Khas buat makcik
Makcik,
Tempoh beberapa minggu ini sangat indah. Bila makcik cakap yang makcik suka kat saya, I really am jumping up and down the roof. Saya sangat gembira!!
Jujur saya tak pernah rasa perasaan yang sebegini. Rasa sangat dihargai. Rasa didengari. Rasa diperhati. Rasa sangat selesa. Sangat indah perasaan itu…Subhanallah memang hebat anugerah Allah yang satu ini..
Makcik selalu ragu-ragu betul ke ape yang saya cakap ni? Saya serius ke? dan banyak kali juge la saya kene jawab, ya saya sangat serius!
Mungkin makcik selalu rasa diri tak sempurna, tak baik, tak ada yang istimewa. Tapi, buat pengetahuan makcik, saya tak cari yang sempurna, saya sendiri pun banyak cacat cela. Perkataan sempurna itu akan selalu jadi destinasi. Tapi cukup la makcik tahu yang makcik cukup istimewa buat saya. Tak perlu tanya kenapa..
Makcik,
Saya selalu berharap saya boleh perlahankan atau undurkan masa supaya ini semua tak berakhir. But it is impossible .Like it or not, I’m leaving in a few days. 3 tahun tu agak lama, I know. Banyak boleh jadi dalam tempoh ini. Either in my favour or someone else’s. Like you always said, “serah semua pada Allah” … ya I really am. Tapi sejujurnya saya sangat risau kehilangan makcik.
Saya tak ada upaya untuk suruh makcik tunggu saya. Makcik juga punya kehidupan sendiri. It is really selfish of me if I requested such thing from you. Tapi tak salah kan makcik? But in the end it’s up to you to decide.
Buat pengetahuan makcik, saya selalu doakan yang semua ini bakal berakhir dengan pengakhiran yang indah. Semoga Allah tunjukkan jalan terbaik dan permudahkan sebab saya betul-betul buntu apa yang harus saya buat.
Saya akur Allah itu sebaik-baik perancang. Kita tak tau apa yang terbaik buat kita, tapi Dia sangat mengetahui. Jadi apa yang terjadi selepas ini saya redha.
Saya selalu, sedang dan akan doakan takdir terbaik buat makcik…Moga Allah selalu pelihara makcik. Semoga Allah permudahkan segala urusan makcik. Moga makcik gembira selalu. Semoga makcik dijauhi dari sebarang malapetaka dan penyakit.
……………….