Malas itu positif?

Tajuk yang agak keterlaluan aku rasa. Tapi, macam mana nak jadikan malas itu suatu yang positif? Mustahil! Ya, perkara pertama yang terbayang di kepala kita bila sebut perkataan malas mesti suatu yang negatif. Namun tanpa kita sedari ada baiknya juga bila kita malas. Baca sampai habis dan ubah persepsi anda…

Perbincangan dalam entri ini akan berkisar kepada kenyataan tesis (Thesis statement) berikut ‘Kemalasan manusia merupakan antara punca terhasilnya teknologi’.

Kalaulah manusia ni rajin bekerja sehingga hari ini maka kita mungkin masih hidup sepeti manusia purbakala. Manusia dulu kala keluar memburu untuk cari makanan, buang air besar di pinggir sungai, gali perigi untuk dapatkan air dan masih gunakan burung merpati untuk penghantaran surat sebab mereka sangat rajin.

Bila manusia dah mula malas, penat dan bosan untuk buat sesuatu, maka penyelesaian terbaik ialah menyuruh orang lain atau benda lain untuk selesaikan kerja mereka. Maka, mangsa keadaan ialah robot-robot dan mesin-mesin yang berteknologi tetapi  tidak berperasaan. Kesian pada mesin-mesin itu.

Aku mulakan dengan suatu yang dekat dengan kita dulu. Internet. Pendorong kepada terciptanya internet adalah kemalasan manusia untuk ke pelbagai tempat untuk dapatkan maklumat dan selesaikan urusan harian.  Dengan adanya internet maka segala-gala perkara yang kita nak tahu semuanya di hujung jari.

Teknologi perbankan dalan talian berpunca dari malasnya manusia nak keluar rumah dan beratur panjang untuk urusan pembayaran bil, pembelian, pembaharuan lesen dan sebagainya.

Teknologi email , messenger, sms dan yang sewaktu dengannya merupakan hasil daripada kemalasan kita untuk menulis dengan tangan dan poskan surat ke peti surat atau pejabat pos. Ingat lagi zaman sekolah rendah dulu ramai ada sahabat pena? Sekarang ni mudah je, friendster, facebook dan twitter dah menggantikan semua tu.

Teknologi pengangkutan yang ada masa kini (kereta, bas, lrt, kapal terbang, feri dsb.)  merupakan hasil daripada kemalasan manusia nak menapak kaki mereka, mendayung sampan atau menunggang kuda. Bayangkan kalau kita rajin, barangkali adegan menolak kereta dengan kaki ala-ala kartun Flintstone akan jadi satu pemandangan biasa sampai hari ni.

Berikut contoh-contoh kemalasan lain yang membawa kepada tercetusnya teknologi:

  1. Manusia malas nak membasuh baju maka mesin basuh dicipta.
  2. Penghawa dingin tercipta  sebab manusia dah malas nak berkipas dengan tangan.
  3. Mee segera dan makanan dalam tin dicipta untuk mereka yang malas memasak.
  4. Malas nak keluar rumah cari awek? usha la kat facebook, friendster atau ruangan sembang maya.
  5. Isi la sendiri sebab ada banyak lagi, aku malas nak tulis.

Yang pasti bukan semua malas tu suatu yang positif. Jangan kau jadikan entri ni suatu batu loncatan untuk jadi seorang yang pemalas. Ingat, para pencipta teknologi ni bukan seorang yang malas. Cuma mereka selalu berfikir untuk mencipta teknologi bagi memudahkan kerja si pemalas. Aku akhiri tulisan ini dengan satu quote yang rasanya sangat bertepatan dengan entri ni;

“All of the biggest technological inventions created by man – the airplane, the automobile, the computer – says little about his intelligence, but speaks volumes about his laziness.”

~Mark Kennedy

p/s: jangan malas tinggalkan komen ya!

Share
Comments
  • samanosuke_04 March 4, 2010 at 1:50 am

    hehe, mula2 baca tajuk post agak tekejut gak.. tapi rupe2nya ader point gak dalam post nie.. hoho, mantap2..
    .-= samanosuke_04´s last blog ..Menasihat dan Dinasihati… =-.

    • ahmadyusrie March 4, 2010 at 12:22 pm

      @samanosuke_04, kebanyakan benda yg buruk tu ada sisi positifnya…
      kalau tak kepada si pelaku, mungkin buat orang sekeliling…

  • etomyam March 4, 2010 at 1:54 am

    teringat pulak kat lagu Malas teacher’s pet zaman belajar dulu….hehe, btw maksudnya wujudnya sifat malas tu ada hikmahnya jugak…
    .-= etomyam´s last blog ..Layan Cendol Ibrahim Banting =-.

  • framestone March 4, 2010 at 12:23 pm

    sebab malas la wujudnya
    - roda
    - tisu tandas
    - fast food
    - application copy paste

    etc
    .-= framestone´s last blog ..Tarikh 3hb 3 Pukul 3.03PM =-.

  • Surihati_ku March 4, 2010 at 12:35 pm

    :blush: argh! yer ko? hehehe..
    bak kata oranng benda dah ada dopan mata..ada duit blh beli yang bertoknologi canggih..kerja mudah dan pantas..

    jika tiada teknologi maka akan byk kerja2 bakal tertangguh..cth mcm sektor perkilangan..mesein, jentera diperlukan utk membantu menyegerakan sesuatu tugas dgn pantas dan cepat..huuhu :lol:

  • hafizmd March 4, 2010 at 5:14 pm

    ermm..betul juge..ade juge sisi yg baik akibat manusia yg malas nie..

    p/s – tp akibat malas ni jugelah..byk manusia yg rosak..huhu
    .-= hafizmd´s last blog ..Nak tahu 13 fakta menarik lagi benar tak? =-.

    • ahmadyusrie March 5, 2010 at 12:08 am

      @hafizmd, ya, bnyk manusia yg rosak…
      tapi ada sebilangan yg bijak yg ambil kesempatan utk perkenalkan teknologi bagi memudahkan si pemalas ni.

  • zik March 4, 2010 at 8:02 pm

    Malas lah lupak nak update blog..hehe.. auto blog takda ke??
    .-= zik´s last blog ..Dasar petrol perlu ambil kira semua aspek =-.

  • vannie November 16, 2011 at 1:48 pm

    Most of the things now is easier to do because of the new technology. Lazy people should be happy with this, including me. : Lol:

  • Post a comment

    CommentLuv badge
    :alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :wub: :sleeping: :smile: :tongue: :wassat: :unsure: :w00t: :whistle: :wink:

    Threaded commenting powered by Spectacu.la code.