang kan kita.. bukan kah kataNya.. Hamba yang disayangi akan selalu diuji..
wallahuaklam..
.-= zoul´s last blog ..Waktu Aku Kecik =-.
@zoul, mmm, kena terima sebagai satu bentuk ujian..
motivasi untuk diri aku jugak.
kebelakangan ini aku juga sering diuji olehNya dengan pelbagai ujian dan cabaran. banyak kegagalan yang terpaksa aku lalui.
@wandisini, moga dapat sama memberi inspirasi..
Salam, betul tuh bro… jangan berhenti berharap.. doa yang tidak putus2 dari Allah.
.-= zik´s last blog ..Sindikit gores dan menang, perlu kita banteras!! =-.
@zik, insyaallah..
@ahmadyusrie,
cayok..cayok all the best kawanku
harapan dan berharap mendorong manusia utk terus hidup dan bersemangat, bila dah putus harapan hilang motivasi dan mulalah merana…
.-= etomyam´s last blog ..Tutorial: WP Social Blogroll Plugin, Page Khas Untuk RSS Feed =-.
@etomyam, btul, tu bila putus harapan tu yg jadi kes2 bunuh diri tu…rasa mcm xde makna hidup..they’re dead wrong..
hidup berani untuk gagal !
yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal
.-= Wan Perlis´s last blog ..Gengblogger – Aku Tak Puas Hati =-.
@Wan Perlis, dah jadi famous yer quotes “hidup berani utk gagal”
yup betol3.
Gagal sekali tak bererti gagal utk selamanya.
Setiap org pasti akan merasai kegagalan tp org yg sebenar2 gagal adalah org yg tak cuba utk bangkit dari kegagalan mereka.
.-= Arra Jasmy´s last blog ..Tinta pena juga Mampu mmbunuh! =-.
@Arra Jasmy, ya, benar sekali, terima kasih..
salam bro.
segala sesuatu yang berlaku dalm hidup kita pasti bersebab.
apabila gagal, ia bukanlah kegagalan tapi step ke arah kejayaan..
@faizal, ya, pasti ada hikmah disebalik kegagalan tu…
@ahmadyusrie, bagun dan jan sesekali pasrah pd perkara2 yg lalu..
.-= Surihati_ku´s last blog ..Peringatan Buat Diriku & Kaum Hawa.. =-.
hehe, aku memang suke post2 motivational cenggini.. kalo ko rasa down.. search ‘nick vudijic’ ker apa kat youtube.. aku slalu layan speech mamat nie… feel giler…
.-= samanosuke_04´s last blog ..Sikit Follower Twitter? Jom Retweet! =-.
@samanosuke_04, mmm…terima kasih atas perkongsian.
Harapan itu motivasi diri…. Hilang harapan, kena cari baru…
.-= Anjung Web´s last blog ..Apa itu Fedora ? =-.
@Anjung Web, btul tu, kena sentiasa punya harapan..
Aku setuju..kite tak boleh berhenti berharap atau berputus asa..selagi ade semangat dan harapan..kite harus bangkit berjuang..
p/s – mungkin kite fikirkan ini yg terbaik utk kite tapi hanya Allah yang lebih tahu ape yg terbaik utk kite..
.-= hafizmd´s last blog ..Malaysia’s 30 Most Valuable Brands 2009 =-.
@hafizmd, tepat sekali…Allah lebih tahu..
bunyinya macam lagu syila on saven je..hehe..
yalah selagi kudrat mash ada..slgi nyawa masih berbaki kita msh boleh mengejar impian sejauh mana yg kita mmpu mengikut kemampun kita..
.-= suri´s last blog ..Si Yo-yo Yang Comel (Part II) =-.