Saya mahu pulang!
Sekarang hanya itu sahaja dalam fikiran saya. Cakap la saya ni lemah atau ape tapi saya sudah tak larat lagi. Kepala saya sudah betul-betul tak berada di sini. Maaf buat mereka yang beri kepercayaan besar kepada saya. Tapi saya mengaku diri sangat lemah. Maaf sekali lagi jika saya kecewakan anda.
Rupanya sangat besar dugaan tinggal di suasana begini. Saya sering rasa angkuh bagaimana orang boleh cuaikan agama, cuaikan solat dan segala. Tapi sekarang Allah sedang uji keimanan saya. Ya sangat berat ujian ini ya Allah sampai kadang tertewas.
Makcik pun mau tinggalkan saya sebab saya jauh. Maka saya mahu pulang!