Rokok tu haram

Bukan aku yang cakap la. Bukak google, taip je ‘hukum merokok’. Bersepah-sepah blog/website yang bicarakan pasal masalah ni. Aku pun pernah tulis pasal benda ni. Mufti beberapa negeri pun dah haramkan rokok ni. Cakap mufti mane lagi yang korang dok tunggu-tunggu baru nak berhenti merokok.

Yang menghairankan aku macam mane mereka boleh tahan tak merokok hampir 12jam siang hari waktu berpuasa. Tapi lepas je buka puasa terus sambar sekotak dua melepas rindu pada asap rokok. Siap bleh bawak masuk masjid lagi bro. Time solat rokok letak tepi. Aku keliru la…

Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri dalam kebinasaan. (Al-Baqarah: 195)

Terang lagi bersuluh…Tak ade apa-apa faedah merokok bro. Keburukan banyak la…so, boleh la kaitkan dengan kalam Allah kat atas ni dan fikir-fikir la…

Share

Buat si Bodoh

Anak sape la ni…aku nak gigit2 je.geram (sekadar gambar hiasan)

Wahai insan yang lebih keji daripada binatang, tak rasa berdosa ke dengan perbuatan keji kamu tu.

Ya aku tidak sempurna, tapi yang pasti aku tak sampai ke tahap kau yang sanggup memandai jadi malaikat maut.

Wahai jiwa kecil yang tak berdosa, semadilah dengan tenang di syurga yang dijanjikan buatmu.

Share

Jangan

Perkataan “jangan” diwujudkan bagi menghapuskan keseronokan..

Pernah ke orang larang kau study, buat kerja sekolah atau mengaji al-Quran. Tak pernah kan? sebab benda-benda tu semua ramai tak suka buat. Tapi bila korang ralit main game, atau seronok panjat pokok tinggi mesti mak bapak korang marah. Woi jangan main game lame-lame nnti jd bodoh, jangan pnjat tinggi2 jatuh kang.

Sedikit entri pendek dari aku yang ketandusan idea..

Share

Counter Strike vs Dota

Sedikit entri lagho di hujung minggu yang malas.

Sekali lagi bertemu buat penggiat permainan video yang juga dikenali sebagai ‘pemain game teras keras’ (hardcore gamers). Dalam entri terdahulu, aku ada senaraikan permainan-permainan yang gemar dan biasa aku mainkan.  Dua daripada permainan video tersebut ialah Counter Strike dan Warcraft Dota. Kalau tak pernah dengar tu, maaf la ya, anda belum layak digelar pemain game teras keras kerana dua permainan ini boleh dikatakan antara yang paling popular di kalangan penggemar permainan video.

Secara dasarnya dua permainan video ni berbeza sama sekali terutama dari segi permainan (gameplay). Counter Strike merupakan sebuah permainan yang dikelaskan dalam kategori FPS (first person shooter) yang mana korang akan dapat perasaan seolah-oleh menjadi karakter dan berada dalam permainan tersebut. Warcraft Dota pula terletak dalam kategori RTS (real time strategy) yang mana korang hanya akan jadi seperti pengawal/perancang untuk permainan. Hanya beri arahan/tujuan kepada karakter untuk tindakkan.

Baik, aku tak mahu bicara soal teknikal permainan video ni secara terperinci sebab aku sendiri pun bukan seorang yang pakar. Sebenarnya aku nak bicara sisi lain yang kita boleh lihat dari permainan video ni iaitu dua sifat manusia yang perlu hadir tak kiralah secara bersama atau ekslusif iaitu perancang dan pelaksana. Dalam hidup, kita perlukan kedua-dua jenis manusia ni.

Continue reading

Share

Tora datang lagi..

Salam semua,

Lama aku menyepi, lama aku ketandusan akses internet dan selama itu jugalah blog ni tersadai tak berpenghuni. Ya, maaf buat yang datang namun tak ketemu apa yang dicari. Maaf buat yang datang mengharapkan kemas kini terbaru dan maaf juga buat mereka yang datang untuk mengutuk namun tak ada bahan untuk dikutuk. Baik, cukup sampai situ.

Ya dengan kehadiran entri ini, maka secara rasminya sedikit aktiviti 5s telah aku buat kat blog yang penuh bersawang ni. Buat yang kurang mengenali 5s tu, tanya je la kat Google. Kalau nak dibincang mau sehari semalam baru habis.

Selama kehilangan aku ni banyak benda yang dah berlaku kan? Banyak juga bahan-bahan hot yang mampu menjadi penarik traffik yang mantap kan. Daripada cerita piala dunianya sampailah ke skandal artis indon yang korang pun mesti tau siapa kan. Ruginya aku sebab hilang peluang untuk update dengan bahan yang hot ni…haha.

Betul la kata hukum newton pertama, objek pegun akan terus kekal pegun melainkan ada satu daya luar yang menggerakkan dan objek yang bergerak akan terus bergerak dengan halaju seragam melainkan ada daya luar yang menghalang. Bila berblog jangan suka menghilang lama-lama, nanti nak mula balik dah susah. Biar terus berblog secara konsisten walaupun dengan frekuensi yang tak seberapa daripada menghilang terus  berbulan-bulan kan?

Ok, lupakan semua cerita dan hukum yang dah lama aku tak baca tu, jom buka lembaran baru..

Share