7 Perkara Tentang Aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang dimuliakan sekalian.

Layakkah aku diberi anugerah “Beautiful Blogger”? cantikkah aku? Haha. Tak kisah la Terima kasih kepada saudari Arra Jasmy di atas anugerah tersebut. Syaratnya kena tulis “7 things about yourself”

Aku sebenarnya tak mahu terlalu mendedahkan identiti aku dalam blog ni. Tapi disebabkan tidak mahu menghampakan permintaan sahabat blogger maka berikut aku sediakan 7 perkara yang anda perlu tahu tentang aku.

  1. Bernama Ahmad Yusrie Bin Sabri dan bakal berusia 24 tahun pada 12 November akan datang.
  2. Memiliki seorang abah dan seorang emak. Ada empat orang adik beradik yang terdiri daripada seorang lelaki dan tiga orang perempuan. Kami hidup dengan aman dan harmoni di sebuah rumah yang tak terlalu besar dan tak terlalu kecil.
  3. Merupakan graduan Kejeuruteraan Elektrik di Universiti Sains Malaysia yang baru sahaja bergraduasi pada Ogos 2009 lalu.
  4. Aku gemar menyanyi sendirian sambil mendengar lagu di komputer. Lagu-lagu yang aku gemari termasuklah nasyid dan lagu –lagu inggeris yang agak oldies macam The Beattles, Frank Sinatra, Dorris day, Santa Esmeralda dan Il Divo juga Michael Buble (sbb lagu diorang pun agak ada ciri-ciri oldies).
  5. Sedang menjalani internship di sebuah syarikat pembinaan kapal di Lumut, Perak dan masih mengharap untuk diserap terus sebagai staff tetap. Tak perlu rasanya dinyatakan syarikat apa.
  6. Seorang yang tidak bertubuh sasa seperti Malik Nor tidak juga terlalu kurus seperti..err..King David? Tidak terlalu tinggi seperti Peter Crouch juga tidak terlalu rendah seperti Pak Ibrahim Pendek.
  7. Ini bukan bertujuan mahu mempromosi diri, tapi aku memang tidak pernah ada sebarang hubungan yang serius dengan mana-mana makhluk tuhan bergelar perempuan. Masih teruna suci.

Sekian. Selamat memulakan minggu baru dengan jayanya.

p/s: Kepada Siapa aku nak pas award ni ya? Blurr…

p/s: maaf ye kalau entri ini tidak memenuhi syarat…

Share
Comments