Khas buat makcik

Makcik,

Tempoh beberapa minggu ini sangat indah. Bila makcik cakap yang makcik suka kat saya, I really am jumping up and down the roof. Saya sangat gembira!!  :biggrin:

Jujur saya tak pernah rasa perasaan yang sebegini. Rasa sangat dihargai. Rasa didengari. Rasa diperhati. Rasa sangat selesa. Sangat indah perasaan itu…Subhanallah memang hebat anugerah Allah yang satu ini..

Makcik selalu ragu-ragu betul ke ape yang saya cakap ni? Saya serius ke? dan banyak kali juge la saya kene jawab, ya saya sangat serius!

Mungkin makcik selalu rasa diri tak sempurna, tak baik, tak ada yang istimewa. Tapi, buat pengetahuan makcik, saya tak cari yang sempurna, saya sendiri pun banyak cacat cela. Perkataan sempurna itu akan selalu jadi destinasi. Tapi cukup la makcik tahu yang makcik cukup istimewa buat saya. Tak perlu tanya kenapa..

Makcik,

Saya selalu berharap saya boleh perlahankan atau undurkan masa supaya ini semua tak berakhir. But it is impossible .Like it or not, I’m leaving in a few days. 3 tahun tu agak lama, I know. Banyak boleh jadi dalam tempoh ini. Either in my favour or someone else’s. Like you always said, “serah semua pada Allah” … ya I really am. Tapi sejujurnya saya sangat risau kehilangan makcik.

Saya tak ada upaya untuk suruh makcik tunggu saya. Makcik juga punya kehidupan sendiri. It is really selfish of me if I requested such thing from you. Tapi tak salah kan makcik? But in the end it’s up to you to decide.

Buat pengetahuan makcik, saya selalu doakan yang semua ini bakal berakhir dengan pengakhiran yang indah. Semoga Allah tunjukkan jalan terbaik dan permudahkan sebab saya betul-betul buntu apa yang harus saya buat.

Saya akur Allah itu sebaik-baik perancang. Kita tak tau apa yang terbaik buat kita, tapi Dia sangat mengetahui. Jadi apa yang terjadi selepas ini saya redha.

Saya selalu, sedang dan akan doakan takdir terbaik buat makcik…Moga  Allah selalu pelihara makcik. Semoga Allah permudahkan segala urusan makcik. Moga makcik gembira selalu. Semoga makcik dijauhi dari sebarang malapetaka dan penyakit.

……………….

Share

Hidup ibarat roda

Ya tajuk itu sangat skema. Tapi pedulikan, kerana aku memang seorang yang skema.

Case study 1: Anda setompok tanah yang melekat di tayar kereta. Putaran roda kereta tu akan bergilir-gilir membawa anda (setompok tanah)ke bawah dan ke atas. Satu masa anda rasa sangat mulia duduk di atas tapi tak lama je lepas tu kebawah balik kene lenyek dek tayar yang anda berpaut padanya..

Case study 2: Anda sebiji tayar michelin yang baru, berkilat dan kacak. Pemilik anda begitu sayang degan anda. Setiap hari dia mandikan anda dan spray anda dengan wax supaya selalu berkilat dan kacak. 2 tahun kemudian bunga-bunga cinta anda sudah sangat haus dan anda jadi seperti gambar di atas. Dibuang dan terabai, kalau bernasib baik kelak anda dipungut dan dibuat buaian di taman permainan kanak-kanak, kalau kurang bernasib baik mungkin dicampak ke laut dibuat tukun. Kalau malang maka anda akan dibakar tanpa peri kemanusiaan.

Sekian analogi yang agak tak berapa boleh blah. Tapi itu gambaran sebenar jika anda sebiji tayar atau setompok tanah yang melekat di tayar. Mujur anda dan saya bukan tayar atau setompok tanah yang melekat di permukaan tayar. Tapi rasanya analogi tu boleh dikaitkan dengan hidup.

Hari ini mungkin kau seorang penganggur berijazah dan tak punya rasa nak memperbaiki diri. Hari-hari kau penuhi dengan bermain gitar di simpang jalan belakang masjid. Tapi tiba-tiba esoknya kau terima tawaran untuk berkahwin dengan anak pemimpin negara Yugoslavia. Maka secara tiba-tiba kau jadi sangat mulia dan dipandang tinggi. Ya, itu tak mustahil bukan?

