Rutin=Boring?

Kalau korang pernah baca blog aku zaman muda remaja dulu, aku pernah berblog pasal tajuk ni. Dulu aku pernah cakap yang rutin tu boring. Ya, “orang muda memang gelojoh” itu kata orang-orang tua yang “tak gelojoh”. Maka keluar la kenyataan yang kurang matang tu.
Rutin ni secara generalnya, suatu yang kita buat secara berulang-ulang dalam bahasa yang sedikit islamiknya, istiqamah la. Kalau diikutkan tak ada siapa yang boleh lari daripada rutin. Setuju? Tak setuju tak apa aku akan buat kau setuju.
Ramai orang merungut, betapa boringnya beliau pergi kerja setiap hari, menghadap muka bos yang dibenci setiap hari, lalu jalan yang sama setiap hari, makan makanan yang sama setiap hari, pakai baju yang sama setiap hari. Ok, aku boleh habiskan sepanjang malam untuk senaraikan semua ni, tapi aku rasa graduan-graduan universiti Havard sekalian pasti faham apa yang aku cuba maksudkan.
Itu realiti hidup. Bila mana kau mula buat suatu perkara rutin, kau sedang menjadi seorang manusia normal. Kita bangun tidur setiap hari? Ya, cuma bezanya jam berapa. Kita mandi setiap hari? Ya, beza mungkin pada berapa kali kau mandi. Kita bernafas setiap hari, kita tidur setiap hari dan banyak lagi yang kita buat setiap hari tanpa rasa bosan.
Apa persamaan pada contoh-contoh yang aku bagi ni? Semua ni keperluan. Jadi, bila dah namanya keperluan, memang nak tak nak kena buat jugak la. Pokoknya, bila kau anggap rutin yang boring tu satu keperluan maka secara automatiknya ia sedikit meringankan beban kebosanan yang sedang dihadapi.
Boring buat benda yang sama? Aku pernah tulis dulu pasal variasi. Kalau kau makan nasi putih sahaja setiap hari mesti dalam masa sebulan kemudian kau dah nak termuntah-muntah tengok nasi. Apa yang membuatkan kita tak termuntah tengok nasi ialah apa yang datang dengan nasi tu. Jangan salah faham, maksud aku lauk, bukan waitress yang datang membawa nasi tu. Hari ni kau boleh makan asam pedas ikan pari, esok kau boleh makan ayam masak kari, esok lagi kau boleh makan dengan ikan keli goreng. Nampak?
Boring la study, boring la masuk kuliah, boring la lecturer ni, boring la hari-hari kene buat assignment. Semua ni dilema yang tak boleh lari daripada pemikiran seorang student. Aku pun pernah rasa. Tapi yang peliknya menghadap komputer main game yang sama setiap hari tak pernah pulak bosan, turun ramai-ramai kejar sebijik bola setiap petang tak bosan, dating dengan awek kat kafe setiap hari tak bosan.
Kesimpulannya, aku benci dengan status-status FB yang yang ada perkataan broing di dalamnya.
Gut j0b br0..
salam..en yusrie…aku suka part kesimpulan tu…