Alas meja ajaib

Satu lagi projek Saintis Barat yang tak tau dah nak buat apa. Baru di peringkat prototaip katanya. Alas meja makan yang bertukar warna/ menampakkan corak bila cecair tumpah ke atasnya. Memang cool! Jom ramai-ramai tumpahkan air kat meja makan mereka.

Kalau air sirap tumpah, maka terhasillah corak berwarna merah, kalau air oren tumpah dapat la corak bunga-bunga warna oren, kalau air lain yang tumpah? Sila jangan berfikiran negatif! Kesan tu pulak akan kekal kalau kita tak basuh dengan dynamo atau vanish.

Antara sebab mereka hasilkan benda ni ialah tak mahu orang yang tertumpah air kat meja makan rasa malu dan terus tak lalu nak makan. Bayangkan sedang makan di restoran mewah, tiba-tiba anda tertumpah air sunquick ke atas meja. Tadaa!! anda peroleh satu corak yang menarik, maka rasa malu tadi automatik berubah kepada rasa bangga. “Lihat corak yang aku hasilkan”

Fungsi lain ciptaan ini ialah bertujuan untuk menyimpan nostalgia masa lalu(sentimental value). Kiranya setiap tumpahan tu ada cerita la disebaliknya, jadi bila kita terpandang corak-corak yang tersendiri tu kita akan ingat balik waktu kejadian tu berlaku. Kesan tumpahan tu katanya boleh mengingatkan kita pada detik-detik bahagia, sedih serta pengalaman-pengalaman lalu ketika di meja makan. “Inilah kesan air ribena yang aku tumpahkan masa janji temu kita yang pertama” kata Abu kepada Rokiah.

Sejauh mana ciptaan ni mampu dibangunkan. Kita tunggu dan lihat. Sementara tu jangan suka-suka nak tumpahkan air di meja makan.

Share
Comments
  • azizan4444 February 19, 2010 at 1:42 am

    tersgt la kreatif…hehehe…ni la akibat kalau terlebih maju…
    .-= azizan4444´s last blog ..Plagiarism : Fenomena Atau Trend? =-.

  • zuls February 19, 2010 at 12:23 pm

    Sebenarnya kalau diorang boleh buat alas meja macam tu, tentu sekali diorang boleh buat banyak lagi benda yang bertukar warna.

    Alas meja hanyalah aplikasi, tapi knowledge disebaliknya itulah yang mahal.

    Kawan-kawan saya banyak juga yang buat research. Sekali tengok macam bukan-bukan jer researchnya. Tapi bila betul-betul diapllikasi memang banyak kegunaan.
    .-= zuls´s last blog ..Login Facebook Dapat Duit =-.

    • ahmadyusrie February 19, 2010 at 2:55 pm

      @zuls, yup, contohnya alas katil kat hotel…
      kesan2 mcm tu berguna untuk kes2 mahkamah… :whistle: :whistle:

  • Incik RestNrilekS February 19, 2010 at 12:45 pm

    SAlam Singgah,

    Wah, hebat tu.. Idea tuu memang bagus, tapi setuju juga dengan pendapat Zuls. Idea yang kemudiannya diterapkan kepada aplikasi yang lebih praktikal yang mahal sebenarnya.

    Ni kalau ada, kena jauhkan dari budak2 je. Tgh nak hidang makanan, mak nye ke dapur, alih2 datang depan, tgk 2 anak2 ketawa tengah main tumpah2kan air. : D

    Selamat Hari Jumaat : )
    .-= Incik RestNrilekS´s last blog ..Saya Baca Blog Anda, Bosan.. Lalu Saya.. =-.

  • Surihati_ku February 19, 2010 at 12:56 pm

    cak..
    la..cam tu pulak..hurm selalunya bab2 nak suka tumpahkan air ni tabiat anak-anak kecil je..hehehe..

    ok, baiklah kita tengok dan lihat sahajalah.. :biggrin:

  • cikf~ February 19, 2010 at 5:01 pm

    waahh…cool gile..alas meja je ke??kain utk buat baju xde ke??hehe..kalo x,mesti jimat..arini tumpahkan kaler merah..esok,kaler hijau..lusa tukar kaler lg..heh
    .-= cikf~´s last blog ..~saya as Mak Lang~heh =-.

  • 1tomyam February 20, 2010 at 7:55 pm

    pergh..makin canggih teknologi sekarang ni….sape gamaknya yg begitu inovatif ni ek…
    .-= 1tomyam´s last blog ..Jokes Reloaded: Drivers =-.

  • Amir February 21, 2010 at 11:03 am

    wah menariknya. kreatif jugak. kalau dah dijual kat pasaran, bolehlah beli 1. tapi harga mesti mahal ni..
    .-= Amir´s last blog ..Kebanjiran warga asing di Kuala Lumpur: Malaysia Truly Asia =-.

    • ahmadyusrie February 21, 2010 at 11:12 pm

      @Amir, orang barat ni kreatif kene pada tempat berbanding orang kita..

  • Surihati_ku February 23, 2010 at 10:33 am

    mereka bijak..harap2 akan adalah rakyat Malaysia lebih bijak dari mrka nanti..
    .-= Surihati_ku´s last blog ..Planet Pluto =-.

  • suri April 10, 2010 at 6:06 pm

    kalu ada jual kat Malaysia sure suri nak bli le..heheh

  • Post a comment

    CommentLuv badge
    :alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :wub: :sleeping: :smile: :tongue: :wassat: :unsure: :w00t: :whistle: :wink:

    Threaded commenting powered by Spectacu.la code.