Kita warga yang “Kosong”?

Betul ke? Berapa kerap anda dan saya update status fb dengan perkataan “boring”, “tak tau nak buat apa”, dan yang sama maksud dengannya. Bukankah itu satu petanda jelas yang kita  ni kosong? Ada tabung tapi tak punya wang untuk diisi. Ada masa tapi tak punya suatu yang bermanfaat untuk diperbuat?

Sesungguhnya masa yang tak terisi itu sangat merbahaya. Masa-masa tu akan buat otak kita yang kreatif ni mula menerawang dan meneroka kemungkinan. Meneroka benda-benda yang entah apa.

Sibukkanlah diri anda dengan sesuatu yang bermanfaat. Membaca. Menulis. Bersenam. Mengemas rumah. Memasak. Menyiram bunga. Melihat kebesaran Allah. Jangan sesekali biarkan diri dan fikiran anda dalam keadaan “idle” sebab itu sangat-sangat digemari oleh syaitan.

Waktu kosong itu tak ubah seperti seksaan halus ala penjara Cina; meletakkan si penjenayah di bawah paip air yang hanya dapat menitiskan air  satu titis tiap-tiap minit selama bertahun-tahun. Dan dalam masa penantian yang panjang itulah, biasanya seorang banduan akan menjadi sangat tertekan dan akhirnya gila.

Petikan dari naskah “La’ Tahzan”

Ingatlah, walau ketika solat sekalipun akal bisa menerawang bebas sampai Zohor yang empat boleh jadi lima rakaat apatah lagi waktu yang tak ada apa nak diperbuat. Menyibukkan diri dengan sesuatu tidak akan menghalang fikiran anda dari menerawang tapi setidak-tidaknya kurang parah repekannya barangkali.

“Tapi otak kita berhak berehat selepas letih bekerja!” Ya otak itu berhak punya istirehat, tapi tak cukupkah tidur 5, 6, 7, 8 jam setiap hari itu? Ingat, cuma lembu dan kambing sahaja yang otaknya tak perlu banyak fikir, cuma fikir untuk cari makan dan memanjangkan zuriat.

Berfikir itu yang membezakan kita dengan flora dan fauna.

*Renungan buat diri yang serba khilaf.

Share
Comments
  • Ina ^^ August 21, 2011 at 1:02 am

    setuju sgt…..
    lpas ni buat la benda2 yg berfaedah sikit….hiduP MelaYu… :pinch:

  • fauzani~ September 12, 2011 at 2:45 pm

    sebenarnye…”boring/ xtau ape nak buat” tu macam lebih kepada malas nak fikir…malas nak berbuat ape2…
    Kalau saya..saya memang appreciate btol weekend..hari bermalas2an..hehe..berehat2…tapi x boring pon..hehe
    fauzani~´s last [type] ..Little Qaireen dah besar~

  • Layli September 15, 2011 at 1:32 am

    Salam Ziarah,
    …kalaulah waktu tak sibuk boleh dipinjam atau diadvance ke waktu yang sibuk…(….ni hasil dari berfikirla ni……)
    p/s sekali-sekala jadi lazy bum-memanjakan diri sendiri….

  • Post a comment

    CommentLuv badge
    :alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :wub: :sleeping: :smile: :tongue: :wassat: :unsure: :w00t: :whistle: :wink:

    Threaded commenting powered by Spectacu.la code.