are you happy?are you OK?

saya tak tahu macam mana nak jawab soalan-soalan sedemikian

kalau jawab tak happy, ada orang akan susah hati sebab rasa dia punca saya tak happy.

kalau jawab happy, nanti beliau akan cakap saya OK walaupun tanpa beliau dan fikir saya tak perlukan beliau.

jadi sila ajar saya, bagaimana harus saya jawab soalan itu.

Share

Saya mahu pulang!

Sekarang hanya itu sahaja dalam fikiran saya. Cakap la saya ni lemah atau ape tapi saya sudah tak larat lagi. Kepala saya sudah betul-betul tak berada di sini. Maaf buat mereka yang beri kepercayaan besar kepada saya. Tapi saya mengaku diri sangat lemah. Maaf sekali lagi jika saya kecewakan anda.

Rupanya sangat besar dugaan tinggal di suasana begini.  Saya sering rasa angkuh bagaimana orang boleh cuaikan agama, cuaikan solat dan segala. Tapi sekarang Allah sedang uji keimanan saya. Ya sangat berat ujian ini ya Allah sampai kadang tertewas.

Makcik pun mau tinggalkan saya sebab saya jauh. Maka saya mahu pulang!

Share

Saya akan gembira

Makcik buat saya tersentak seketika malam tadi. Saya amat risau.

Saya tahu you feel guilty. Tapi saya dah cakap banyak kali, “it’s not your fault”. Susah ke nak faham itu “itu bukan salah awak”.

Mungkin salah saya. Saya tak sepatutnya buat makcik risau dengan bersedih. Kalau itu boleh legakan hati makcik, baiklah saya akan gembira mulai hari ini.. :smile:

Jadi makcik jangan rasa bersalah lagi, boleh?

Makcik jangan suruh saya tinggalkan makcik ya. Saya merayu sangat-sangat. Makcik cakap la ape yang patut saye buat.

Share

Selamat jalan!

Sewaktu post ni di publish kebarangkalian besar saya sedang menaiki flight untuk bertolak ke destinasi baru. Yang 3 tahun akan datang jadi rumah baru saya. Selamat tinggal Malaysia buat sementara waktu. Saya akan kembali dalam masa terdekat jika seseorang beri saya sebab untuk pulang. Ya saya optimis!

Saya akan bertolak ke Jepun. Dalam tempoh 3 tahun ni saya akan bekerja di sana. Rezeki Allah ada di mana-mana, maka tak perlu tanya macam mana saya boleh tercampak ke sana.

Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf buat makcik yang disayangi, sahabat-sahabat, musuh-musuh dan mereka yang berkecuali kalau saya ada buat anda terluka samada saya sedar atau tidak. Saya manusia yang “banyak kekurangan” maka tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Maka tolong maafkan saya!

Saya memohon doa anda semua. Tolong doakan saya mampu jaga iman. Saya tau itu sangat mencabar. Maka saya perlu doa anda semua. Moga ada sedikit kekuatan tambahan untuk terus menjaga iman senipis kulit bawang ini.

Ohh jangan risau. Teknologi sudah amat hebat sekarang. Maka tidak ada tempat yang sebenarnya terlalu jauh dari kita.

Selamat tinggal Malaysia buat sementara. Selamat datang Kyoto!

Share

Dear Diary iii

Hari ini sangat indah. Mungkin kamu tak tahu kenapa, tapi saya sangat seronok kuasa lapan. Makcik sangat baik hati. Saya sangat bertuah dapat kesempatan untuk mengenali makcik.

Tadi saya sangat nervous. Saya sangat risau kalau makcik akan jadi benci dengan saya sebab saya sangat tak tau bercakap. Sangat clueless. Sangat tak tau direction. Sangat buta. Sangat boring. Tapi itu saya buat pengetahuan makcik. Macam makcik selalu rasa diri banyak kekurangan. Maka ini semua kekurangan pada pihak saya.

Sekarang makcik percaya, tak ada manusia yang perfect kan?

Makcik, saya tak istimewa. Saya tak pandai ambil hati perempuan. Saya tak tau ayat-ayat manis. Ayat-ayat biasa pun bagi saya sangat susah inikan pula ayat-ayat luar biasa yg selalunya perempuan suka dengar (benarkah?) Sedangkan perkataan “lumut” pun boleh jadi “lumit” sebab saya sangat nervous bile di sebelah orang yang sangat saya suka.

Maaf la makcik, saya memang jalan laju sampai tercicir-cicir makcik kat belakang. Tapi memang saye macam tu tambah-tambah lagi bila sedang nervous. Kan saya dah cakap saya biasa race dengan mr Ang, jaguh jalan kaki pecut murata. Tapi saya minta maaf kalau saya buat makcik penat  dan terkejar-kejar. Kalau makcik rasa itu patut saya ubah maka sila beritahu.

Saya tak rajin berjalan, macam saya cakap. Saya sangat one dimensional. Kalau destinasi saya A untuk cari this thing. Maka saya akan ke A dan dapatkan benda tu and terus je balik.

So, kesimpulannya saya sangat membosankan. Maaf kalau saya buang beberapa jam yang berharga dalam hidup makcik untuk temankan orang tua yang bosan ini.

Share