Ya kamu memang hebat..

wahai insan yang hebat,

betul, aku akui kamu memang hebat. Kata-kata kamu hebat. Penampilan kamu hebat. Pendek kata, segala tentang kamu boleh di”summarize”kan dengan satu perkataan lima huruf, “H.E.B.A.T.”

wahai makhluk yang hebat,

Susuk kamu memang hebat. kacak bergaya. cantik menawan. Tapi itu semua tak lain hanyalah menunjukkan kehebatan pencipta kamu. Sebab itu semua bukan kamu yang punya. Pinjam sahaja! Bila-bila Dia mahu ambil pun boleh.

Wahai hamba yang hebat,

Tak ada salahnya kalau sekali sekali kamu tunduk lihat ke bumi Allah yang indah ni. Mendongak ke langit sekali sekala tu memang bagus. Tapi lama kelamaan kamu akan lupa yang kaki kamu sedang berpijak di bumi. Tambahan pula, besar kemungkinan leher kamu bakal tergeliat dan tak boleh tunduk sampai bila-bila. Maka sementara masih berupaya untuk tunduk ni silalah berbuat demikian.

Ingat, sehebat-hebat kamu, kamu tetap hamba Dia. Sama macam aku. Sama macam peminta sedekah di Lorong Haji Taib. Sama macam Perdana menteri Nepal. Sama macam penternak kangaroo di Australia. Sama macam peniup seksafon, Kasim Jailani. Sama macam pakcik dan makcik itu. Sama macam manusia lain.

Wahai diri yang rasa hebat,

Sebenarnya kamu tidaklah sehebat yang kamu rasa. Sila sepak muka kamu. Ya kamu memang hebat bermimpi!

Share

Randomness III

Menurut Oxford English Dictionary edisi ke lapan ratus lapan puluh enam,

Random : Having no definite aim or purpose; not sent or guided in a particular direction; made, done, occurring, etc., without method or conscious choice; haphazard

Jadi post ini tidak akan membawa anda ke mana-mana arah yang jelas. Maaf dipinta terlebih dahulu.

Pagi ini matahari menyinar terang. Langit cerah dan biru. Sekelompok awan berarak malas menuju destinasi yang ditentukan angin yang meniup beliau. Anjing-anjing menyalak tak tentu pasal. Kelihatan sekumpulan itik berenang riang di dalam sungai. Tambah pula hari ini cuti sekolah. Sangat tenang. Subhanallah, sungguh indah ciptaan Allah.

Here goes the randomness,

1. Sekarang sedang musim luruh. Sedikit demi sedikit menghampiri musim sejuk. Maka suhu semakin hari semakin sejuk. Rasa syukur dapat merasa warna-warni ciptaan Allah. Kalau di bumi tercinta aku dpt merasa panas dan hujan sepanjang tahun. Dekat sini so far dah rasa panas (yang tak la panas mana pun), sejuk, hujan, angin kencang, dan ok itu saja (salji belum turun lagi)

2. Dulu waktu belajar kat institut pengajian tinggi awam, aku ada tengok beberapa drama korea. Bila hero & heroin die bercakap, mulut keluar asap. Aku rasa itu cool. Sekarang baru aku tahu, itu benar-benar “cool”. Jadi bila bercakap di stesen keretapi bersama rakan-rakan, terasa seperti sedang berlakon drama romantik korea.

3. Sejak sebulan yang lalu secawan kopi berharga 4 ringgit = murah, sebatang pisang berharga 1 ringgit = ok la, dan sekampit beras 10 kg berharga 120 ringgit = ma, ma. Maka aku perlu adapt dengan situasi ini. Buat masa ini kene pura-pura hilang ingatan tentang ringgit Malaysia atau aku tak akan makan pisang dan minum kopi.

4. Orang kata, bila dah kerja kita akan rasa rindu pada zaman student. Tapi bila dah kene jadi student, masih rase x gembira juga. Konklusinya, manusia memang tak akan pernah puas hati dengan apa yang mereka ada. Bila dah hilang benda tu baru terasa nak kembali ke masa lalu. Belajar memang seronok, tetapi kerja sekolah, kuiz dan test sangat tidak seronok.

5. Aku mula belajar tentang erti bersyukur. Dulu hari-hari matahari menyinar terang dan menempiaskan kehangatannya dan apa yang aku buat? merungut.. Sekarang aku sangat menghargai kehadiran encik matahari. Ya, manusia memang spesis yang tak bersyukur.

6. As ever, saya rindu kepada 町 dan keluarga tercinta.

Share

Jadi baik itu seronok

Salam hujung minggu,

Tengok kepada tajuk mesti akan terkeluar pertanyaan berikut “baik sangatkah anda?”. Maaf, jawapan kepada soalan anda tiada pada saya.

Semua orang suka kepada orang yang baik. Kalau sebaliknya, maka sila jumpa pakar psikiatris <- betulkah ejaan?

Persoalannya, adakah begitu amat sangat terlalu sukar untuk jadi baik?Tidak bagi saya. Setiap orang secara fitrahnya lahir sebagai seorang yang baik. Persekitaran yang akan tentukan samada mereka akan terus baik atau sebaliknya. Jadi secara dasarnya setiap orang punya sisi itu dalam diri mereka tak kiralah betapa brutalnya mereka mendakwa diri mereka. Secara fitrahnya mesti ada juga taman dalam hati mereka.

Adakah betul kalau saya katakan mereka yang tak mahu jadi baik ni cuma mahukan perhatian? Dengan menjadi jahat maka memberi mereka kelainan berbanding orang lain? Entah.

Jadi apa yang serononya jadi baik? Entah. Maaf kerana buang masa anda. Saya sudah terasa sangat dungu..

Share

Apa patut saya buat?

Saya sudah sehabis daya meyakinkan, selebihnya terserah.

Saya tak mampu berbuat apa lagi.

Saya tahu anda juga tak tahu harus berbuat apa.

Beberapi hari lepas anda cakap goodbye to him.

Maka hari itu saya sangat bersyukur dan gembira.

Tapi hari ini anda cakap “am sorry” kat saya.

Maka saya kembali berduka lara.

Anda didesak, saya faham keadaan anda.

Tapi ini tersangat-sangat, amat sekali sukar buat saya untuk terima

Jadi saya mahu menangis

.

Share