Ohh Malaysia memang boleh!

Amaran: entri ini mengandungi kandungan tanda seru yang berlebihan kerana penulis begitu teruja!!

Wow!! tergamam betul aku tengok kaji selidik yang dibuat dek mat saleh yang tak de keje lain nak buat ni (klik gambar untuk berita penuh) Warga Malaysia mempunyai paling ramai ‘kawan’ di laman sosial berbanding negara lain di dunia! Tahniah! Ini satu pencapaian gemilang hasil penat lelah kita siang dan malam menghadap Facebook, Twitter, Myspace, Friendster, Hi 5, Gardenia dan rakan-rakan.

Purata ‘rakan’ di laman sosial buat rakyat Malaysia ialah sekitar 233 berbanding rakyat Jepun yang hanya memiliki sekitar 29 orang rakan sahaja. Ape ni orang Jepun? Tak reti bersosial ke? Mahu rakyat Malaysia tunjukkan cara? Cuma lompat-lompat ke sekitar akaun-akaun anonymous dan usha rupa pemilik akaun. Kalau cun/hensem, cuma add sahaja dan wallaa!! anda kini mampu mencecah 1000 orang kawan dalam beberapa kelip mata sahaja!

Sabar, sabar, ini part yang lebih menarik. Menurut kaji selidik juga, rakyat Malaysia merupakan pengguna paling berat/kerap laman sosial sekitar sekurang-kurangnya 9 jam seminggu! Ini berita yang sangat menggembirakan. Rakyat Malaysia semakin celik IT! Nampaknya inisiatif jalur lebar yang diperkenalkan kerajaan sudah menampakkan hasil yang memberangsangkan. Tahniah buat pimpinan kerajaan! Bolehlah rendahkan lagi yuran langganan internet jalur lebar sebab kadar penembusan internet sudah semakin hebat.

Ketepikan semua gurauan tu, aku rasa malu la kawan! Mana tak nye, jelas sangat kita ni komuniti yang malas! Asik menghadap internet untuk bersuka-suki, ber’farmville’ dan tag-mengetag berbanding menggunakan sumber ilmu yang melimpah ruah ni.

Berani aku katakan persahabatan melalui laman sosial ni memang banyak yang tak punya ‘nilai’ apa pun. Tak lebih sekadar untuk bersuka ria atau medium buat si gatal mencari rakan maya yang sama-sama gatal untuk garu-menggaru sesama mereka. (Haha…serious lawak bila aku baca semula)

Memang sayang habis la si zionis celaka ni kat kita, produk diorang kita telan, hiburan diorang kita layan, laman sosial diorang pun kita yang penyokong nombor satu.

Ni aku rasa dah entri ke-tiga atau ke empat rasanya aku kondem laman sosial. Tapi sedihnya, aku punya akaun Facebook pun masih sangat aktif! “Cakap tak serupa bikin betul” bisik hati aku. Tapi alasan popular di kalangan penulis blog, “aku gunakan laman sosial untuk ‘menjual’ blog aku”. Itu alibi buat penulis blog ye. Jangan pertikai.

Share
Comments
  • Lay An October 11, 2010 at 11:32 pm

    Kenapa aku rasa aku pun sokong pandangan kamu.
    .-= Lay An´s last blog ..Minyak hitam motor =-.

  • zik October 12, 2010 at 5:42 am

    aku sokong pendapat kau bro…alamak sori.. lama tak datang ke blog bro… apa khabar??? minta maaf… ya
    .-= zik´s last blog ..Ada apa dekat empangan tuh =-.

  • Post a comment

    CommentLuv badge
    :alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :wub: :sleeping: :smile: :tongue: :wassat: :unsure: :w00t: :whistle: :wink:

    Threaded commenting powered by Spectacu.la code.