Mungkin hari ini kau rasa tak punya sesiapa. Tiba-tiba seseorang datang dan terima kau sebagai seorang yang istimewa. Tiba-tiba kau rasa dihargai dan merasakan diri sangat berguna.

Apa yang aku nak kongsikan sebenarnya ialah jangan berlagak wahai kamu, kamu dan kamu yang berada di atas. Mungkin hari ini kau punya wang ringgit berkoyan-koyan dan perut yang boroi. Tapi, akan tiba suatu hari, kau tak punya apa. Samada kau jatuh tersungkur ditolak atau kau sudah tua tak berdaya dan tersembam sendiri. Pokoknya sehebat mana kau hari ini, kau akan jatuh samada secara natural atau secara force.

Buat kau yang di bawah, ya, teruskan menjadi humble. Tapi jangan pernah menyesal dengan nasib kau, jangan pernah salahkan takdir, jangan pernah berhenti berusaha, berdoa dan berharap. Terus bersabar dan berdoa, kerana bila mana namanya roda mesti akan berputar juga ke atas.

Share

Facebook itu sangat besar

Rajin betul aku menulis pasal Facebook selepas ini, ini, ini dan ini dengan harapan demam Facebook di keliling kita makin reda. Tapi entri berganti entri tak pun surut-surut demamnya. Bahkan makin melarat rasanya.

Aku tak tahu apa formula yang mereka gunakan, tapi memang mudah untuk lihat betapa hebatnya tumbesaran si budak Facebook ni sejak mula diperkenalkan 2004 lalu. Sungguh tak disangka project budak-budak Harvard sewaktu melepak kat dorm ni boleh jadi sebegini besar. Ya lebih besar dari dunia, macam gambar kat atas tu.

Aku berani jamin yang facebook(dot)com dah jadi salah satu domain wajib korang taip setiap kali browser internet dibuka, betul? Sila mengaku, tak payah nak tipu la. Mungkin tak la kalau korang online kat office atau kau memang tak punya akaun facebook.

Hari ini, national television pun dah jadikan facebook sebagai satu medium komunikasi rasmi dengan penonton mereka. Ini fenomena yang sangat pelik. Dulu media tak kira la radio atau tv biasa berkomunikasi dengan telefon dan e-mail tapi hari ni facebook lagi diberi keutamaan. Ya facebook itu sangat mudah, sangat mesra pengguna dan sangat mudah diakses.

Pemimpin, ustaz-ustaz,penyanyi, pelakon semua berinteraksi melalui facebook. Ye, rancangan bual bicara agama pun sudah mula gunakan facebook!

Company-company, even brand-brand yang terkemuka pun sudah tunduk akur yg mereka perlukan facebook sebagai satu medium promosi utama mereka.

Konklusi nye aku tak rase ini suatu yang buruk kalau kena caranya..Cuma mungkin aku seorang yang terlebih skeptikal dan emosional? Tapi jujur aku takut dengan fenomena ini..

Share

Sedikit tentang…

Hidup?

Beberapa hari/minggu ini amat sukar bagi saya. Saye suke seseorang tapi seseorang tu asik tanye “Pakcik serius ke?”, ” Pakcik ok ke?”

Tapi secara generalnya hidup sangat menggembirakan.. :biggrin:

 Kerja?

Sangat menekan penuh! (stressful). Lagi orang nak pergi lagi kuat kene push rupenye. Semua kerja kena siapkan sebelum pergi.

Tapi saya tetap berpegang pada falsampah “kerja memang tak akan pernah siap, kalau dah siap maka saya akan jobless”

Family?

Macam biasa…mereka awesome!

Fikizal?

Masih kuat seperti selalu. Tapi selera makan sudah makin merosot..

Ohhh…berat badan saya sudah turun sebanyak 4 kg. Jadi secara rasminya BMI saya telah kantoi. Fyi berat sebelum ini adalah diconsider “just nice”.

Mental?

Saya sudah gila kata makcik hingga dinasihat sila jumpa psikatris…sila tanye beliau kenape.

Spiritual?

Rase-rase masih dalam kawalan..insyaAllah.

Saye sudah jumpe teori baru untuk bangun subuh awal iaitu jgn tdo terlalu awal

Share