English/Bahasa Melayu?
Itu persoalan yang timbul bila aku start dengan blog baru ni. Patut ke aku guna Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja untuk blog ni. Atau guna dua-dua sekali.
Sebagai seorang Melayu, mestilah aku lebih selesa dengan bahasa aku sendiri. Tapi dalam masa yang sama aku suka jugak menulis dalam Bahasa Inggeris. Kalau ade sesape yang biasa jenguk blog lama aku mesti dah tau kebanyakan post aku dalam BI.
Masa sekolah dulu, BI aku sangat lemah. Tak pernah dapat A dalam UPSR, PMR atau SPM. Cikgu aku dulu pernah cakap. ”The only way you could improve is by practicing”. Tapi masa tu taulah budak-budak, mane nak dengar cakap sangat. Pastu start masuk U aku dah tekad aku mesti up aku punye English. Continue reading